Selasa, 3 Julai 2012

Paip Air Mandi Junub Nik Aziz Harga 2 Bilion..?

Jom beramai ramai ambik wuduk di Sungai..! itu mungkin motto yang boleh dijulang oleh hamPAS Kelantan dalam mendepani kemelut air berselut di negeri Cik Siti Wan kembang itu. Sementara itu mungkin jugak Nik Najis melalui EXCO bangang nya boleh memulakan kempen kutipan derma 'paip air ke syurga' sebagai jalan mudah persis apa yang dilakukan dalam isu lebuh raya Kuala Krai-KB dan yang paling penting ianya mesti belum diluluskan oleh mesyuarat EXCO...baru real pergi syurga!

Soal air bersih! soal fardhu ain yang wajib dipenuhi pun tak selesai! bukan sahaja air sebagai sumber asas bagi menjamin keselamatan hidup rakyat malah air bersih bagi mempastikan air untuk mandi junub benar benar air mutlak pun PAS tak boleh nak bagi jaminan..tapi berangan nak jamin syurga! apa punya sesat ni!


Kerajaan negeri Kelantan memerlukan kira-kira RM2 bilion untuk menukar kesemua paip air lama di seluruh negeri yang menyebabkan masalah tekanan air rendah dan tidak bersih.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata paip air tersebut ada yang dipasang pada 1950an dan 1970an, dan ia tidak lagi sesuai digunakan sekarang kerana menimbulkan banyak masalah kepada pengguna.

Pinjaman mudah tanpa faedah sebanyak RM600 juta yang diberikan kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri ini bagi menyelesaikan masalah bekalan air bersih adalah tidak mencukupi, katanya ketika menjawab soalan tambahan daripada Mohd Adhan Kechik (BN-Bukit Bunga) pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, Selasa.

Terdahulu ketika menjawab soalan asal daripada Wan Hassan Wan Ibrahim (PAS-Semerak), Ahmad berkata pemilihan kontraktor bagi pembinaan loji rawatan air dan paip air di negeri ini ditentukan oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air kerana ia melibatkan peruntukan yang disediakan melalui pinjaman mudah tersebut.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata kerajaan pusat banyak membantu dalam menyediakan kemudahan prasarana kepada Sekolah Arab Bantuan Kerajaan (SABK) di negeri ini.

Beliau berkata antara kemudahan tersebut termasuk membina bangunan baru, membina makmal dan memberi peluang kepada guru untuk meningkatkan kerjaya.

"Kerajaan negeri mengucapkan terima kasih kepada kerajaan pusat dan diharap bantuan berkenaan dapat diteruskan pada masa depan," katanya ketika menjawab soalan tambahan daripada Mohd Adhan.

Persidangan dewan selama dua hari itu kemudiannya ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian. - BERNAMA

Lu Fikir La Sendiri!!!

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum,

    Sekadar peringatan bagi yang terlupa."Wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."(Al-Maa'idah-Ayat 8)
    Berhati-hati dalam 'posting' yang di paparkan kerana ianya kelak bakal dipersaksikan di padang mahsyar.

    BalasPadam