Sabtu, 14 Julai 2012

Kesan Beershit 3.0...Pelombong Haram Letak Undang Undang Ditangan..!

Gara gara Tok garu dah cakap boleh berkumpul walau pun dilarang! boleh menegak benang basah! boleh pukul Polis! boleh terbalikkan kereta Polis..maka siapa juga walau pihak berkuasa yang menahan dan menentang mereka boleh diapa apakan mengikut tekak dan hati mak bapak mereka!

Kejadian 70 samseng menyerang pegawai dan anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika bertugas di Perasu, Gua Musang, Kelantan dua hari lepas menggambarkan seolah-olah negeri itu tidak mempunyai undang-undang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang kecewa dengan kejadian itu, berkata tindakan undang-undang perlu diambil terhadap kumpulan yang tidak bertanggungjawab itu.

"Dah la buat perkara haram dan benda tak betul. Serang pula lagi pihak berkuasa. Ini menampakan seolah-olah tidak ada undang-undang di sana (Kelantan)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan gelanggang Futsal di Taman Kuala Kangsar di sini, Sabtu.

Beliau diminta mengulas laporan akhbar pada Sabtu bahawa sekumpulan 70 samseng bersenjatakan parang dan kayu bertindak menyerang pegawai dan anggota SPRM yang sedang bertugas di Perasu, Gua Musang Khamis lepas.

Menurut laporan itu, dalam kejadian pada pukul 9 malam, kira-kira 15 pegawai dan anggota SPRM berada dalam keadaan cemas apabila cuba dicederakan dan dikepung lebih empat jam.

Kejadian berlaku ketika SPRM melakukan kerja-kerja membawa keluar aset yang disita dari sebuah lombong emas yang dipercayai beroperasi secara haram di sungai Emas, berhampiran Felda Perasu. - BERNAMA

Lu Fikir La Sendiri!!!

1 ulasan:

  1. NTAH2 BAPAK KAPIR TAU MMG ADE EMAS KAT KELANTAN TP SENGAJE NAK SOROK. NANTI BLEY LER DIA SAPU HASIL MASYHUL NEGERI MASUK POKET SENDIRI KEHKEHKEHKEH

    BalasPadam