Namun, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, ia dibenarkan dengan syarat mereka pernah berada dalam negara sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima tahun sebelum Parlimen dibubarkan.
Beliau berkata, perkara itu adalah syarat tambahan selain mereka perlu mendaftar dan memohon sebagai pengundi pos bagi memastikan mereka mengetahui perkembangan politik dalam negara.
"Kami sedang meneliti perkara ini dan jika ia memerlukan sebarang pindaan undang-undang, ia akan dibawa ke Parlimen dalam sesi akan datang yang bermula September ini," katanya pada sesi taklimat bersama media di sini hari ini.
Abdul Aziz berkata syarat tambahan itu adalah biasa kerana ia turut dilaksanakan di negara lain seperti Singapura, Australia dan United Kingdom.
Beliau yakin perkara itu dapat direalisasikan sebelum PRU ke-13, namun bergantung kepada tarikh Parlimen dibubarkan. - BERNAMA
Lu Fikir La Sendiri!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan