Harga jualan runcit petrol RON97 diturunkan sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.60 seliter, berkuat kuasa pada Khamis.
Dalam satu kenyataan pada Rabu, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri
Ahmad Husni Hanadzlah berkata keputusan menurunkan harga tersebut
berikutan purata harga minyak di pasaran bagi Jun 2012 telah menurun.
Sehubungan itu, katanya, kerajaan bersetuju untuk mengurangkan harga runcit petrol RON97 bagi Julai 2012 bermula Khamis.
Harga jualan runcit petrol RON97 pada dasarnya ditetapkan secara
apungan terkawal di mana harga bulanannya akan diubah mengikut harga
pasaran, katanya.
Kerajaan sebelum ini menurunkan harga jualan runcit petrol RON97 sebanyak 10 sen seliter kepada RM2.80 pada 6 Jun lepas. - BERNAMA
Syukuri nikmat Allah..mudah mudahan Allah tambah..
Lu Fikir La Sendiri!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan