Khamis, 5 Julai 2012

Renungan Shabaan..

Leraikan Dendam..

IBNU Sirin pernah mengungkapkan satu mutiara kata yang bermakna sekali...

' Aku tidak pernah dengki dengan seseorang pun berkaitan hal keduniaan. Sebabnya sekiranya dia ahli syurga, bagaimana aku hendak berdengki dengannya sedang dia menuju ke syurga. sekiranya dia ahli neraka, kenapa patut aku berdengki dengannya sedang dia menuju ke neraka'.

Tiada gunanya sifat dendam itu malah seandainya penyakit hati itu merajai pastinya benyak musibah buruk mendatang. Tuailah perasaan memaafi dan saling melupakan bagi mencapai keharmonian hidup dunia dan akhirat.

Lupakan wahai hati walau kata nista dan tomahan buruk itu. katakan 'aku tidak mahu menjadi manusia yang tidak tenang kerana padanya tidak ada langsung faedah berjuta'. Rawatlah hati dengan selalu berdoa..

' Ya ALLAH aku berlindung dengan MU daripada bersikap hasad dengki dan dendam.Amin'

Lu Fikir La Sendiri!!!

1 ulasan:

  1. terima kasih pada orang menyiarkan cetusan diatas ini. bersih kan hati dan diri anda akan terpancar kebersihan. niat itu mesti ikhlas

    BalasPadam