Selasa, 3 Julai 2012

Rayuan Kes Liwat Anwar Ada Masa 10 Hari Ajer..!

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah telah pun mengemukakan penghujahan penghakiman bertulis beliau hari ini. Hujah penghakiman tu boleh baca di sini

Pihak pendakwa ada masa 10 hari untuk mengemukakan rayuan..! So apa tunggu lagi? Jangan cari pendakwa macam usop udah ler yop!!!

Pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes liwat ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai masa 10 hari untuk memfailkan rayuan terhadap pembebasan Anwar daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
 
Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Jabatan Peguam Negara (AGC) Datuk Kamaludin Md Said berkata pihak pendakwaan mempunyai masa 10 hari dari semalam untuk memfailkan petisyen rayuan di pejabat pendaftar Mahkamah Rayuan.
 
Beliau berkata pihak pendakwaan menerima penghakiman bertulis setebal 80 muka surat itu bersama-sama dengan rekod rayuan yang lengkap oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.
 
Kamaludin berkata pihak pendakwaan akan meneliti rekod rayuan itu sebelum memfailkan petisyen itu.
 
Pada 20 Januari, AGC telah memfailkan notis rayuan terhadap pembebasan Anwar daripada pertuduhan liwat itu.
 
Notis itu yang ditandatangani oleh Peguam Cara Negara Datuk Idrus Harun telah difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah Kuala Lumpur.
 
Pada 9 Januari, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah melepaskan dan membebaskan Anwar, yang dituduh meliwat Mohd Saiful, 26, di unit kondominium

Desa Damansara di Bukit Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.
   
Anwar, 64, didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
 
Penghakiman bertulis itu diedarkan kepada media hari ini. - Bernama

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan