Rabu, 11 Julai 2012

Soi Lek Dah Serik..!

Baguslah kalau dah sedar! dah lama dah kita nasihatkan...debat dengan puak pembangkang ni bukan ada faedah pun! jenis bangsat muka tebal macam Guan Eng mana ada etika! sebab tu anak beranak terlibat dengan skandal! baguslah kalau Soi Lek dah cerdik!

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, beliau tidak mahu lagi berdebat dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Dr Chua berkata, majlis presiden MCA pada Selasa memutuskan bahawa beliau tidak perlu berdebat lagi dengan Lim kerana menyifatkan tindakan itu hanya membazir masa.

“Lim Guan Eng hanya menggunakan debat untuk menyerang orang lain kecuali Anwar (Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan tidak menyertai debat yang sihat,” kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat presiden MCA di sini.

Dr Chua berkata, Lim menggunakan debat sebagai platform untuk mengutuk hujah orang lain dan tidak menjawab sebarang soalan yang ditujukan kepadanya.

“Saya turut bersetuju dengan rakan-rakan saya bahawa saya tidak akan menerima sebarang debat daripada beliau,” katanya.

Lu Fikir La Sendiri!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan