Selasa, 11 Disember 2012

PAS Kronik..Kempen Potong Telinga Menteri Besar Pulak!

Kenyataan ‘potong telinga’ Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan meriuhkan Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat Pahang di Dataran Kerdau dengan para penceramah menggunakan kenyataan tersebut untuk membakar semangat mengajak rakyat Pahang berubah.

Hampir semua penceramah sejak petang sehinggalah malam ini menggunakan kiasan Adnan berjanji akan potong telinga dan terjun Sungai Pahang sekiranya Pakatan Rakyat menang di parlimen Bentong secara selang-seli untuk menghiburkan para hadirin.

“Sebagai rakyat Pahang, kita ambil ini sebagai cabaran untuk menawan Bentong dan Pahang,” kata Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar).

Adnan ketika bercakap kepada wartawan di Perhimpunan Agung Umno (PAU) 12 berjanji akan memotong telinganya dan terjun ke sungai Pahang jika DAP menang di Parlimen Bentong.

Namun selepas itu, beliau mendakwa kenyataan itu hanya kiasan.

Nampak sangat puak pakatan haram tersentuh dengan kenyataan YAB MB Pahang. Beliau yang mesra dengan panggilan Long Nan dikalangan rakyat Pahang menyatakan kiasan tersebut kerana yakin dan percaya bukan sahaja Parlimen Bentong dan DUN didalamnya malah seluruh negeri Pahang akan kekal menyumbang kerusi kemenangan Barisan Nasional diperingkat Negara.

Nampak sangat hamPAS Pahang dan sekutunya sakit dengan kenyataan Long tersebut. Pakatan haram tahu bahawa isu Lynas telah gagal, Usaha melekeh kepimpinan Long Nan di Pahang tidak meninggalkan bekas.

Long Nan yang sentiasa mendapat naungan Istana serta sikap mudah mesra bersama rakyat menjadi asas kekuatan kerajaan dan UMNO negeri selama ini.

Ditambah pula dengan Aura kepimpinan YAB Perdana Menteri yang diterima baik di seluruh negara tentunya menambah perit pakatan haram untuk lebih lama mengelamun disiang hari dalam mimpi merampas bumi bertuah negeri kelahiran PM itu.

Maka bila berangan merampas Pahang pun tak mampu..jadi berangan potong telinga pun jadi lah untuk santapan kuda belang.

Lu Fikir La Sendiri!



Published with Blogger-droid v2.0.9

1 ulasan:

  1. kami rakyat phg tetap bersama umno dan akan berada dibelakang long.....kpd tuan brahim jgn bermimpi lah kami akan beri undi kpd calun PAS...kalau ndak berlunjur tanding lah kat temerloh.....dulu 2008 bolh ckap ok lah...tp xni ehmmm.....mesti terkedu.....

    BalasPadam