Isnin, 2 November 2015

Apa Kerbau Kerbau Ni..!


Kenapa pulak pak kadir beriya iya bercerita pasal kerbau?

Layan...

Kerbau Berlumpur Biasa, Manusia Berlumpur Bahaya


A Kadir Jasin

سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ “Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang” 

SAYA telah bercerita mengenai anjing dalam kaitan dengan penyakit anjing gila (rabies) dan kesetiaan anjing kepada tuannya.

Alhamdulillah, nampaknya penyakit anjing gila yang melanda negeri-negeri barat laut Semenanjung sudah dapat dikawal. Sebenarnya kita ada kepakaran cuma ramai yang diberi amanah malas, alpa, cuai, seleweng dan rasuah.

Kemudian sekarang berlaku pula wabak kepialu (typhoid). Adoi, bala demi bala melanda negara kita di bawah pemerintahan Perdana Menteri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobonerinj. Silap-silap ebola pun dibawa masuk juga.

Kali ini saya akan bercerita mengenai kerbau pula. Dalam banyak budaya, kerbau sering digambarkan sebagai haiwan bodoh, bengis dan bertindak membabi buta. Babi buta sondoi (rempuh) sana sondoi sini.

Dalam bahasa Melayu, ada kiasan berbunyi “seekor kerbau bawa lumpur habis semua terpalit” yang merujuk kepada seorang anggota masyakat yang membuat jahat menyebabkan nama semua anggota masyarakat tercemar.

Kerbau berkubang  untuk kesihatan
Dalam bahasa Inggeris pula ada ungkapan “bull (kerbau atau lembu jantan) in a china shop” yang menyamakan seorang yang berang dan bertindak liar dengan seekor kerbau atau lembu jantan dalam kedai menjual barang-barang porselin.

Perangai dan amalan manusia dan kerbau sepatutnya berbeza. Kerbau berlumpur perkara biasa tetapi manusia yang tercemar namanya patut dijauhi.

Kerbau berkubang dan membalut badannya dengan lumpur untuk beberapa tujuan. Pertama menyejukkan badan. Kedua menyekat gigitan lalat. Ketiga melemaskan kutu dan keempat mematikan berengga (maggots).

Jadi kerbau membawa bukanlah perbuatan kotor. Itu tabiat semula jadi kerbau. Tapi manusia membuat kejahatan itu tidak baik. Lagi-lagilah apabila kemungkarannya itu membusukkan nama ibu bapa, keturunan, masyarakat, bangsa dan agamanya.

Saya boleh bercakap dengan yakin mengenai kerbau kerana sebagai anak pesawah, saya menolong nenek dan ayah saya memelihara kerbau.

Ada waktunya, pada tahun 1950an dan 60an, keluarga saya memelihara hingga 30 ekor kerbau dan lembu. Bila diserang wabah penyakit kuku dan mulut, habis mati.

Kerbau Haiwan Kuasa Ibu

Kalau kita baca jurnal saintifik atau menonton saluran pendidikan di TV, kita akan tahu bahawa kerbau adalah haiwan “matriarchal” iaitu haiwan dipimpin oleh haiwan betina – selalunya ibu paling kanan dalam satu-satu kumpulan.

Pusat Rujukan Persuratan Melayu DBP menterjemahkan “matriarchal/matriarchy) sebagai kuasa ibu.

Ibu kerbau inilah yang memandu kumpulannya mencari rumput, tempat minum dan mandi serta tempat beristirahat.

Dalam masyarakat manusia pun ada masyarakat kuasa ibu di mana wanita memimpin. Antaranya adalah Minangkabau (Sumatra), Mosui (Tibet), Akan (Ghana), Bribri (Costa Rica), Garo (India) dan Nagovisi (Bougainville).

Wanita Minangkabau berkuasa ke atas masyarakatnya
Tapi ada perbezaan antara tunduk kepada sistem kuasa ibu dengan takut kepada wanita atau lebih tepat, takut kepada bini. Dalam kumpulan kerbau, kerbau jantan tidak takut kepada kerbau betina, hatta kerbau betina yang jadi matriarch.

Tabiat kerbau jantan menyendiri. Ia masuk kumpulan hanya ketika mengawan. Habis mengawan ia pun keluar kumpulan. Tapi ia akan berlaga dengan kerbau jantan lain, kadang kala sampai mati, untuk mempertahankan haknya mengawan dengan kerbau-kerbau betina dalam kumpulannya.

Menang betul kerbau boleh dijinakkan dan diperhamba. Caranya ialah dengan mengurungnya dalam kandang dan memberinya makan rumput atau jerami untuk beberapa hari. Apabila ia cukup jinak, cucuk hidungnya dan ikat dengan tali.

Manusia jenis itu diibaratkan seperti kerbau dicucuk hidung. Mereka akan turut perintah dan buat apa saja yang diperintahkan oleh orang memberi mereka makan.

Wanita menarik kerbau yang dicucuk hidung
Manakala yang “macho” atau berlagak jantan jadilah mereka macam “bull in the china shop” yang akan menyondol apa saya tanpa mempedulikan buruk baiknya. 

Kerbau yang dicucuk hidung ini kalau tidak ditambat pun ia tidak akan merayau jauh. Bila petang baliklah ia ke kandang. Lagi mudah ia balik dan masuk kandang kalau disediakan rumput atau jerami.

Selain membajak sawah ia boleh diajar menarik kereta atau anor (sledge). Kalau mahu dan berani, kita boleh menunggangnya. Jadilah ia kerbau tunggangan.

Kerbau jinak boleh ditunggang
Maaflah kalau saya kata, dalam arena politik, pentadbiran awam dan media massa di negara kita sekarang ada banyak manusia yang wataknya macam yang disebutkan di atas.

Wallahuaklam.


Lu Fikir La Sendiri!!!

12 ulasan:

  1. Aduhhh...pening aku..susah betul nk hadam cerita kerbau nii..ProOO00ootTt

    BalasPadam
  2. Kerbau lagi mulia dari manusia yg berperangai seperti kerbau.

    BalasPadam
  3. Blogger cacai PARIAH MADET dan LANUN Johor.. kau habis model ke bulan ni nk sapu kepala Najib?

    come lah macai.. payment kau tak boleh sangkut lah kalau entry mcm pondan..

    aku rase ketrunan Lanun Johor pun takkan support dha kalau ko gagal jatuhkan Najib before end of 2015.. lepas tu akau akan merempat lah mcm pelacor menopause..

    so nasihat aku.. esok ko cari lah entry yg PANAS n tebal sikit level FITNAH.. kasi kaw2 org bace naik darah.. kau biar Najib senyum je bulan ni

    Alaahai pondan... mane pegi MADET PARIAH? die dh kecewa ke atau kurang sihat?

    aku harap dia akan bertaubat lah..

    tp bg aku kerbau berlumpur itu suci bersih dr blogger PARIAH dan PENGKHIANAT mcm kau dan MADET e& LANUN JOHOR..

    Kasihan aku tgk macai2 mcm kau sembah makhluk2 berpenyakit mcm Madet dan Ktrunan Lanun Johor

    (wow dulu hadiah private jet kat anaknda.. bulan ini beli Optimus Prime Mack dari USA pulak.. puluh juta RM... inilah gaya hidup ketrunan LANUN bg Johor..mereka pasti akan jatuh satu hari nanti..)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cai...baru dpt wang derma dari mohd najib kee..? Lanun bugis lagi hebat...duit jatuh dari langit..terus masuk akaun..magic betul..

      Padam
    2. Statement kerbau dicucuk hidung.
      Wakakaka.

      Padam
    3. 10.03
      Bull.....shit
      wakaka

      Padam
    4. Panjang umor tun...lepas rindu dgn tun?

      Padam
  4. Siapa Yg pondan ?...Najib atau tun?...ni penjilat Najis... Kata kata pun mcm busok nya Najis...

    BalasPadam
  5. Siapa Yg pondan ?...Najib atau tun?...ni penjilat Najis... Kata kata pun mcm busok nya Najis...

    BalasPadam
  6. Najib ler pondan...pondan tunggu hari selasa,mat sabun tunggu malam jumaat.kah kah kah.ada sejenis kerbau dipanggil kerbau balaq warna cerah perang,bibir merah.

    BalasPadam
  7. Ada dua jenis kerbau, hitam dan balau. Itu tidak ada beza. Yang ada beza adalah kerbau muda dan kerbau pencen. Kerbau muda kuat makan, menguak dan kuat bekerja. Sementara kerbau pencen tidak beri perhatian, sunyi dan kuyu.

    BalasPadam
  8. Ada dua jenis kerbau,kerbau pendek org islam x makan....kulitnya buat tampal muka org yg x tahu malu.Berlakun dgn islam wassatiyyah,tapi semua sapu depan belakang.Ugama buat topeng sahaja,rasuah,tipu,belit makanan harian.Hj Hadi pun kena tipu dgn hududnya,tapi x sedar diri nak jadi punahsihat pulak.X bolih wallaq dgn orang macam ni

    BalasPadam