Ahad, 1 November 2015

Lawak Hujung Minggu..!


Kenapa lah utusan sampai tergamak menggunakan 'caption' ini..?

Pas sedia jadi penasihat kerajaan BN

KUALA TERENGGANU 31 Okt. - Pas bersedia bertindak sebagai penasihat bagi membantu kerajaan Barisan Nasional (BN) mentadbir negara dengan sebaik-baiknya demi kepentingan rakyat.


Kalau pun hadi bawang berangan dan meminta nyawa..! tak perlu la utusan ambil itu sebagai tajuk..! Apa Utusan dah terlalu kalut hingga semuanya perlu dijilat..!

Hari ini Hadi sedang membasuh dosa yang dimulakannya di Bonggol Peradung apabila mengeluarkan 'fatwa' bahawa perjuangan UMNO adalah kafir..! makan sembelihan ahli UMNO adalah haram..! Perjuangan menentang UMNO adalah jihad..!

Ditangan Hadi lah hamPAS berpecah teruk..! PAS jahanam ditangan Hadi setelah dimulakan oleh Nik Aziz..!

UMNO jika memang tetap teguh dengan perjuangan demi Agama, Bangsa dan Negara pasti akan mendapat sokongan orang Islam, Bangsa Melayu dan Bumiputera..! 

Malah UMNO yang menerajui komponen Barisan Nasional selama 13 kali pilihanraya umum selama ini telah membuktikan kuasa pilihan  rakyat 'dari rakyat kepada rakyat' begitu mendapat tempat dihati pengundi dan rakyat..!

Tak payah minta PAS jadi penasihat pun UMNO dan BN selama ini berjaya menjadi sebuah kerajaan yang bertanggungjawab..!

UMNO dan Barisan Nasional tak perlukan dokongan PAS untuk terus memerintah..! Selagi UMNO dan BN berpijak di bumi nyata dengan mengangkat perjuangan rakyat sebagai keutamaan maka pastinya UMNO dan BN juga la yang akan tetap dipilih oleh rakyat..!

Selama ini pengundi yakin, rakyat yakin dan ianya boleh terus diyakini dengan langkah yang cukup meyakinkan..!

Soalnya, sejauhmana keyakinan rakyat dapat diterjemahkan kepada sokongan berbentuk undi?

Jangan tanya Hadi, jangan tanya hamPAS..! tanya kepada pucuk pimpinan yang menerajui kuasa disinggahsana..!

Masih tebal kah keyakinan yang rakyat miliki?

Lu Fikir La Sendiri!!!

20 ulasan:

  1. Cash is king kong kali kong. Nabi Muhammad saw hanya ambil masa 23 tabun untuk mengasaskan Islam di tengah masyarakat jahiliah. Pas dah berpuluh tahun berjuang tapi hasilnya pi mai pi mai tang tu. Ketika putuskan kerjasama politik dengan dap dikira keluar dari mulut harimau. Jika berbaik pula dengan umno, sama macam masuk mulut serigala la pula. Nasha dah jadi bos gmm ganti saifuddin, mungkin ada tempat untuk beberapa orang lain dah tersedia tu. Mana tau kot najib nak tubuh institusi baru untuk politik perpaduan ker. Yang nyata, pengundi makin konfius nak pangkah siapa pada pru akan datang.

    BalasPadam
  2. Kenapa la terhegeh hegeh nok PAS semola...PAS ni ego lebih tebal dari iman layaknya...nak jdi punahsehat haramjadah mendanyeee...kat sgor pas jadi barua pkr...kat pulau pinang dihumban dlm jamban...jadi punahsehat diri sendiri lgi baekk..nesihat diri sendiri yg ego lbh tebal dari iman...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju. Masjid UMNO haram, imam PAS dibelakang imam kerajaan, undi bulan tiket ke syurga, jenazah PAS totok dipermudahkan utk menjawap munkar nangkir. Yg best video besi bagi Aljuburi/China Doll. Hallelujah.

      Padam
  3. Hj hadi nak bayar jasa najib tolong dia time dia tumbang kat turki baru2 ni.. ramai x boleh baca benda ni... cash is king.. dgn duit dari gomen aka rakyat, najib tlg hadi, now hadi bg nyawa la pulak kat najib.. lu dulu tolong wa, now wa tlg u la...

    BalasPadam
  4. Aku setuju pas jd komponen bn. Yg penting melayu dan islam berkuasa di msia.

    BalasPadam
  5. Kata orang dulu-sulu, tidak ada kawan dan tiada musuh kekal dalam gelanggang jangka panjang kepolitikan. Yang kekal hanyalah konsep persaudaraan. Bila-bila saja kawan jadi lawan atau lawan jadi kawan. Tak banyak lawaknya tetapi ia jelas mengesahkan kata-kata itu.

    BalasPadam
  6. Amanat hadi menjahanamkan kehidupan ramai. Saya kehilangan sahabat kerananya. Tak haram pula sekarang kawan dgn umno. Mengaku ulamak, tapi memalukan ISLAM. Putar belitkan agama utk kepentingan diri, eloklah kawan dgn najib. Pas adalah parti politik yg pentingkan kuasa dan wang, tak takut dosa sampai permainkan agama. Umno pun apa kurangnya. Utusan? Orang yg siuman tak akan baca.

    BalasPadam
    Balasan
    1. "Saya kehilangan sahabat kerananya"

      Bro, orang yang siuman tak akan buat kenyataan sebegini kabur.

      Padam
  7. ADMIN TLG ULAS ISU BERAS, SEBERY CHIK CKP SUBSIDI BERAS DITARIK KERNA WARGA ASING YG BELI, SAMA ALASAN YG DIGUNAKAN KETIKA KERAJAAN MENAIKKAN HARGA TOPUP DULU

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada 4 juta pekerja asing. kalau semua guna beras subsidi, bayangkan berapa banyak subsidi yang terbazir. seperkara lagi subsidi sebegini terdedah kepada elemen suapan makanya perlu ada mekanisme alternatif supaya golongan sasar sebenar dapat subsidi dan pembaziran/penyelewengan dapat dielakkan.

      Padam
    2. Sepatutnya diumumkan mekanisme alternatif terlebih dahulu atau serentak dengan tindakan batal subsidi beras. Bila cuma berita subsidi batal yang didedahkan, persepsi yang timbul ialah kerajaan menghapuskan subsidi tanpa pemulangan semula kepada rakyat. Tak cukup duit sebab kena bayar hutang 1mdb la tu. Hehehe

      Padam
    3. SOALNYA SIAPA YG BUAT KAJIAN KATA WARGA ASING YG BYK BELI BERAS SUBSIDI? ATAU INI HANYA ALASAN? APA 4 JUTA? SIAPA YG BERTANGGUNGJAWAB BAWA MEREKA INI? TU BELOM MASUK WARGA BANGLADESH YG BAKAL MASUK.

      Padam
    4. Admin ni ko suro ulas psl subsidi beras? Haha...admin ni xreti ulas pakai idea sendiri. Dia cilok idea org lain. Tp bab mengutuk kerajaan skrg, mmg pakar. Itu je standard nye.

      Padam
  8. Tunggu semua akan naik, sesak sangat sampai tiada wang utk bayar gaji, rakyat yg kena bayar melalui gst dll lagi.

    BalasPadam
  9. jib turun la jib....kesian kat bloger ngan macai madey ni. selagi jib tak turun asyik melalak jer diorang ni. mana jambatan tak siap. mana kroni menyalak. semput jib. dah naik pening jib....nanti pru14 kalah....diorang nyalahkan jib pulak. biar madey and gangs bising sana sini....memecah belahkan parti. takpe....diorang kata. demi negara diorang kata. melayu dah sakit hati. rumah pun sanggup bakar. tak macam cina....bergaduh macamana pun....bangsa tetap diutamakan.
    jib....kesiannnnn kat diorang.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. 915 ..bangangnya komen dan pengomen ni..

      Padam
    2. marahnya macai madey ni. turun la jib.... kesiannnnn.......

      Padam
  10. hahaha lawak-lawak...berbalah korang banyak-banyak...Najib relax jee makan 'KOPOK GOTE'

    BalasPadam
  11. Bettul kata Admin,Rakyat tak da masaalah dgn BN ,Yg rakyat ada masaalah adalah para penyangak yg sedang merompak dan memperkosa BN skrg ni.Majoriti rakyat sebenar nya sedang menunggu "lampu hijau" utk kembali beramai ramai menyokong BN apabila penyangak besar yg ada kat atas tu di lesing keluar.dan diganti dgn pemimpin yg lebih bertanggungjawab..UMNO/BN tak perlu pada PAS ,utk "tambah nyawa"

    BalasPadam