Khamis, 19 September 2019

1MDB ~ Jolok Manipulasi Najib..!


Tangkap la Jolok ni cepat..! Biar kita semua dengar dan tahu perkara sebenar...! Siapa juga yang bersalah mesti menerima hukuman..!

Hari ke-10: Najib mungkin telah dimanipulasi Jho Low - saksi

Perbicaraan bekas perdana menteri, Najib Razak, yang dituduh melakukan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan dana 1MDB memasuki hari kelapan hari ini.
Di depan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Collin Lawrence Sequerah, Najib dihadapkan dengan 25 tuduhan membabitkan dana sebanyak RM2.28 bilion.
Sebelum ini anggota parlimen Pekan itu diberikan cuti sakit dua hari atas faktor kesihatan, apabila beliau didapati mengalami konjunktivitis.
Malaysiakini membawakan liputan perbicaraan itu secara langsung.
Amhari: Najib mungkin dimanipulasi Jho Low
10.45 pagi: Ahli perniagaan Jho Low mungkin telah memanipulasi bekas perdana menteri Najib Razak dalam soal 1MDB, kata bekas pegawai khasnya Amhari Efendi Nazaruddin.
Dia setuju dengan kenyataan peguam Muhammad Shafee Abdullah berkenaan perkara itu ketika pemeriksaan balas.
Shafee: Perdana menteri anda sendiri dimanipulasi Jho Low?
Amhari: Saya setuju.
Shafee: Anda setuju Jho Low mungkin manipulasi PM (Najib)?
Amhari: Ada kemungkinan.
Amhari juga setuju dengan Shafee bahawa bahagian pernyataan bertulisnya yang menyifatkan Jho Low sebagai "master manipulator" hanya merujuk kepada ahli perniagaan itu dan bukannya Najib.

10 pagi: Bekas pegawai khas Najib, Amhari Efendi Nazaruddin berkata dia dibawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika menjalankan penggeledahan di tiga rumah pada Jun tahun lalu.
Ia termasuklah rumahnya sendiri di Kota Damansara.
Menurut keterangannya, penyiasat SPRM ke rumahnya pada 24 Jun sebelum menggeledah sebuah apartmen di Persiaran Tropicana keesokannya.
Dia berkata apartmen itu bukan miliknya.
SPRM turut menggeledah sebuah lagi unit kondominium di 3 Jalan Kia Peng selepas itu.
Mahkamah diberitahu SPRM mengambil sejumlah dokumen, dua telefon Blackberry, dan beberapa komputer dari rumah Amhari.

9.36 pagi: Najib masuk ke kandang tertuduh. Perbicaraan bermula dengan sambungan pemeriksaan balas terhadap bekas pegawai khasnya, Amhari Efendi Nazaruddin.

9.31 pagi: Tertuduh Najib Razak masuk ke mahkamah dan duduk untuk menunggu perbicaraan bermula.

Turut ada ialah ketua pasukan pembelaan Muhammad Shafee Abdullah dan para peguam lain, serta ketua timbalan pendakwa raya Gopal Sri Ram dan pasukannya.
Hari kesepuluh perbicaraan bekas perdana menteri Najib Razak berhubung dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion mungkin menyaksikan bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi dipanggil sebagai saksi pendakwaan kesembilan.
Ia selepas peguam Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan mahkamah semalam bahawa beliau mungkin memerlukan hanya dua jam lagi untuk menyoal balas bekas pegawai Najib, Amhari Efendi Nazaruddin, yang merupakan saksi kelapan.
Shahrol Azral menjadi CEO 1MDB pada 2009 hingga 2013, sebelum dipindahkan ke Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu).
Difahamkan jika Shahrol Azral dipanggil untuk pemeriksaan utama hari ini, pernyataan bertulisnya akan lebih panjang berbanding pernyataan Amhari.
Justeru perbicaraan untuk beberapa hari seterusnya ini dijangka melibatkannya. 


Sementara itu dilaporkan juga..
Bekas pegawai khas kepada Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tidak menyediakan laporan berhubung lawatannya ke China pada bulan Jun 2016 untuk Najib, tetapi ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low yang menyediakannya.

Datuk Amhari Efendi Nazaruddin, 43, berkata, laporan bertajuk "Update On China-Malaysia Economic Program: 18 July 2016" (Laporan Kemas Kini Mengenai Program Ekonomi China-Malaysia 18 Julai 2016) itu telah dikongsikan dengan Najib dan beliau memaklumkan maklumat yang kemas kini kepada bekas Perdana Menteri itu sebaik pulang daripada mesyuarat itu kerana beliau dihantar secara peribadi sebagai wakil khas kepada Najib.

Beliau berkata demikian ketika diperiksa balas oleh ketua peguam bela Najib Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada hari kesembilan perbicaraan bekas Perdana Menteri itu berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Saksi pendakwaan kelapan itu, dalam keterangannya sebelum ini, memberitahu mahkamah yang beliau telah menerima dokumen sama ada daripada Jho Low menerusi e-mel secara peribadi atau daripada bekas pengarah 1MDB Terence Geh.

Muhammad Shafee: Kamu tidak tulis nama kamu atau nama Jho Low. Tiada nama pengarang bagi laporan itu?

Amhari Efendi: Tiada.

Muhammad Shafee: Kenapa begitu?

Amhari Efendi: Sebab sudah jelas hanya ada tiga orang kami (dia sendiri, Jho Low, Terence) terlibat dalam misi berkenaan... jadi adalah jelas ia datangnya daripada Jho Low. Datuk Seri Najib tahu.

Muhammad Shafee: Kamu kata dokumen ini datang daripada Jho Low. Bagaimana kamu memperolehnya?

Amhari Efendi: Melalui e-mel.

Muhammad Shafee: Kamu mendakwa secara lisan bahawa kamu telah menunjukkan dokumen itu kepada PM dan ia telah disediakan oleh Jho Low. Dia (Najib) telah menghantar kamu ke China sebagai wakil khas dia, adakah kamu mengatakan kamu tidak menyediakan apa-apa laporan.

Amhari Efendi: Betul.

Muhammad Shafee: Adakah kamu meminta dia (PM) untuk membacanya?

Amhari Efendi: Saya telah menjelaskan kepada dia bahagian pertamanya di mana terdapat di dalamnya cadangan supaya ditukar lembaga sektor daripada sektor swasta kepada sektor awam berhubung beberapa projek yang telah dibincangkan semasa lawatan ke China itu.

Muhammad Shafee: Kamu berikan Najib salinan ini?

Amhari Efendi: Saya memberinya satu salinan, kemudiannya saya percaya dia telah memulangkannya semula kepada saya.

Mahkamah turut diberitahu bahawa maklumat daripada Amhari Efendi menjadi sebab kanapa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu kediaman Low di Jalan Kia Peng, di mana dia ditangkap oleh SPRM pada satu masa pada bulan Syawal (Hari Raya Aidilfitri) pada 2018, selepas Pilihan Raya Umum ke-14.

Sambil cuba mengingati kembali peristiwa itu, saksi penting itu berkata beliau telah pergi untuk menghadiri satu mesyuarat di umah Jho Low berhubung Terengganu Investment Authority (TIA) pada lewat 2008 atau awal 2009.

Muhammad Shafee: Kamu tahu di mana rumahnya sebelum itu?

Amhari Efendi: Tidak.

Muhammad Shafee: Adakah ia apartment Number 3 Kia Peng atau Apartment number 3, Kia Peng?

Amhari Efendi: Saya fikir nama apartmen itu Number 3 Kia Peng.

Muhammad Shafee: Nombor rumah yang betul pun kamu tidak boleh ingat tetapi kamu membawa SPRM ke sana?

Amhari Efendi: Saya mendedahkan mengenai lukisan pada papan putih di rumah Jho Low di Kia Peng.

Saksi itu berkata dia telah berkunjung rumah Jho Low dua kali dan telah dibawa ke ruang dapur rumah itu di mana di situ terdapat papan putih yang digunakan oleh Jho Low dalam perbincangan mengenai TIA.

“Saya ditahan oleh SPRM tidak lama selepas balik dari lawatan ke Thailand dan Kemboja bersama keluarga saya pada Julai tahun lepas,” tambah beliau.

Saksi itu juga bersetuju dengan cadangan Muhammad Shafee bahawa papan putih itu adalah luar biasa kerana ia boleh mencetak secara langsung lakaran daripada papan putih itu dengan hanya menekan butang.

Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya untuk menerima rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram berhubung wang yang sama.

Ahli Parlimen Pekan MP itu didakwa melakukan keempat-empat kesalahan itu di AmIslamic Bank Berhad, cawangan Jalan Raja Chulan branch, Bukit Ceylon di sini antara 24 Februari 2011 dan 19 Disember 2014, dan 21 pertuduhan antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013, di tempat yang sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung esok. - Bernama
sumber

Siapa manipulasi siapa sebenarnya? 
Ini macam cerita mana dulu..! Ayam dulu ke telur dulu?
Lu Fikir La Sendiri..!

24 ulasan:

  1. JANGAN LANTIK LAGI PM DARI UTARA,PM DARI UTARA BAWA MUDARAT BESAR PADA MALAYSIA. LEPAS TUN M SATU LAGI MALAPETAKA AKN MENIMPA MALAYSIA! ANWAR AKN BAWA MUDARAT BESAR PADA MALAYSIA!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mudarat atas kapla ko sorang ajee..

      Padam
    2. memudaratkan hanya utk kami.. tapi bagi geng kunyit mmg lh x memudaratkan sbb sama-sama SUKA main lubang taik.. (Bersemburit) you2.. sedap gitu..

      Padam
    3. Ko ade bukti main kunyit/ smburit?...ko hanye dengar cakap orang saja...ko turut fitnah..

      Padam
  2. Jho lo lagi....mana jho lo?...jho lo kat ana?....jho lo ni wujud ato tidak?....ato hanye khayalan semata2...

    Cerita pasal jho lo siang malam...tapi body yg empunye nama tak ada pon...bayang pon tak ada...

    Kenapa sehingga sekarang tak ada pon jho lo?....Hamid kata tak berapa lama lagi jho lo akan ditangkap....bila tu?....lepas Hamid pencen?..

    Jadi sedaplah cerita pasal jho lo kerana yg empunye nama tak boleh napikan...

    Jho lo mungkin orang bunian...tu sebab tak da sape pon nampak jasad jho lo dan tak boleh di tangkap...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila Pakatan Hancing nak bawa Jolo ni balik? Benarkah sedang disorokkan di negara SAFE HAVEN bagi taukeh2 dirantau2 sebelah timur sana? SAFE HAVEN FOR PENJENAYAH?

      Padam
  3. Saksi ni yg ngaku hentam duit jho lo...tapi mana jho lo nye?..

    Amhari: Saya tak kerjasama dengan SPRM agar dilepaskan

    10.35 pagi: Amhari Efendi Nazaruddin membantah kenyataan pihak pembelaan bahawa dia memberi kerjasama kepada SPRM untuk mengelak berdepan dakwaan jenayah di mahkamah.

    Ia selepas peguam Muhammad Shafee Abdullah memberitahunya bahawa dia setuju untuk menyabitkan bekas bosnya untuk membebaskan dirinya daripada kesalahan yang dibuat.

    Shafee: Apabila ditahan dan disoal siasat, anda buat keputusan untuk bekerjasama dengan SPRM dengan harapan masalah anda sendiri, siasatan terhadap anda, akan dilayan secara lebih ringan. Malah anda belum didakwa untuk kesalahan yang anda lakukan

    BalasPadam
  4. KAROMAH & RAHSIA DIBAWAH PANJI PENYATUAN UMMAH@NASIONAL YANG TERSEMBUNYI

    Sejarah melakarkan bagaimana dalam peperangan Badar, pahlawan Islam di bawah pimpinan yang cuma seramai 313 orang berjaya menewaskan 1,000 orang kafir musyrikin Mekah...

    KAROMAH TERAHSIA DARI PENYATUAN UMMAH
    SEMUA PEKUNG TENGGELAM TIMBUL AKHIRNYA
    PEMIMPIN HIPOKRIT PENGADAI BANGSA DAN AKIDAH
    AYUH HANCURKAN MUSUH DALAM SELIMUT KITA

    Sejarah sudah terlakar dibawah Panji panji Penyatuan Umah di Malaysia

    RAHSIA DAN PETUNJUK KEBENARAN PENYATUAN UMMAH@NASIONAL TERBONGKAR..!!!

    Doa Almarhum Dato' Fadzil Noor supaya Dr. Mahathir panjang umur untuk beliau lihat sendiri kerosakan yang di buat, Alhamdulillah maqbul...

    Doa orang Islam yang tidak mahu Lim Guan Eng nak jadi macam Khalifah Umar bin Abdul Aziz, alhamdulillah maqbul.

    Doa ahli PAS untuk ditunjukkan kebenaran atas fitnah kepada PAS, terutama isu RM90 juta terimaan duit dari Umno, dimaqbulkan...

    Sehinggakan SPRM sendiri mengesahkan PAS, bersih daripada sebarang salah laku rasuah...

    Doa seluruh umat Islam di Malaysia yang mahukan Dr. Zakir Naik tidak dihalau keluar, alhamdulillah dimaqbulkan...

    Doa Sallehuddin Ayub kepada sesiapa cuba menjahanamkan PAS akan gagal kerana PAS ada penjaganya iaitu Allah SWT, Alhamdulillah maqbul...!

    Doa sangat panjang Dr. Azhari, perwakilan Wilayah dalam Muktamar PAS tahun 2014 di Batu Pahat supaya Allah keluarkan jebon-jebon, pelesit dan pemuka fitnah jijik serta pemuka2 hipokrit dari PAS dan UMNO telah dimaqbulkan Allah...

    Doa Presiden PAS untuk menyatukan umat atas nama Islam, alhamdulillah maqbul pada 14 September 2019...

    Doa PAS suruh Umno K.O. yang dibacakan oleh adik Almarhum TG Nik Aziz, Ustaz Nik Radzi, Alhamdulillah maqbul. Orang yang sombong dalam UMNO berambos sudah dalam PKR dan Bersatu.

    Doa Ketua Dewan Ulamak PAS, Dr. Nik Zawawi agar PH bercakaran sesama sendiri Alhamdulillah maqbul...

    Doa Anwar, kroni-kroninya dan DAP nak jadikan Anwar PM8, alhamdulillah tak maqbul-maqbul lagi sampai sekarang, kerana terlalu ramai rakyat Malaysia yang mendoakan agar dia tidak akan naik selama-lamanya untuk menjadi Perdana Menteri...

    Genap 11 tahun, doa dan rancangan Anwar untuk tukar kerajaan pada 16 September 2008 dengan rancangan membeli menteri-menteri kabinet BN juga tidak maqbul, malah langsung tidak dilayan...

    Benar, sekarang kafir harbi dan sekutunya mempunyai ikhtiar dan kuasa tetapi kita mempunyai ikhtiar dan doa...

    Bila Allah SWT mengkehendakinya, mustahil di sisi manusia tetapi amat mudah di sisi Allah SWT...

    Mari kita doakan lagi, semoga Muafakat Nasional ini berkekalan membawa kebaikan kepada Islam dan negara...

    Semoga negara kita tidak diperintah oleh golongan yang memusuhi Allah SWT dan rasulNya...

    Semoga kita diselamatkan Allah SWT dari api neraka yang bahan bakarnya ialah batu dan manusia...

    MUSUH TERDESAK, CEMAS & GELABAH DI BAWAH PANJI PENYATUAN NASIONAL

    Pemimpin hipokrit ini sudah merasa panas dari bahang kebangkitan Penyatuan Nasional dan mereka mula menyerang, memfitnah, adu domba bersama bala tentera dajjal melakukan serangan terhadap Penyatuan Umah.

    Sehingga sekarang Dr. Mahathir masih hidup dan menjadi Perdana Menteri tertua di dunia dan masih gagah berperang, berkelahi, saling curiga mencurigai mengadu domba fitnah jijik tak percaya satu sama lain dengan timbalannya.

    Inilah hasil hasil kerosakan sistem pemerintahan yang jauh menyimpang dari Islam bersengkongkol dengan Pluralisma Murtad, COMANGO toksik, LGBT, Syiah, Avenglista Komunis DAP, SIS,G25 liberalis dibawah anak perempuan Marina@Gereja Mahathir yang beliau buat dahulu...

    PEMIMPIN HIPOKRIT UMNO PAS SUDAH BERAMBOS
    PANJI PENYATUAN NASIONAL UMAH TERMATRI SUDAH
    KHADAM BARUA TOKONG KEPANASAN KELUAR HINGUS
    TERBANYANG SUDAH KEHANCURAN KERAJAAN FITNAH

    Hasil tuaian pemimpin bodoh sombong dan pemuka pemuka hipokrit pada akidah agama dan bangsanya sudah mendapat hari ini. Maka hari ini lahirnya dari sentimen dan persepsi fitnah jijik tertubuhnya kerajaan fitnah jijik PH.

    #buymuslimfirst

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tipulah penyatuan ummah...bila penyatuan ummah...bila plak umno dan pas bersatu?...dengar citer penyatuan nasional...

      Nak kaburi mata orang ramai saja..

      Setakat kerjasama politik bukannye penyatuan...

      Padam
    2. Pakatan Harapan lansung tak ada penyatuan.. setakat pakat pakat saja..

      kikikiki...

      Padam
    3. dh nama parti POLITIK yg bersatu mesti lh kerjasama politik.. hanya politik sahaja yg dpt mengubah nasib malaysia dari di jajah puak2 PH ni.. takkan org awam & NGO yg nk memerintah malaysia kelak.. SEKARANG ni PH tu bukan parti POLITIK kh? Bangang betol lh MAHACAI KUNYIT ni..

      Padam
    4. Habis tu kenapa cakap penyatuan ummah?...ko paham ker makna penyatuan?....penyatuan beerti satu...pas dan umno masih 2 parti berlainan perlembagaan......maknanye masih boleh berpisah bila2 masa.....

      Padam
    5. 5.09... Pakatan Harapan satu pakatan parti2... Bukan penyatuan parti...

      Umno dan pas dah bersatu dlm penyatuan ummah?...kalo dah bersatu tak ada lagi parti pas dan parti umuno...

      Tapi masih ada pas ada umno maknanye bukan penyatuan....penyatuan tipu saja..

      Kikikikik..

      Padam
    6. Pe3nyatuan UMMAH menolak DAPIGGGGGGGGSSSSSSS

      Woi Anon Bodoh tak paham ka? Syiok Kena LIWAT?

      Padam
    7. penyatuan tak semesti nya bersatu dlm satu patti.. penyatuan dlm satu fahaman islam yg tulin no hal punya.. zaman nabi ada kaum ansar dan ada muhajirin tetap dng kaum meteka tapi di satukan dlm pemahaman islam sinnah waljamaah... bukan dalam bercpur dng ajaeam murtad pluralisma COMANGO liberalist syiah harbi....


      alahaiiii...!!

      Padam
    8. Penyatuan tipu laah tu...penyatuan rekaan sendiri dan syook sendiri..

      Padam
    9. Nak samakan dgn penyatuan oleh nabi.plak...penyatuan oleh nabi wujud satu kaum muslimin saja....tak ada pahaman dan pegangan yg berbeza...nabi pon tak ada kepentingan peribadi...puak pas dan umno masih ada pahaman dan pegangan dan kepentingan yg berbeza...

      Mudahnye pas dan umno bubar tubuh satu parti aje...baru betul2 penyatuan ummah untuk islam.....

      Itupon penyatuan dah tukar kpd penyatuan nasional plak...dah tahu ada kelemahan....

      Padam
  5. 1MDB report: Ex-CEO Shahrol says no wrongdoing during his time
    NATION
    Thursday, 07 Apr 2016 12:11 PM MYT
    image: https://www.thestar.com.my/theme_metro/images/no-image.png


    KUALA LUMPUR: Former 1Malaysia Development Bhd (1MDB) chief executive officer Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi (pix) said there was no wrongdoing or illegal activity at the company under his watch.

    In a statement issued here Thursday, Shahrol Azral said that during the course of investigation into the company, he had appeared before the members of the Public Accounts Committee (PAC) and had given them a full and honest account of his time as CEO of 1MDB.

    He also said he would continue to extend his full cooperation on the matter.

    "Over the course of this investigation, I appeared before the honourable members of the PAC on multiple occasions.

    "I gave them a full and honest account of my time as CEO of 1MDB. As explained to the PAC, I wish to emphasise again that there was no wrongdoing or illegal activity at the company under my watch.

    "I will continue to extend my full cooperation, confident in the knowledge that I have done no wrong and have nothing to hide," he said.

    The PAC, in its 1MDB Governance Management Control Report released in the Dewan Rakyat, asked the authorities to investigate Shahrol Azral and relevant officers.

    It said Shahrol Azral must take responsibility for the government-owned strategic investment company's weaknesses and shortcomings. - Bernama


    Read more at https://www.thestar.com.my/news/nation/2016/04/07/shahrol-azral-no-wrongdoing-during-my-time-as-1mdb-ceo#JSMf7V8PoFV9PwhD.99

    BalasPadam
  6. Wang 1 mdb 2.6 billion dituduh masuk akaun najib....tiada rekod kewangan 1 mdb wang 2.6 billion masuk akaun najib...

    Timbol plak ceritera wang 1 mdb masuk akaun jho lo lepas tu baru masuk akaun najib..

    Kalo dari akaun jho lo mesti bicarakan jho lo dulu.

    Kalo tak sabitkan jho lo bersalah macam mana nak sabitkan najib?...najib dakwa wang dari raja arab....boleh ke pendakwa buktikan wang bukan dari raja arab kalo jho lo tidak dibicarakan?...cakap madey arab gila aje yg bagi derma tak laku di mahkamah...

    Jho lo orang bunian....bomoh aje boleh tangkap bunian...

    BalasPadam
  7. Siapa manipulasi siapa sebenarnya?

    Ini perbicaraan manipulasi ato kes rompakan dan wang haram?...

    BalasPadam
  8. Kes manipulasi Jolo komunis ni mungkin mengambil masa yang sangat panjang. Awat la pihak pendakwa ambil yang sudah tua bangka. Silap haribulan kes tak habis2 dia yang habis dulu... he..he.. tanye je?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kenapa kaitkan nanipulasi jho lo?... Sedangkan jho lo tak disiasat dan didakwa pon....perbicaraan dah mengarut..

      Padam
  9. Kes najib sangat lemah kerana jho lo tidak disiasat dan didakwa...kes ini najib dan jho lo berkaitan...melainkan jho lo jadi saksi pendakwaraya untuk sahkan bukti wang 1 mdb masuk akaun najib...

    Saksi2 yg dipanggil mengaku kaitan jho lo dan najib tapi tidak berupaya sahkan wang 1 mdb dlm akaun najib...mukaddimah ketua pendakwaraya bukan bukti...

    Pendakwaraya tidak mampu buktikan dan napikan bukan wang raja arab masuk dlm akaun najib...

    Ingat 37 tuduhan wang haram bekas exco perumahan johor di buang kes oleh mahkamah....

    Ada yg akan Terduduk lah nanti harapkan najib ke sungai buluh...

    BalasPadam