Ahad, 8 September 2019

1MDB ~ Siapa Macai Siapa..?


Nampaknya seakan tahyul cerita yang dijelir lidahkan selama ini menyembur nyembur mengatakan bahawa semua yang dirancang, diputus dan dilakukan oleh 1MDB adalah keputusan kabinet..!

Itu pun kuda belang masih nak cover..!!!

Kes 1MDB: 10 perkara didedah bekas pegawai khas Najib

Lima hari pertama perbicaraan kes rasuah 1MDB bekas perdana menteri Najib Razak setakat ini telah menyaksikan bekas pegawai khas Najib, Amhari Efendi Nazaruddin tampil sebagai saksi penting pendakwaan.
Amhari, 43, yang berkhidmat untuk Najib selama 10 tahun, memberi butiran mengenai kerja-kerja pegawai di Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan urusan mereka dengan ahli perniagaan yang dikaitkan dengan 1MDB Low Taek Jho, atau lebih dikenali sebagai Jho Low.
Amhari memulakan kerjayanya di Bank Negara Malaysia selepas tamat pengajian pada 1999, sebelum dipindahkan ke Unit Perancangan Ekonomi (EPU) sebagai pegawai khas Effendi Norwawi, yang merupakan menteri yang bertanggungjawab memantau EPU di bawah PMO pada tahun 2006.
Dua tahun kemudian, Amhari kembali ke BNM sebagai pengurus Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia dan sempat berkhidmat selama dua bulan ketika ditawarkan untuk menjadi pegawai khas Najib.
Amhari kemudian ditugaskan untuk menguruskan media sosial dan komunikasi dalam talian untuk Najib, yang ketika itu merupakan timbalan perdana menteri. Tugas lain termasuk mempromosikan jenama 1Malaysia.
Amhari diletakkan di bawah pengawasan Azlin. Apabila Najib menjadi perdana menteri keenam pada April 2009, Azlin menjadi pengarah Bahagian Ekonomi PMO, dan Amhari telah ditugaskan menjadi pegawai khas kepada PM yang turut berada di jabatan yang sama. 
Amhari Efendi Nazaruddin.
Selepas kematian Azlin dalam nahas helikopter pada tahun 2015, Amhari kemudian diberikan tugas Azlin, termasuk urusan yang sangat sulit bagi mewakili pihak perdana menteri.
Pada 2016, Amhari dipindahkan dari Bank Negara ke Khazanah Nasional Bhd, dan menerima gaji bulanan sebanyak RM55,000. DIa memperoleh RM25,000 sebulan ketika berada di bawah BNM.
Menurut keterangannya di mahkamah, sejak pemindahannya ke Khazanah Nasional, Amhari memperoleh RM75,000 sebulan, termasuk RM20,000 lagi sebagai pengarah Orb Solutions Sdn Bhd, yang ditubuhkan pada tahun 2010 untuk membantu mempromosi Najib dalam talian.
Antara perkara penting dari keterangannya adalah seperti berikut: 
1) Pegawai Najib mengadakan pertemuan rahsia dengan Jho Low
Amhari memberi keterangan mendakwa bahawa dian dan pegawai atasannya di PMO, Allahyarham Azlin Alias, telah bertemu Jho Low secara rahsia berhubung 1MDB tetapi hanya menyedari ia merupakan satu skandal apabila nama syarikat tersebut mula timbul dalam berita.
Menurutnya, ini kerana kerja-kerja mereka dibahagikan secara berasingan, dan hanya Najib dan Jho Low "mempunyai gambaran keseluruhan mengenai apa yang dirancang".
Amhari memberi keterangan bahawa pertemuan dengan Jho Low dilakukan pada waktu malam di Prince Hotel di Kuala Lumpur di mana projek dan keputusan utama dibincangkan.
2) Amhari mendakwa Jho Low berada dalam lingkungan keluarga Najib
Amhari pertama kali berjumpa dengan Jho Low pada tahun 2007 ketika menjadi pegawai khas kepada Mohd Effendi Norwawi, kemudian Menteri yang bertanggungjawab memantau EPU.
Menurutnya, sejak pertama kali bertemu dengan Jho Low, ahli perniagaan itu banyak bercakap tentang keluarga Najib seolah-olah dia berada di dalam keluarga keluarga timbalan perdana menteri itu.
Jho Low juga kemudian memberitahu Amhari bahawa dia rapat dengan Najib, dan Jho Low mengenali ahli parlimen Pekan itu melalui anak Najib, Riza Aziz memandangkan Jho Low sudah mengenali Riza sejak zaman remaja mereka.
"Banyak kali Jho bercakap tentang kekerapan pertemuannya dengan keluarga Najib dan kadang-kadang dia tahu lebih banyak mengenai rancangan yang telah dibuat oleh keluarga Najib walhal saya sendiri, sebagai pegawai khasnya, tidak tahu mengenainya," kata Amhari.
Amhari juga mendakwa bahawa isteri Najib, Rosmah Mansor sering menerima panggilan daripada Jho Low.
3) Jho Low tahu lebih banyak maklumat daripada pegawai Najib sendiri
Menurut Amhari, Najib sering berjumpa dengan Jho Low untuk membincangkan pelbagai perkara termasuk hal-hal sulit.
Amhari yang menggambarkan Jho Low sebagai 'penasihat penting' kepada Najib berkata ahli perniagaan yang kini dalam buruan itu telah mengenali Najib sebelum Amhari menjadi pegawai khasnya.
Amhari turut menggambarkan Jho Low 'sangat rapat’ dengan Najib dan isterinya, Rosmah.
Menurutnya, terdapat juga situasi ketika arahan khusus yang melibatkan perkara sulit diberikan kepadanya atau Azlin oleh Jho Low.
Jho Low
Dia percaya bahawa Najib telah meluluskan arahan ini kerana ketika mereka mengesahkan perkara tersebut dengan Najib, Najib mengetahuinya dan mengarahkan Amhari dan Azlin untuk mengikuti arahan yang diberikan oleh Jho Low.
Amhari juga memberi keterangan bahawa dia percaya yang Jho Low adalah “pakar manipulasi”, yang dapat memperoleh perkara yang diinginkan.
"Sepanjang pengalaman saya berurusan dengan Jho Low, saya mendapati dia pandai dan manipulatif ketika berurusan dengan pegawai dari pelbagai peringkat dan pangkat, dari Malaysia atau luar negara, yang kebanyakannya diketahui Najib," katanya.
4) Jho Low menggunakan pembantu Najib untuk membuka akaun bank
Pada 2012, Amhari dan Azlin membuka akaun bank di luar negara atas arahan Jho Low, dan Jho Low mendakwa ia sebagai akaun ‘standby’ dan ‘just in case’ yang akan dikendalikan olehnya.
Walaupun kedua-dua mereka menyatakan kebimbangan, Amhari berkata mereka terpaksa mengikut perintah Jho Low kerana mereka takut sesuatu yang buruk akan berlaku kepada mereka atau kerjaya mereka jika mereka memilih untuk melawannya.
Amhari kemudian mendapat tahu pada tahun 2016 bahawa akaunnya dengan BSI Switzerland mempunyai lebih dari AS$800,000 ketika dia menerima panggilan daripada bank. Bagaimanapun, akaun itu terpaksa ditutup atas arahan BSI dan dia terpaksa membuka akaun lain di Bangkok.
Dia mendakwa kedua-dua akaun itu berada di bawah kawalan Low dan tidak tahu apa yang berlaku kepada wang itu.
5) Jho Low mengarahkan pembantu Najib untuk hapuskan dokumen, tetapi Amhari tidak melupuskan kesemuanya
Amhari di mahkmah juga mendakwa bahawa Jho Low sentiasa mengingatkan dia dan Azlin untuk menghapuskan dokumen yang mereka miliki selepas setiap mesyuarat.
Selain dokumen, pegawai-pegawai juga dimaklumkan untuk memadamkan setiap e-mel dan mesej Blackberry Messenger yang Jho Low telah hantar kepada mereka.
Menurut Amhari, ketika menghapuskan dokumen dari perbincangan mereka, ada beberapa yang dia terlepas pandang.
Amhari bagaimanapun percaya bahawa Azlin mungkin telah menghapuskan semua dokumen dalam simpanannya kerana menurutnya Azlin merupakan seseorang yang pandai menyimpan rahsia. 
6) Jho Low bertemu dengan Agong terdahulu mengenai 1MDB
Amhari pertama kali menyertai mesyuarat berhubung rancangan untuk menubuhkan Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA), (nama sebelum ditukarkan kepada 1MDB), atas perintah Jho Low, yang mendakwa bahawa dia mendapat kelulusan Najib untuk meyakinkan Amhari.
Sekitar akhir 2008, pertemuan itu diadakan di Istana Terengganu di Kuala Lumpur, dan dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Menurut Amhari, Jho Low telah membangkitkan rancangan untuk menubuhkan TIA kepada Agong ketika itu, tetapi Tuanku Mizan tidak memberikan sebarang keputusan.
Amhari berkata dia mula mengetahui tentang rancangan untuk menubuhkan TIA menerusi kutipan dana apabila Jho Low menjelaskan kepadanya tentang idea menggunakan papan putih di dapur rumah Jho Low di Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur.
Jho Low juga memaklumkan kepadanya bahawa rancangan TIA mengambil model dana kekayaan Mubadala di Abu Dhabi, dan TIA adalah projek Najib.
Amhari juga memberi keterangan bahawa Jho Low terlibat dalam perancangan kerjasama 1MDB dengan IPIC dan Aabar. Bagaimanapun, Amhari berkata dia tidak mempunyai banyak maklumat kerana kebanyakan perbincangan telah dikendalikan oleh Azlin.
7) Jho Low arahkan naratif mengenai kawalan kerosakan 1MDB
Selepas skandal 1MDB mendapat tumpuan, PMO terutamanya Azlin yang merupakan ketua setiausaha sulit Najib perlu mendapatkan penyelesaian untuk melindungi imej Najib sebagai perdana menteri.
Amhari berkata, Jho Low telah memainkan peranan dalam usaha menangani kesan skandal 1MDB, dengan  beliau telah menyediakan kandungan ucapan dan pelan tindakan untuk PMO.
Ahli perniagaan tersebut juga telah memberikan soalan-soalan lazim (FAQ) kepada PMO untuk digunakan apabila menjawab soalan 1MDB.
Menurut keterangan Amhari, pada satu tahap, Jho Low juga menyediakan dokumen yang menyangkal dirinya sendiri mempunyai sebarang peranan dalam 1MDB.
Amhari berkata apabila pihak berkuasa Malaysia menubuhkan pasukan petugas untuk menyiasat isu 1MDB, Jho Low menyerahkan dokumen kepadanya dan Azlin untuk membuktikan, antara lain, tidak ada kesalahan yang dilakukan oleh Petrosaudi.
8) Pelan rasionalisasi 1MDB datang dari Jho Low
Antara lewat tahun 2014 dan awal 2015, Amhari menerima dokumen yang disediakan oleh Jho Low, yang memperinci rancangannya untuk menyelesaikan hutang 1MDB.
Menurut saksi, dokumen yang bertajuk '1MDB Rationalisation Plan Overview: Accompanying Notes' menerangkan pelan rasionalisasi untuk 1MDB.
"Dokumen ini adalah rancangan Jho Low untuk menyelesaikan hutang 1MDB. Nota ini adalah untuk menjelaskan pelan rasionalisasi untuk 1MDB. Pelan ini merupakan isu hangat ketika itu. 
"Oleh kerana isu 1MDB tersebut tidak begitu baik, rancangannya adalah untuk menjual semua aset dan liabiliti 1MDB, dan untuk menutup 1MDB.
"Jho Low mahu menjual semua aset dan liabiliti 1MDB untuk menampung masalah hutang yang dihadapi oleh 1MDB."
9) Najib mengarahkan Amhari untuk berunding penyelesaian IPIC
Apabila Abu Dhabi berhasrat membawa Malaysia ke mahkamah antarabangsa berikutan hutang 1MDB kepada Syarikat Pelaburan Petroleum Antarabangsa (IPIC) pada tahun 2016, Najib kemudian mengarahkan Amhari untuk mengadakan misi rundingan.
Dia diminta berunding dengan ketua pegawai eksekutif Mubadala, Khaldoon Mubarak di Abu Dhabi.
"Najib menjelaskan jika Abu Dhabi mengheret Malaysia ke mahkamah antarabangsa kerana gagal membayar hutang bon yang dijamin oleh IPIC, ia akan menjejaskan hubungan dua hala antara negara, dan juuga mencetuskan risiko politik dalam pilihan raya umum akan datang.
"Pada masa itu, isu 1MDB masih menjadi topik hangat di seluruh dunia," katanya.
Menurut Amhari, satu siri rundingan kemudiannya dijalankan, termasuk antara 1MDB dan IPIC dan peguam kedua-dua syarikat tersebut, sebelum perjanjian penyelesaian akhirnya ditandatangani oleh kedua-dua pihak pada pertengahan 2017.
10) Tiga rundingan dengan China bertujuan untuk menyelamatkan 1MDB
Sekitar masa yang sama ketika rundingan dengan Abu Dhabi sedang berjalan untuk mencapai penyelesaian hutang 1MDB, Amhari juga telah dihantar untuk misi lain ke China - bagi membincangkan projek-projek yang akan menyelamatkan 1MDB.
Amhari berkata dia diarahkan oleh Najib untuk terlibat dalam perbincangan pelaburan China-Malaysia bagi menyelamatkan 1MDB.
"Seperti yang ditunjukkan oleh (ahli perniagaan itu) Low Taek Jho menerusi kandungan ucapan dan pelan tindakan kepada saya, perjanjian dan usaha (antara Malaysia dan China) bertujuan untuk menjadi pelaburan yang akan membantu membayar hutang 1MDB (bailout) seperti hutang kepada Syarikat Pelaburan Petroleum Antarabangsa (IPIC).
"Saya juga boleh mengesahkan bahawa lawatan saya ke China (pada tahun 2016) hanya diketahui oleh Jho Low dan Najib," kata Amhari.
Projek-projek yang Amhari maksudkan adalah Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Saluran Paip Pelbagai Bentuk (MPP) dan Saluran Gas Paip Trans Sabah (TSGP).
Merujuk kepada dokumen yang bertajuk 'Action Point: China-Malaysia Economic Programme' yang dihantar melalui e-mel kepada Amhari oleh Jho Low, Amhari berkata e-mel itu bertujuan untuk memastikan Najib memberi Terence Geh, rakan sekutu Jho Low, peranan penyelaras untuk 1MDB dan program penyelesaian hutang SRC yang dikaitkan dengan rundingan pelaburan Malaysia-China.
Saksi itu berkata dokumen menyatakan cadangan projek yang boleh menyelamatkan 1MDB.
"Dokumen tersebut memiliki nota pada maklumat (talking points) untuk mengemas kini status projek itu dan juga susulan kerja kepada tiga projek iaitu TSGP, MPP dan ECRL," kata Amhari.
Pada Nov 2016, Najib mengunjungi China untuk membuat beberapa perjanjian dengan negara tersebut dan syarikat-syarikat di negara itu. 
Menurut Amhari, perjanjian tersebut merupakan: 
1. Perjanjian kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan di antara China Communications Construction Company (CCCC) dengan ECRL Sdn Bhd, dan CPP dengan Suria Strategic Energy Resources Sdn Bhd (SSER)
2. Perjanjian pembiayaan penuh antara China Exim dan ECRL dan antara China Exim dan SSER.
3. Perjanjian penuh Bon Renminbi antara China dan ECRL, dan antara SSER dan pihak China.
Sepandai pandai harami melompat..! Akhirnya jatuh kemana?
Lu Fikir La Sendiri..!!!

28 ulasan:

  1. At 'celah mana' that money 1MDB had been stolen..??

    When ex aide officer Najib already 'rembat' into his account the loan from Jho Low without any agreement has been signature.

    Then when the money in his personnel account 'kantoi' then he was accused oohh..!! the money given from Jho Low is 1MDB money for Najib..!!??

    Nak u turn pun don't make in the round about... kikikikiki..!

    Datuk Amhari Efendi Nazaruddin, 43, disagreed with the suggestion made by defense counsel Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah during cross-examination here on Thursday (Sept 5) that the money was intended for him.


    Shafee: I am putting it to you that your claim in court – that the US$884,996.78 is not for you, but it is a stand-by fund for political purposes – is a creation of your imagination?

    Amhari: I disagree.

    Amhari: I disagree.

    The court also heard that Jho Low had lent Amhari US$200,000 (over RM600,000 according to the exchange rate at the time) in 2010.

    This loan, the court heard, was neither repaid nor was there any agreement signed between Jho Low and Amhari when the loan was given.

    When asked by Shafee, Amhari also confirmed that the loan was not mentioned in his witness statement to the court.

    Shafee: In what context did the money come into your possession? Not in another political context, I hope.

    Amhari: I asked for a loan and was asking from many people, and he (Jho Low) was the one who gave it to me.

    Amhari said he wanted to pay Jho Low back from the proceeds he was expecting to get from the sale of his property in Kota Damansara, but that the property went unsold.

    "I then tried to transfer the house to Jho Low but he said, 'Take your time," said Amhari

    BalasPadam
  2. Ni semua salah PH. Ni semua jg fitnah dr PH.Jolo promote ja. Najib x salah. Dia belanja pn bukan byk. Lg pn mana dia tau dia blh dpt byk duit. So bila duit masuk akaun peribadi 2.6b..sedih dan terkejut la. Dia x report polis sbb terlupa.dia belanja dan beli mcm2 sbb nk membantu peniaga melayu luar negara mcm di Hawaii dan Italy. Hidup Najib! Hidup Jolo! Sg. Buloh... I m comingggggg. Hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Minta2 makbullah doa ko nak dok dlm jail sungai buloh.. Aamiin..biar ko mereput dlm tu..bangang

      Padam
  3. Sampai la ni Jho lo masih belum ditangkap ....BONGOK...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jho Low Thaik Babi perdana menteri PH & BN..

      Semua menteri kecut telur dgn Thaik babi ni..

      Padam
  4. Kami bangsa Melayu TIDAK memerlukan perompak rakus dan tamak seperti Dr. Mahathir untuk menjadi pemimpin kami...

    Bangsa Melayu semakin sedar, Dr. Mahathir bukanlah pemimpin hebat seperti yang disangkakan tetapi Dr. Mahathir adalah seorang penipu hebat...

    Atas kesedaran itulah, sokongan dan kepercayaan kami bangsa Melayu kepada Dr. Mahathir semakin hari menipis...

    BalasPadam
  5. Kenapa pemimpin tua yang berdarah Kutti dari Karala, India nie, anak seorang bekas gurubesar, menjadi seorang yang sangat tak beradab dan tak berterimakasih pada bangsa Melayu, satu bangsa yang dah banyak membantu diri dia dan keluarga dia dalam mengumpul harta dunia dan meletakkan dia di puncak kuasa...

    Tanpa peluang dan kuasa yang diberikan oleh parti politik bangsa Melayu, tak mungkin Dr. Mahathir dapat berada di puncak kuasa sebanyak 2 kali dan Dr. Mahathir akan kekal hanya sebagai seorang doktor di Klinik Maha, Alor Setar, Kedah, yang hidup segan mati tak mahu, atau mungkin berkubur macam syarikat roti The Loaf milik Dr. Mahathir...

    Tak mungkin anak-anak Dr. Mahathir yang tidak secemerlang mana dalam akademik dan memang dalam kategori yang kurang bijak, dapat menjadi jutawan di negara ini...

    BalasPadam
  6. 22 Tahun si Kutty ni jadi Piem...apa yg dia buat untuk orang Melayu....anak beranak dan kroni dia kaya raya adalah...

    ...lupa pulak aku....si Kutty ni ...mungkin bukan Melayu kot!!!

    BalasPadam
  7. BILA kita dedah Mukhriz Mahathir menyamun 1,000 hektar tanah konsesi balak di Sarawak pada 1994, Mukhriz jawab dia “hanya tolong kawan dan itu cerita lama, dah lupa”.

    Sama macam skandal Forex lebih RM 30 billion melibatkan Tun Mahathir Mohamad, juga Tun Mahathir jawab “Tak ingat, tak tahu, tak siapa beritahu”

    Mereka dua beranak mudah lupa diri, tapi kalau bab orang lain, mereka boleh kerah polis panjat siling rumah Tun Rahah untuk kononnya cari duit Najib Razak curi!

    Itulah kisah Tun Mahathir anak beranak yang bertaraf billionaire dan tak tahu malu.

    Tidak mengapalah. Letak sebelah dulu cerita lama, kita bercakap pula tentang skandal terkini.

    Baru-baru ini pada 28 Ogos 2019, Kabinet PH umumkan kelulusan peruntukan RM21.6 billion untuk national connectivity plan dan saya ada menulis bahawa ianya adalah untuk kepentingan syarikat Opcom milik anak Tun Mahathir.

    Tapi 4 hari lalu pada 4 September 2019, Gobind Singh Deo nafikan ianya projek mega dan Opcom (syarikat Mukhriz) bukanlah satu-satunya syarikat yang mendapat faedah dari peruntukan RM21.6 billion tersebut.

    Maka kencing PH semakin berdarah!

    Dari maklumat yang diperolehi dari data Bursa Malaysia, Mukhriz telah menjual sahamnya di Opcom dalam 3 urusniaga berasingan selepas pengumuman peruntukan RM 21.6 billion untuk national connectivity plan yang menyaksikan saham Opcom naik mencanak!

    Mokhzani juga telah melepaskan semua jawatan di Opcom 2 bulan sebelum pengumuman RM 21.6 billion untuk national connectivity plan tersebut.

    Untuk rekod, Mukhriz adalah pemegang saham utama Opcom, manakala Mokhzani Mahathir pula adalah Pengerusi Eksekutif Opcom sehingga 3 bulan lalu.

    Saya senaraikan Lembaga Pengarah Opcom untuk “during the financial year and during the period from the end of the financial year to the date of
    this report (tidak termasuk yang tersenarai di atas):

    Tok Puan Norzieta Binti Zakaria
    Lim Bee Khin
    Mirzan Bin Mahathir
    Arun Bansal
    Datuk Muthanna Bin Abdullah
    Patrick Rolf Johansson
    Ahmad Bazlan Bin Che Kasim
    Rohiza Binti Husain (dilantik pada 1.9.2018)
    Yusree Putra Bin Alias (dilantik pada 16.7.2019)
    Ng Hui Tieng (dilantik pada 20.6.2019 dan 16.7.2019)

    Rupa-rupanya Mirzan Mahathir dan isteri Mukhriz juga adalah pemegang saham Opcom!

    Tahukah anda, jika di luar negara, penjualan saham sebegini adalah JENAYAH dan menjadi SKANDAL KEWANGAN yang besar?

    Tapi di Malaysia Baru, ianya tidak menjadi isu!

    Kenapa?

    Bursa Malaysia telah dikawal oleh blogger Tun Mahathir sendiri, SatDee!

    Apakah Pengurusan Bursa Malaysia di bawah kawalan blogger Tun Mahathir, SatDee akan menyiasat skandal ini dengan telus dan tanpa prejudis?

    Apakah Tun Mahathir akan sekali lagi menjawab “saya tak tahu”?

    Saya tahu! Jawapannya ya, Tun Mahathir tidak tahu!

    Hanya satu soalan saya kepada Tun Mahathir, apakah saya telah melakukan jenayah dengan bertanyakan soalan begini?

    Perdana Menteri Malaysia sangat berkuasa, namun saya serahkan kepada Allah Taala jua. – 7 September 2019.

    ANINA SAADUDIN,
    Pengasas Empirical Malaysia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Atuk dan anak2 menyamun 1,000 hektar konsesi balak dan sebagainya, 22 tahun menyamun, anak dia boleh kata janganlah berbangga sangat dapat BR1M.. boleh pulak anak penyamun ni berkata bergitu kepada rakyat termiskin!

      Padam
  8. Atok kutuk melayu malas.tengok pru 15 bungkus pH.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tunggu PRU15 kita Kasi tukar PH

      Padam
  9. Tun ni asik 2 kata melayu pemalas. Bila time nk mengundi lak melayu ni laa yg dia sanjung 2.. Bangsa bangsat yg mabuk todi kt tepi jln tu x nak lak dikomennya. Buat menyemak mata jee ����

    BalasPadam
  10. Dulu 22th jd pm.perkataan yg sama.mlyu malas.mlyu mudah lupa.skrg dia pm.ulang lagi perkataan yg sama.mlyu malas.kau yg bawa masuk pati drp dulu skrg nak salah siapa.

    BalasPadam
  11. Tun M pemimpin melayu paling gagal mengubah nasib bangsa melayu walau dah memerintah lbh dri 20 tahun sbg pm! Mahathir hanya berjaya tolong anak2 dan kroni2nya termasuk memberi monopoli oleh taikun2 cina yg menyokongnya!

    BalasPadam
  12. Contohi anak tun. Rajin bekerja.. Anak tun punya anak pun rajin jugak. Pendapatan dia boleh belayar dengan kapal mewah.. Tu belum anak tun punya anak ajar anak dia punya anak lagi tu..

    BalasPadam
  13. Anak dia? Deddykasi! Anak mekayu buang tongkat, anak dia? Dapat hutan balak 1,000 hekrar. Org melayu, pemalas eh! Anak dia duk nganga mulut duk deddysuap aje......tak henti2 kena suap sejak umur muda hingga dah berjanggut2.

    BalasPadam
  14. Bro putra rajin betul ...panjang betul kau bg kali.ni..

    Aku nak tanya satu ja dulu bkn kemain kau kata najib rembat 42 billion..negara tergadai pada china.

    Punya seronok kau tulis selah- olah 42b masuk poket najib la...

    Bkn kedulu kau war2 kan buat RCI? Alahai sembang terus bro... Jgn lupa sokong Tun M dan DAP.

    Bro ..sepandai2 bro putra bodoh bebenor sokong PM tua..Menteri tak tau BI..Menteri sijil palsu.. Ahli parlimen org2 tua..dan bagai2 la...

    Bro putra apa benda la kau ni sokong PH yg penuh menteri bangang2..

    BalasPadam
  15. dari dulu sampai sekarang
    kata melayu pemalas.
    tak ada ayat lain utk org melayu
    melayu kerja keras bg kamu menang pd pru 14...
    pru 15 lambat lagi keeee.
    anak kamu rajin sangat itu pasal boleh jd bilionaire

    BalasPadam
  16. PM yg bercakap hukum auta..Ok lah ko Madey kekayaan kau anak beranak hanya di dunia..Org Melayu malas disokong oleh kerajaan yg pemimpinnya mcm kau..Perbezaan org Melayu dan mamak lain dan jatidiri org Melayu tdk ingin diberi kuasa kpd DAPig mcm kau..Kau lihatlah nanti apa jadi dgn Malaysia dgn pemimpin mcm kau..Bawa lah harta kau masuk ke kubur atau kau akan tengok parti PPBM musnah dan kau tiada kemampuan utk membaikinya lg..Kalaulah itu takdir Allah..

    BalasPadam
  17. Dia dok ulang2, semua confused sebab masing dah rajin dalam bidang masing2. Tapi sebenarnya dia tujukan pada melayu yang tak ambil kontrak besar2 macam anak cucu dia, Rafidah dan Daim. Kalau melayu berhabis kontrol semua kontrak negara barulah bangsa lain kerja bawah melayu. Itu yang dimaksudkan. Tapi kenalah bersatu habis2, lepas tu melayu kena dapatkan semua kontrak tu (jangan dok payung bagi kat bangsa lain). Bila dah jadi macam anak2 dan kawan2 dia melayu tak akan jadi malas lagi.

    BalasPadam
  18. Yang kerja kami macam nak tercabut nyawa.... yg kaya kroni dan ank beranak kamu..beteri kat jantung tu pun pakai duit kami bayar ..kamu tu pemalas tahu nak menyangak duit rakyat sahaja

    BalasPadam
  19. Jangan sembang jauh la..sejak zaman 22 tahun pun tk pernah bantu orang bawahan..lgi nak buat tomahan melayu malas...

    BalasPadam
  20. Salah seorang anak keluarga penyamun ni boleh pula kata kepada orang2 miskin, JANGANLAH BERBANGGA SANGAT DAPAT DUIT BR1M! Boleh pula kata bergitu kepada orang2 miskin!

    Kepada keluarga PENYAMUN ni, JANGANLAH BERBANGGA SANGAT DENGAN KEKAYAAN KAMU TU, ITU SEMUA DADDY KASI!

    BalasPadam
  21. Sejumlah wang yang sangat besar dikatakan telah dimasukkan Jolo kedalam akaunnya? Adakah mahkamah Malaysia MASIH MAHU lagi mendengar kesaksian orang yang tidak mempunyai INTEGRITI ini?

    BalasPadam
  22. Sy tak kenal Jho Low, wan emdibi Ada lah keputusan kabinet..awwwwwww, abam Kepit..3 projek mega utk tutup lubang wandibi, Bala ecrl pH yg tanggung, projek paip Sabah baru 12% siap,tapi payment dah bayar 85%...hidup armnooooo..apa Ada hal Malaysia ni..ramai sgt tukang angguk, cina DAP,cina DAP..last2 abam ajib ngan kak man pun Bela cina tembam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aduhh.. kena tinggal bas rupanya mahacai PH sorang ni.. semua org dh tahu cerita sebenar 3 projek mega berkenaan.. Dan knp PH masih teruskan juga kalau projek mega tu rasuah & jual negara pada china?.. duit rakyat kena tibai oleh kroni2 madey & sons serta Dap takkan senyap je.. mesti ini semua salah najib kan.. cukur lh.. Asal BODOH Mesti MAHACAI Kunyit PH.. cukur2..

      Padam
    2. Sebelum PRU15.. Najib siye dok sg. Buloh. Hahahaha. Best. Best. Best

      Padam