Sabtu, 12 Februari 2011

PRK Lagi! ADUN Kerdau Meninggal Dunia



Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau, Pahang, Datuk Zaharuddin Abu Kassim meninggal dunia. Beliau diberitakan terjatuh di bilik air dirumahnya dan kemudian dikejarkan ke hospital. Beliau meninggal dunia di Hospital Temerloh jam 6.30 petang tadi.


Beliau telah menewaskan parti PAS pada pilihanraya umum 2008 yang lalu dengan majoriti 1615 undi. DUN Kerdau merupakan kubu kuat PAS negeri Pahang dimana PAS negeri beroperasi di dalam DUN tersebut.


Jenazah beliau diberitakan akan dikebumikan pada esok pagi di Kuala Krau...
Semoga Allah menempatkan roh beliau disisi para solihin amin...

Al Fatihah

Tiada ulasan:

Catat Komen