Jumaat, 29 Julai 2011

Cincin..Akhirnya Rosmah Membuat Pengakuan...!


Akhirnya kebenaran tetap mengatasi kemungkaran.. semalam Isteri Perdana Menteri Datin Rosmah Mansor telah menyatakan bahawa..

“Tak ada apa yang saya nak cakap (mengenai pembelian cincin lebih RM24 juta) sebab saya tidak ada masa hendak layan perkara seumpama ini. Ikut sedap dia (blogger) saja hendak cakap (tuduh).

“Ini bukan perkara seronok-seronok, ini adalah fitnah... apa yang saya tidak rasa? Semua saya sudah rasa (difitnah). Justeru, daripada saya layan perkara seumpama ini lebih baik saya beri perhatian kepada hal rakyat kerana itu lebih penting,” katanya selepas menghadiri Majlis Apa Khabar Permata Negara di sini, semalam.

Fitnah kan pakaian pembangkang...! Lu Fikir La Sendiri!!!

5 ulasan:

  1. Betul tu, jangan layan pembangkang ngong. Terutama Chegubarua.

    BalasPadam
  2. Kadang-kadang ada bodoh juga pencacai Anwar. Tak ada kedai emas dalam dunia yang menjual barang kemas bernilai tinggi mendedahkan akan pembelinya. Kedua sekiranya benar Rosmah beli baik dia masuk dalam bag tangan dan tak declare. Benda tu pun bukan besar sangat dan boleh dimasukkan dalam beg maka naik pulak pesawat khas, tak ada pemeriksaan kastam punya.

    Inilah dunia akhir zaman sanggup memfitnah. Kalau nak fitnah biarlah logik sedikit. Perlu ingat, sekira sebelum mampus tak dapat minta maaf pada Rosmah nanti dipadang mashyar kenalah cari Rosman diantara berbilion umat manusia untuk meminta maaf.

    "Rosmah, Rosmah, Rosmah aku nak minta maaf, aku dah banyak buat fitnah didunia dulu. Aku tak hendak masuk neraka. Tolonglah maafkan aku".

    BalasPadam
  3. benar sebenar-benarnya "aku tidak ada masa nak layan fitnah", tapi bila dikat-ikat dengan bukti yang berselerak, fitnah mungkin jadi kenyataan dan kebenaran.
    bila rakyat lihat fitnah bukan lagi fitnah, mangsa kemarahan rakyat adalah parti, setelah bertan-tan serangan mendatang dengan satu kes kebudakan, parti terpaksa memikul pelbagai masalah dan serangan rakyat.
    masalah yg dianggap fitnah ini, bagaikan biawak yang hidup, mungkin kita boleh mengecilkannya, namun biawak tetap akan mencakar dengan kukunya, bisa kuku mungkin tiada kesan pada hari ini, namun suatu masa dia akan bernanah dan merebah tuannya.
    perlu apakah kita pikul biawak hidup?.

    BalasPadam
  4. biasalah nama pun pembangkang/pemfitnah lepas ni diorg akan fikir nk buat dosa fitnah apa plak tp kalau nk buat tu buatlah yg logik skit. beli seliper 30 juta ke, buat baju 40 juta atau apa2 aje janji harga tu up skit ratusan juta baru real..... dan mcm biasa kadam2 yg dibawah pn akan terlopong mulut mcm ternmpak toyol dan terus percaya.. kasihan....
    tunggu lepas ni mesti ada fitnah baru akan muncul....

    BalasPadam
  5. Kena amat2 yakin dengan pembalasan Allah.. Orang nak kata apa.., katalah. Kena mantap kepercayaan bahawa Allah akan membuat perhitunganNya sendiri dengan para pemfitnah.

    BalasPadam