Khamis, 7 Julai 2011

Syabas Tan Sri Omardin & Persatuan Silat Lincah..!





Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu anggota Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) bangkit dan menjadi penggerak transformasi negara.

Beliau berkata latihan amali seni silat yang dipelajari harus diterap dalam aktiviti harian mereka bagi menyumbang dan membawa negara ke tahap lebih maju.

"Saya mahu anak-anak lincah bukan sahaja berani berdepan dengan musuh durjana, tapi juga menjadi modal insan yang berani melakukan perubahan daripada yang lemah semangat kepada bersemangat," katanya pada perhimpunan PSSLM sempena sambutan 50 tahun di Pusat Dagangan Dunia Putra rabu malam.

Pada majlis sama, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan memilih Pengasas dan Mahaguru PSSLM Tan Sri Omardin Mauju sebagai penerima pertama Anugerah Pendekar Malaysia bagi mengiktiraf sumbangan beliau dalam seni mempertahankan diri.

Sebelum itu Tan Sri Omardin dalam ucapan alu aluannya dengan lantang, berani dan penuh bersemangat berkata bahawa beliau dan anak anak silat lincah seluruh negara yang seramai 1 juta orang akan

'BERPERANG HINGGA KE TITISAN DARAH YANG TERAKHIR DEMI MEMPERTAHANKAN PERTIWI INI DARI PENGKHIANAT DAN MUSUH MUSUH YANG SENGAJA MAHU MENCETUSKAN HURU HARA DIDALAM NEGARA MELALUI DEMONSTRASI JALANAN!
'

SYABAS! TAN SRI! SYABAS PERSATUAN SILAT LINCAH!!!


LU FIKIR LA SENDIRI!!!

5 ulasan:

  1. Silat Linchah ni bagus di amal supaya fisikal kita sentiasa top form badan sihat. Tapi bagi Maha Guru nak berperang dengan Pengetahuan dan kemahiran silat linchah saja bermaana Melayu ni BODOH. Zaman la ni bukan berperang macam Zaman Hang Tuah. La ni orang berperang dengan pengesuaan teknologi tinggi. Orang berperang dari Operation Room melalui computer. Tengok lah di Afghanistan tentera US tak keluar kamedan perang tapi hantar Pesawat Terbang tanpa Pilot untuk bom musuhnya dan di arah melalui satelit dari USA. Tak perlu rojok / tanya Jeneral Jeneral tentera kita tengak/tuntun TV, banyak movie perang dan tonton channel Discovery/ History pun boleh belajar. Jangan was was lagi kerana teknologi sekarang sudah menjadi kenyataan. HARAP PAHLAWAN PAHLAWAN SILAT LINCHAH BELAJAR SEDIKIT SEBANYAK ASPEK PEPERANGAN MODEN JANGAN HARAP KEMAHIRAN SILAT AJA.....NANTI LU ORANG MATI KATAK LOOOOOOO

    BalasPadam
  2. betul betul......lu cakap gua banyak agree lah. belajar sikit sikit . join tentera wataniah. esok mesti join terus jangan lengah lengah lagi..... lu orang tau tembak ka....cuba pukul dengan pukulan linchah kapada musuh yang ada pistol/ senapang.....terbang lah silat lincah . itu pun belum kena grenade/missile lagi.....JOM MASUK WATANIAH....he! he! gua sudah lama WATANIAH....LAGI LAGI BEST

    BalasPadam
  3. silat juga adalah cabang ilmu.pengecut akan 1001 alasan untuk berjuang.pejuang afganistan telah membunuh ramai tentera u.s dengan senjata buatan sendiri

    BalasPadam
  4. Assalamualikum.,bila nak buat perjumpaan semua pesilat lincah.?

    BalasPadam
  5. omar din pengkhinat !!!!

    BalasPadam