Jumaat, 15 Julai 2011

Sheikh Ahmed Tijani Ben Omar Akan Ditangkap!


Umat Islam tidak seharusnya menyertai sebarang bentuk perhimpunan atau demonstrasi untuk menyuarakan tuntutan sebaliknya ia perlu disampaikan secara bijaksana seperti diperintahkan Allah.

Pendakwah antarabangsa, Sheikh Ahmed Tijani Ben Omar berkata, jika wujud pihak yang merasakan ‘suara permasalahan’ mereka tidak didengari, maka keutamaan adalah mendengar ‘suara’ Allah dan pesanan Rasulullah SAW.

“Dengan nama Allah dan Rasulullah SAW, saya rayu umat Islam di negara Islam yang paling indah di dunia ini agar jangan keluar berarak di jalan raya menuntut apa sekalipun. Sebaliknya sebarang permintaan perlu melalui cara bijaksana seperti mana diperintahkan Allah.

“Jumpa ketua dan beritahu masalah untuk dibincang, inilah yang diperlukan. Tetapi kalau membelakangi pemerintah, sama dengan meninggalkan Allah, Rasulullah SAW, al-Quran dan hadis. Keluar ke jalanan dipengaruhi dan dipandu oleh syaitan,” katanya.

Siapa pulak ulama ni? ulama antarabangsa apanya? ulama ni mesti tak sokong ular alamak dalam semak wahabi! ulama ni mesti tak de surat izin nak bagi kuliah! ulama ni mesti ditangkap!!! ulama ni bukan bekas mufti..tentu ilmu dia tak setanding dengan ulama wahabi si bekas mufti!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!

4 ulasan:

  1. Salam saudara,ulasan saudara pada ustaz drp ghana tu macam saudara ni bukan seorang islam.sebaik baik ibadah menuntut ilmu,sebaik ilmu,ilmu tauhid.lebih baik saudara belajar dulu ilmu baru memberi pendapat...

    BalasPadam
  2. hello brader, kalau baca diantara garisan, anda akan dapati yang tulisan tersebut adalah sindiran kepada ularmak-ularmak malaysia yang menyokong kafir harbi.

    BalasPadam
  3. Benar dan petikan Alquran ini tidak pernah disuarakan (dari - http://www.alquran-melayu.com/48-al-fat-h/
    [29]
    Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka mereka – dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki – dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar.

    Saya ulang awalan ayat ini - Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam).

    ALLAHU AKBAR

    BalasPadam
  4. I think he means that Muslims should not start a revolution such as what we see happening in the Arab Spring. That will cause bloodshed, economic turmoil, unemployment, starvation, and chaos. What is encouraged is to seek peaceful dialogue.

    You have the right for peaceful assembly, but perhaps the word "demonstration" has to be properly defined first.

    BalasPadam