Selasa, 5 Jun 2012

Alamak!!! KTMB Akan Pastikan Gerabak Tidur Bukan Lagi Tempat Berzina..!


Apa la Keretapi Tanah Melayu Berhad Ni! Ini mesti idea YB Dato Zin Mohamed. Pengerusi KTMB, Dato Zin ni jugak ialah Setiausaha Perhubungan UMNO Negeri Selangor merangkap koordinator pilihanraya negeri Selangor. Koordinator ni bukan konduktor macam konduktor bas jauh sekali konduktor keretapi! ni untuk makluman kuda belang PAS yang tak faham tu!

ADUN Selising mesti segera mengadap Nik Najis untuk memohon perkenan agar dapat menggerakkan jentera huru hara bagi membantah cadangan KTMB ni! Orang nak berzina ke! nak berkhalwat ke! itu kan hak peribadi! hak asasi manusia! Apa yang KTMB nak sebok? KTMB jual tiket sudah la!!!

Satu sudut khas dilengkapi bahan bacaan akan diwujudkan tidak lama lagi di gerabak dan stesen komuter utama bagi membudayakan amalan membaca dalam pengangkutan awam.

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Maglin Dennis D"Cruz berkata, sudut khas itu akan dilengkapi bahan bacaan pelbagai bahasa bagi menarik minat kira-kira empat juta pengguna komuter setiap bulan.

"Usaha di antara Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) itu dijangka dijalankan pada tahun ini bagi meningkatkan dan memupuk amalan membaca, terutama di kalangan generasi muda.

Lu Fikir La Sendiri!!!

1 ulasan: