Selasa, 5 Jun 2012

Nik Aziz Pilih Sesat...Nak Di Apakan..!!!

Apabila Majlis Syura PAS yang diketuai oleh Nik Aziz memutuskan -

Majlis Syura Ulama PAS menolak pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan yang dilihat bersikap negatif terhadap perhimpunan BERSIH pada 28 April lalu.

Badan tertinggi parti Islam itu berpendapat, perhimpunan pimpinan Datuk S Ambiga itu bukan saja tidak bercanggah dengan syariat, malah paling sesuai menentang "kezaliman dan kemungkaran" pemerintah.

azlan"Ia amat selari dengan syariat bagi menegakkan amar makruf dan nahi mungkar," menurut kenyataan majlis yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik itu.

Nik Aziz sebenarnya hanya meneruskan agenda PAS semenjak ia ditubuhkan lagi. Kewujudan PAS sebenarnya bukan bertujuan untuk menyatukan bangsa yang menganut agama suci Islam malah kewujudan PAS bertujuan untuk memecah belah perpaduan yang terbina sejak negara mencapai kemerdekaan. Perpaduan rumpun bangsa yang begitu besar hingga berjayanya tuntutan kemerdekaan kepada penjajah. Perpaduan bangsa yang menjunjung Islam yang tidak pernah berlaku sejak jatuhnya kerajaan Melayu Melaka pada tahun1511 lebih 500 tahun yang lalu.

Apabila kalahnya Hj Ahmad Fuad selaku pengerusi biro agama didalam UMNO kepada YTM Tunku Abdul Rahman selaku Yang Dipertua UMNO maka beliau keluar dan mewujudkan PAS. Apa maknanya? maknanya kewujudan PAS lahir dari perasaan dan fikiran yang penuh dengan hasad dengki, dendam, kecewa dan marah! tak lebih dari itu..jauh sekali nak menjunjung agama! Itu sebab kewujudan PAS itu sendiri haram disisi syariat sebenarnya. Lari dari jemaah besar yang bersatu padu lalu membentuk perpecahan demi perpecahan...haram!!!


Haji ahmad Fuad tahu bahawa nak menarik bangsa Melayu ini lari dari UMNO dan menyertai mereka ialah dengan menjual doktrin yang dilihat Islamik! Orang Melayu akan terpengaruh dengan dakyah politik yang hanya bersalut agama tapi isi dan kandungannya jelas komunis lagi sesat!

Itu sejarah! dan tiada satu kuda belang PAS pun yang boleh menafikannya..! maka kalau hari ini puak hamPAS yang mengaku diri mereka ularmak dalam semak PAS bangkit mempertikai dan menolak keputusan Majlis Fatwa berkenaan keputusan rusuhan 28 April yang lalu ianya merupakan kerja jahat yang memang menjadi agenda mereka untuk terus bernafas didalam politik. Itu jer! Demi politik Agama dijadikan alat! demi politik agama boleh dijual beli!


Soal perhimpunan haram itu mencetuskan huru hara hingga mampu membunuh nyawa orang yang tidak berdosa mereka tak kira! Soal perhimpunan haram yang menyerang pasukan keselamatan yang menjaga keamanan dan keselamatan negara mereka tak peduli! Soal perhimpunan haram yang mengakibatkan kerosakan harta benda dan mengakibatkan negara dipandang hina oleh dunia pun bukan masaalah mereka! Bagi mereka perhimpunan haram yang menimbulkan huru hara adalah hak asasi mereka! aah hak asasi kepala atok dia orang!!!



Apa yang lebih malang menimpa Nik Aziz dan kuda belang PAS ialah mereka sendiri menghalal kan perlakuan mereka yang menyokong sex sonsang! sex haiwan yang jelas bertentang dengan kehendak dan ajaran agama Islam! tapi hari ini atas nama Syura mereka berkata wajib menyokongnya! Kepala otak Nik Aziz lah!!!


Nik Aziz sebenarnya sedang mencipta barisan penyokong yang berbadan dan bertubuh manusia tapi hati perut dan perasaan tak lebih sebagai haiwan dan binatang peliharaan! Bagi Nik Aziz semakin berkembang sifat binatang membiak dikalangan kuda belang hamPAS maka semakin mudah lah ia meneruskan agenda jahat yang ditaja oleh musuh musuh Islam sebenarnya..!!!




Lu Fikir La Sendiri!!!

2 ulasan:

  1. PASRAEL & PEGAYARR BUAT KEJE GILER SEKALIGUS BROO..DAH LER MELAYU BERPECAH2..ISLAM PUN DI ASING2KAN IKUT MAHZAB ACUAN PASRAEL..UMAT ISLAM MAKIN KELIRU. ITU YG ANUWAR NAK..SENANG SKET NAK HANCURKAN TERUS ISLAM DAN MELAYU KAT MALAYSIA..HARKK PTUIHHH

    BalasPadam
  2. tumpang sekaki ye... harkkharrkkptuiihh..

    BalasPadam