Sabtu, 31 Ogos 2013

HOT..! Guan Eng Ditampar Gara Gara Tanda Putera..


Walaupun timbul pelbagai halangan tayangannya di Penang, namun rakyat yang berakal tetap mahu melihat kebenaran, syabas kepada warga Penang...

Guan Eng pasti tertampar dengan keberanian warga Penang...huhuhu

Di sebalik 'nasihat' yang diberikan Kerajaan DAP Pulau Pinang terhadap pemilik panggung supaya tidak menayangkan filem patriotik Tanda Putera atas alasan keselamatan, ia tetap mendapat sambutan menggalakkan daripada penonton pada hari pertama tayangannya di negeri ini.

Tinjauan Utusan Online di sebuah pawagam di Bayan Baru mendapati, 60 peratus tiket untuk slot tayangan pukul 9.30 malam telah habis dijual walaupun tayangannya di negeri ini "terlewat" dua hari berbanding tempat lain.

Seorang petugas kaunter yang dikenali sebagai Miza berkata, bagi slot tayangan tersebut, sebanyak 160 tempat ditawarkan yang mana lebih 100 telah ditempah.

" Jualan tiket pada sebelah pagi tadi agak perlahan namun keadaan berubah menjelang petang dan malam.

"Bagi slot tayangan tengah malam pula,jualan tiket masih dibuka dan sehingga sekarang, sebanyak 20 peratus telah dibeli," katanya. - UTUSAN ONLINE

Lu Fikir La Sendiri!!!

Sasauan Negara Dilancapkan Di Hari Merdeka...


Sasauan negara A Samad Said kena lancap dengan Adam Adli..! kena dah tu.. layan..


Lu Fikir La Sendiri!!!

Salam Kemerdekaan...


Salam Kemerdekaan...

Semoga kemerdekaan ini terus kekal sejahtera demi bangsa, agama dan negara.

Lu Fikir La Sendiri!!!

Jumaat, 30 Ogos 2013

Pengerusi & Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Tawar Pertahan Jawatan...


Pengerusi Tetap Umno Tan Sri Badruddin Amiruldin dan timbalannya Datuk Mohamad Aziz mengumumkan untuk mempertahankan jawatan masing-masing pada pemilihan parti Oktober ini.
Badruddin dan Mohamad, yang memegang jawatan masing-masing sejak dua penggal lepas, menyatakan hasrat itu dalam sidang media bersama di sini Khamis.
Badruddin, yang juga Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji, berkata beliau mengambil keputusan itu demi meneruskan perjuangan dalam Umno kerana Allah, bangsa dan negara.
"Saya serahkan kepada perwakilan untuk terus memberikan kepercayaan kepada saya bagi menyambung tanggungjawab ini.
"Dalam pada itu saya juga menghormati sistem demokrasi di mana sesiapa sahaja yang merasakan dirinya layak untuk turut menawarkan diri bagi jawatan ini," katanya.
Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah dan bekas Anggota Parlimen Jerai itu berkata beliau mahu terus berkongsi segala pengalaman pahit manis perjuangan parti itu dengan anggota dan kepimpinan Umno sekarang.
Mohamad pula berkata beliau sepakat dengan Badruddin untuk berbuat demikian kerana merasakan gandingan mereka sebagai secocok.
Speaker DUN Johor dan bekas Anggota Parlimen Sri Gading itu berkata kepercayaan anggota Umno terhadap kepimpinannya selama ini menjadi semangat untuk beliau meneruskan perjuangan jika diberikan peluang sekali lagi.
Dalam pada itu beliau berharap anggota dan kepimpinan Umno akan mengembalikan 'bisa' mereka sebagai pemimpin yang tegas tetapi masih berpegang pada adab bangsa Melayu.
"Dapat dijangkakan isu-isu kebiadapan terhadap agama Islam dan kedudukan Melayu, keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, permintaan melampau dari pihak-pihak tertentu dan isu-isu lain bangsa Melayu akan menjadi topik hangat kali ini.
"Justeru diharap pemimpin Umno kali ini akan terus mencari jalan penyelesaian mempertahankan apa yang sepatutnya seperti dahulu namun dengan cara yang masih terhormat dan tidak menyinggung mana-mana pihak," 
Lu Fikir La Sendiri!!!

Khamis, 29 Ogos 2013

Patut Patut La...


Patut patut ler kalau bodoh pun...bukan semua perkara boleh di mee segerakan, kalau gitu tutup semua sekolah, berhentikan semua guru...kan senang..! Akai ada ka?

lu Fikir La Sendiri!!!


PETALING JAYA: Sekolah-sekolah di beberapa negeri telah 'dipromosikan' dengan pil yang kononnya boleh membuatkan pelajar lebih bijak.
Promoter pil tersebut turut mendakwa pil tablet pintar yang dinamakan Dimensi 108 yang dipasarkan sebagai makanan tambahan boleh mengubah tingkah laku kanak-kanak untuk menjadikan mereka lebih taat dan rajin serta tahan penyakit.
Ibu bapa yang prihatin dari sebuah sekolah di Kuala Lumpur menghubungi The Star apabila pil tablet itu diedarkan kepada murid-murid darjah 6 awal minggu ini dengan berkata anak-anak mereka dipaksa untuk membeli pil tersebut.
Salah seorang ibu bapa murid di sekolah itu berkata, dia telah meminta anak perempuannya supaya memulangkan pil tersebut kepada guru kelasnya dan enggan membayar pil berkenaan.
"Apabila anak perempuan saya dan beberapa rakan-rakannya memulangkan pil tersebut, guru tersebut memberitahu mereka untuk tidak menyalahkannya jika mereka tidak pandai dalam UPSR (yang akan bermula 9 Septemer).
"Bolehkah anda mempercayainya? Guru itu sepatutnya menggalakkan murid-murid supaya berusaha keras untuk peperiksaan mereka dan tidak bergantung kepada pil-pil tertentu," katanya kepada The Star.
Seorang lagi pengadu yang adiknya belajar di sekolah tersebut telah membuat aduan bertulis kepada Kementerian Kesihatan.
"Seorang pegawai kementerian memberitahu saya bahawa mereka akan meneliti perkara itu dan saya telah menghantar gambar bungkusan pil yang tertera logo kementerian tertera di atasnya.
"Saya berharap mereka akan meneliti perkara ini dengan segera kerana kami perlu tahu sama ada produk itu sah atau tidak," katanya.
Guru besar sekolah tersebut berkata ibu bapa telah salah faham mengenai pil berkenaan dan ia tidak diwajibkan kepada murid-murid untuk dibeli.
"Kami tidak akan mempromosikan benda tidak baik kepada murid-murid...ia seperti makanan tambahan herba untuk membantu mereka fokus dan membina tenaga untuk peperiksaan yang akan datang.
"Ia mengandungi bahan-bahan seperti spirulina dan kurma merah yang baik untuk kesihatan. Saya sendiri memberikannya kepada anak-anak saya menjelang peperiksaan.
"Produk itu turut disokong oleh Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM), bermaksud ia telah diluluskan oleh Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan," katanya.
Guru besar itu mendakwa pil tersebut dibekalkan ke sekolah terbabit oleh GMGBM.
"Salah seorang ibu bapa berkongsi keprihatinannya dengan saya secara peribadi dan apabila saya menjelaskan situsai tersebut, dia menyokong tindakan itu," katanya.
Beberapa ibu bapa masih ragu-ragu.
"Hanya RM5 untuk mengubah tingkah laku? Ini adalah cara paling murah untuk mendapatkan produk terbaik sejak penemuan DNA," seloroh salah seorang ibu bapa di laman Facebook.
"Berbelanja beberapa ratus, masalah tingkah laku diselesaikan...di mana saya boleh membuat tempahan yang banyak? Atau bagaimana cara untuk menjadi ejen," kata seorang lagi ibu bapa.

40,000? Wow..!


Kan dah kena buru..mana mau lari..teruskan kerja murni lagi mulia ni tuan..!

Silakan...

Polis menyenaraikan 40,000 anggota kongsi gelap di seluruh negara dalam Op Cantas kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan jenayah kekerasan.

Jenayah kekerasan adalah termasuk pembunuhan, pergaduhan, pecah rumah, samun, rogol dan merusuh.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata polis akan meneruskan operasi itu sehingga kadar jenayah kekerasan di seluruh negara menurun.

"Operasi itu akan diteruskan sehingga keyakinan rakyat terhadap keselamatan meningkat dan persepsi "rasa takut menjadi mangsa jenayah" berkurangan," katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas majlis menandatangan Memorandum Persehaman (MoU) antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Universiti LimKokWing di sini, hari ini.

MoU ditandatangani Pengarah Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan dan Naib Presiden Kanan Lim Kok Wing University, Datuk Raja Aznil Raja Hashim.

MoU itu membolehkan universiti itu mendapat kontrak lima tahun untuk menyediakan bahan seperti poster, animasi dan klip video kepada PDRM untuk kempen pencegahan jenayah siber.

Op Cantas dilancarkan 23 Ogos lalu berikutan peningkatan laporan jenayah kekerasan termasuk kes tembak dan operasi itu merangkumi pemeriksaan di jalan raya, kelab malam serta kenderaan untuk memeriksa individu yang terbabit dalam penggunaan senjata api tanpa lesen, anggota kongsi gelap, penyalahgunaan dadah, memiliki senjata berbahaya dan mereka dalam senarai dikehendaki polis.

Isnin lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pihaknya akan mengumumkan senarai nama kumpulan kongsi gelap serta jenayah yang dilakukan kumpulan itu dalam tempoh terdekat kerana mereka merupakan pertubuhan haram serta mahu masyarakat faham bahawa polis bersungguh-sungguh dalam usaha menangani jenayah.

Mohd Bakri berkata sejak operasi itu dijalankan, 2,247 orang ditahan sehingga semalam di seluruh negara dengan tujuh senjata api, satu bom tangan dan 77 senjata tajam berbahaya dirampas.

Beliau berkata pihak polis juga telah memeriksa 37,305 kenderaan. - BERNAMA


Lu Fikir La Sendiri!!!

Tonton La Bersama Keluarga..


Sejarah adalah cerminan yang perlu untuk kita melangkah lebih berjaya kehadapan.

Saksikan...

Lu Fikir La Sendiri!!!



Rabu, 28 Ogos 2013

HOT..Air Asia Hidang Babi?


Macam macam babi sekarang ni yer..? telajak kapal terbang boleh berundur bro, telajak tulis...enam bulan kena mintak maap..!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin diminta untuk mengemukakan permohonan maaf selama enam bulan oleh kumpulan AirAsia berhubung dengan dakwaan mengatakan babi dihidangkan dalam penerbangan pesawat syarikat itu untuk menggelakkan disaman sebanyak RM5 juta.
Beliau yang mengemukakan permohonan maaf kepada AirAsia pada bulan lalu di blognya Zamkata, berkata beliau tidak mampu membayar saman dan sara hidupnya hanya berdasarkan wang persaraan.
“AirAsia meminta saya menyiarkan permohonan maaf ini selama enam bulan tetapi saya akan siarkan untuk bertahun-tahun akan datang dengan tujuan penyebarannya lebih meluas dan bagi pengetahuan dari generasi ke generasi.
“Saya berterima kasih kepada Rocky's Bru yang menyatakan setiakawan bagi pihak penulis blog dan jaminan membela saya dalam menghadapi sebarang tindakan dari AirAsia,” katanya merujuk kepada penulis blog yang juga bekas Ketua Pengarang Malay Mail, Datuk Ahirudin Attan.
Dalam permohonan maafnya kepada AirAsia, beliau tidak menyangka artikel yang bertajuk, “Hidangan babi dalam penerbangan AirAsia, orang Islam patut tangguhkan dulu terbang dengan pesawat ini" di dalam blognya memberikan implikasi buruk kepada nama baik AirAsia dan AirAsiaX.
Katanya, selepas menerima surat tuntutan dari peguambela dam peguamcara AirAsia Berhad kira-kira sebulan dari tarikh penyiaran artikel tersebut, maka barulah beliau menyedari bahawa artikel itu memberikan implikasi atau gambaran,seolah-olah babi dihidangkan dalam penerbangan AirAsia dan AirAsia X yang mana dakwaan itu tidak benar sama sekali.
“Saya mohon maaf kepada AirAsia Berhad diatas sebarang kecederaan yang menimpa mereka kerana artikel tersebut dan saya berharap orang ramai tidak mempunyai sebarang prasangka bahawa babi ada dihidangkan di dalam penerbangan AirAsia dan AirAsia X.
“Saya yakin dan percaya bahawa AirAsia dan AirAsia X sangat prihatin terhadap sensitiviti agama kesemua penumpang mereka,” jelasnya menerusi blog Zamkata.
Hal ini dipanjangkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia, Datuk Kamaruddin Meranum semasa majlis sambutan Aidilfitri Utusan Melayu namun beliau enggan mengulas lanjut tentang tindakan saman yang diambil oleh AirAsia dan AirAsia X terhadap Zainuddin.
Kamaruddin berkata, AirAsia bukanlah anti Utusan meskipun syarikat penerbangan tambang rendah itu menarik balik iklan dalam akhbar milik Umno tersebut.
“Saya tahu sejarah Utusan dan Utusan adalah darah daging saya. Tuduhan seperti ini saya tidak dapat menerimanya,” jelas Zainuddin menerusi blognya. – 28 Ogos, 2013.

Selasa, 27 Ogos 2013

Syiah Penyebab PAS Diharamkan..!!!


Selepas ni mungkin kah PAS pula diharamkan? 

Lu Fikir La Sendiri!!!

Menteri Dalam Negeri hari ini mengisytiharkan Pertubuhan Syiah Malaysia sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang, berpandukan Seksyen 5, Akta Pertubuhan 1966.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi (kiri) berkata, walaupun permohonannya untuk didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan ditolak, badan itu tetap bergerak aktif.

Malah, katanya, kegiatan itu memudaratkan ketenteraman awam serta mencetuskan keresahan di negara ini yang sebahagian besarnya berfahaman Ahli Sunnah wal Jamaah.

Menurut Abdul Rahim lagi, pengikut Syiah di Malaysia memohon mendaftarkan mendaftarkan pertubuhan itu pada 16 Jun 2011 dan tolak pada 4 Ogos tahun yang sama.

Rayuannya kepada menteri berkaitan juga ditolak pada 31 Oktober 2011, menurut kenyataan itu lagi.


.

PAS Hancur..! Pengaruh Syiah Yang Paling Besar Terserlah...!

Apa nak di marah kan? budak sekor ni hanya menurut apa yang tuhan politiknya katakan..si pendokong syiah dibawah ni...
Betul Tak?


Lu Fikir La Sendiri!!!

Akhirnya Cina Ni Balun Si Akak...


Walaupun selama ini cina ni ada melirik dan memerhatikan secara tajam akan kakak dalam islam nya itu tapi tidak la sampai seperti yang berlaku hari ini. Kali ni jelas cina ni dah tak mampu menahan nafsunya, kakak yang dipanggil kakak dalam islam itu dibalun bertubi tubi..

Baca lanjut...layan,


Tulisan Dr Redhuan Tee Abdullah

Hak Allah vs Hak Asasi

Saya ingatkan isu ratu cantik Melayu sudah berakhir. Rupa-rupa masih lagi dipertikaikan oleh segelintir wanita yang memimpin NGO wanita menggunakan nama Islam. Tidak perlu saya sebutkan nama penuhnya. Semua orang tahu.

NGO ini mempertikaikan undang-undang syariah negara kita yang dikatakan  satu-satunya negara di dunia yang telah meletakkan pendapat ulama sebagai undang-undang negara tanpa terlebih dahulu menempuh proses perundangan dan setelah itu menetapkan sebagai satu kesalahan bagi sesiapa yang mencabar pendapat tersebut. Ini merupakan pencabulan ke atas hak asasi manusia yang telah dijamin oleh perlembagaan, selain tidak mempunyai asas dalam sejarah perundangan Islam.

Pada NGO ini, fatwa itu hanya nasihat yang tidak mengikat dari segi perundangan. Majlis fatwa bukanlah parlimen. Ia bertentangan dengan perlembagaan.

Tidakkah NGO ini sedar siapa yang duduk dalam majlis fatwa tersebut? Mereka terdiri kalangan cerdik pandai dan professional yang mahir dalam bidang agama berbanding dengan wanita jahil ini.

Jika sakit, kita jumpa doktor perubatan. Kenapa dalam hal ehwal agama kita tidak serahkan kepada yang alim? Takkan mahu serahkan hal ini kepada mereka yang menyokong ratu cantik seperti NGO ini. Nasihat saya kepada wanita ini, sarankan ahli-ahli dan diri sendiri berkahwin, bila dapat anak nanti, suruh anak masuk ratu cantik. Saya teruja nak tengok.

Saya menerima keputusan fatwa kerana mereka alim dan pakar dalam bidang. Siapa NGO ini? Sudahlah kepala tidak bertutup, baca Quranpun gagap, hanya bergantung kepada terjemahan, sembahyangnya saya tidak pasti buat ke tidak, dan sebagainya. Adakah saya boleh ikut pendapat mereka. Walaupun saya bukan lulusan agama, tetapi saya tidak akan ikut cakap NGO jahil ini. Saya tetap ikut pendapat orang agama, sebab mereka pakar. Jika pendapat mereka ‘ketat’ sedikit pun saya masih boleh terima, daripada terlalu longgar sehingga boleh melondehkan seluar dan menghalalkan LGBT.

Namun, saya setuju agar undang-undang tidak hanya dikenakan kepada ratu cantik sahaja tetapi peserta-peserta Islam yang menyertai gimrama, renang dan lain-lain pakaian berbikini.

NGO ini juga mempertikaikan penangkapan 100 orang pemuda-pemudi Muslim di pusat hiburan Zouk pada tahu 2005. Menurut orang jahil ini, keimanan tidak terbentuk dengan cara memaksa orang untuk mempercayai sesuatu yang tidak mereka percayai. 

Jawab saya, baru-baru ini seorang saudara baharu menfailkan perceraian kepada isteri Melayunya kerana sangat jahil. Masih minum arak, clubbing, dan sebagainya, walaupun telah berkahwin dan beranak pihak. Begitu juga adik-beradik perempuan yang lain. Adik lelakinya seorang gay.

Dalam hal ini adakah kita boleh paksa mereka menjadi baik? Jika begitulah keadaannya, tidak perlulah ada penjara dan hukuman. Bila melakukan kesalahan berat, bagi saja ceramah dan kaunseling, kemudian bebaskan.

Fahamilah Islam dalam konteks secara total. Memang, tidak ada paksaan dalam beragama sebagaimana yang disebut dalam surah al-Baqarah. Ayat ini merujuk kepada mereka yang tidak boleh dipaksa untuk memeluk Islam, Tetapi sudah berada dalam Islam, kenalah dipaksa ikut, setelah nasihat tidak berjalan, sebab kita telah berada dalam Islam. Seperti kita pergi sekolahlah. Kena ikut peraturan sekolah. Jika tidak mahu ikut, jangan ke sekolah.

Pelik ya! Kenapa kita tidak sokong orang tutup badan, tetapi suka lihat orang buka badan atas nama hak asasi manusia? Adakah Malaysia suatu hari nanti akan menjadi lebih barat dari barat seperti yang dah mula berlaku?

NGO ini juga berhujah bahawa rakan-rakan dan sarjana yang mereka kenali dari dunia Arab terkejut melihat bagaimana sebuah negara moden seperti Malaysia boleh begitu tertutup mindanya dalam soal Islam. Jawabnya, tengoklah jenis apa rakan tersebut. Allah tidak sebut dalam al-Quran bahawa semua orang Arab masuk syurga sis! Jika yang dijadikan rakan adalah kalangan yang suka ratu cantik, atau kalangan yang bersetuju perempuan boleh menjadi imam kepada lelaki, tidak mustahil kita jadi jahil.

Kata NGO ini lagi, dosa sendiri yang tanggung, kubur masing-masing. Masalahnya, dalam Islam kita ada konsep amal makruf nahi mungkar. Jika yang mungkar tidak dicegah, ia akan merebak. Jika pencuri tidak ditangkap, habislah negara porak peranda.

Lebih jahil lagi NGO ini membandingkan ratu cantik dengan fatwa rokok, ASB dan ASN yang ada kata haram dan ada kata harus. Mana satu nak ikut. Beribu-ribu Muslim di Selangor dan Pulau Pinang melanggar fatwa tentang merokok setiap hari, tetapi tiada siapa pernah dituduh menghina Islam atau dituduh melanggar fatwa. Tetapi, apabila ada saja wanita mengambil bahagian dalam pertandingan ratu cantik, mereka segera diburuk-burukkan dan dikecam bertubi-tubi. Bagaimana pula dengan lelaki Melayu yang mengambil bahagian dalam pertandingan bina badan?

Hujah ini saya boleh bersetuju dengan sis. Tetapi bina badan lelaki dan ratu cantik wanita, berbeza. Bentuk badan lelaki tidak menggiurkan berbanding wanita, kecuali sis terliur dengan bentuk badan lelaki.  
Jika nak ikut barat, biarlah berpada-pada. Jangan sampai hak asasi manusia bercanggah dengan hak Tuhan. Takut masuk neraka sis!

Kepada ratu cantik yang perasan dirinya cantik, hendaklah kami beringat. Hidup ini semakin singkat. Sudahkah bersedia untuk ke akhirat. Bagaimana dengan amal ibadat? Sudah cukup padat? Jika belum, saya ingin peringat. Hidup ni, biarlah banyak beri manfaat. Ikut apa yang Allah suruh buat. Tinggalkan apa jua maksiat. Barulah hidup akan selamat, dunia dan akhirat.
Lu Fikir La Sendiri!!!

Who Lets The Dog Out..! Woff..Woff..Woff


Paria terus menyalak..

“Bilangan mereka semakin bertambah dan membimbangkan. Adakah pihak yang pasti dengan menembak suspek ini dapat membasmi kadar jenayah negara?

“Saya menggesa Ahmad Zahid bekerjasama dengan saya bagi menangani isu ini supaya langkah pencegahan dapat diambil dengan sewajarnya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Katanya, pembabitan belia India dalam jenayah adalah disebabkan lemahnya pembangunan sosio-ekonomi masyarakat India dan menjadi tugasnya membantu kerajaan dan kaum India bagi menangani isu ini.
Nampak? paria menyalak dengan lebih nyaring dengan menafikan tindakan pihak Polis dalam membendung gejala jenayah yang semakin meningkat kini, malah biadap dengan mengajar KDN agar tindakan yang diambil lebih wajar..! 
Kewajaran apa yang ada kepada pihak Polis jika anggota keselamatan terus ditembak oleh penjenayah ini?
Paria terus menyalak nyaring seperti biasa dengan menyalahkan kerajaan kononnya gagal membangunkan sosio ekonomi kaumnya. Macam mana nak maju kalau lebih terpengaruh dengan jenayah dan adanya paria macam waytha ni yang menyokong dan mendokong penjenayah?
Tapi...apa pun nampaknya sehingga kini kita ajer yang sebok..kita ajer yang kecoh..kita ajer yang kepoh..! Yang melantik paria ni ada bising? ada di'picit' nya paria ni agar berhenti menyalak? ada?
Baca kupasan justread-disini.
Lu Fikir La Sendiri!!!

Isnin, 26 Ogos 2013

18PL..Video Yang Membuatkan Anwar Hilang Selera Seks Malam Ini...


Ketahuilah bahawa Anwar adalah musuh agama, bangsa dan negara..! kepadanya agama Islam yang syumul ini boleh diliberal dan disamarata, kalimah boleh dipawah pawah, bangsa boleh diletak dibawah akhirnya negara bakal hancur musnah.

Cuba renungkan...

ismaweb.net – Liberalisme di Indonesia telah sebati, ia disebarkan tanpa suara atau bunyi, meresap jauh di dalam diri.
1) Tiada sensitiviti. Di Indonesia, masalah utama mereka adalah ketidakupayaan untuk melihat masalah sebagai masalah. Akibat liberalisasi (keterbukaan dalam konteks agama), pergaulan antara lelaki dan perempuan adalah di luar batasan.
2) Contoh ketara, tempat mengambil wudu’ di sana ada bercampur antara lelaki dan perempuan. Di mana tempat wudu’ lelaki di situ juga tempat wudu’ perempuan. Bahasa mudah, lelaki boleh melihat perempuan yg sedang berwudu’ dan begitu juga sebaliknya. Jika ada pengasingan tempat wudu’ pun, tempatnya masih terbuka dan masih boleh dilihat.
3) Pencairan akidah, ramai di kalangan mereka yang tidak bertudung namun masih bersolat di masjid. Biar ada yang mungkin berpendapat, mereka bagus kerana tetap menunaikan solat walaupun tidak bertudung. Namun dari sudut yang lain, ini menggambarkan rendahnya nilai agama bagi mereka. Agama itu adalah ritual semata-mata bukan implimentasi keseluruhan kehidupan, selektif hanya di masjid. Nilai maruah seseorang yang sebenar adalah bagaimana dia mengangkat nilai agama, jika rendah nilai agama, rendah juga nilai maruah mereka.
4) Perkara 1, 2 dan 3 boleh dilihat di Masjid Istiqlal (masjid terbesar yang terletak di Jakarta). Bayangkan di musolla dan masjid-masjid lain di sana dengan keadaan serupa. Sambil tidak menafikan ada juga yang masih menjaga adab dan pergaulan di dalam masjid.
5) Hanya tak sampai 50 meter di hadapan Masjid Istiqlal adalah terletaknya gereja terbesar di Jakarta. Paling menarik keluar sahaja pintu utama masjid sudah boleh nampak gereja.
6) Kedua-dua bangunan itu, gereja dan masjid mempunyai perkataan ‘Allah’ pada dinding bangunan masing-masing. (Mungkin sangkaan generasi muda di sana “Boleh sembah mana-mana, gereja atau masjid, Allah juga)
7) Masalah sosial pula boleh diklasifikasikan kronik. Malam minggu di Jogjakarta remaja melepak di tepi-tepi jalan (lelaki perempuan berpelukan, memasang musik, dan berhibur). Di Bandung, malam minggu adalah malam ‘berpacaran’, boleh nampak pasangan duduk berdua secara terbuka tanpa ada rasa malu.
8) Golongan sedikit berusia masih gigih mencari makan, mengayuh beca, menjual makanan, dan membuat apa sahaja pekerjaan asalkan dapat sedikit duit untuk menyara keluarga. Orang tua mencari duit, golongan muda-mudi berpeleseran membuang duit.
Saya menghabiskan masa-masa di Indonesia dengan sebuah buku bertajuk ‘Islam dan Liberalisasi’ di tangan, sambil cuba mencari rasionaliti isu liberalisasi di Indonesia secara realiti. Sejak pertengahan kurun ke-19 telah ada usaha-usaha kolektif Jaringan Islam Liberal (JIL) di Indonesia, dan hari ini, ia membuahkan hasil. Ideologi liberalisme semakin subur di sana. Kalau kita masih bersangka baik dengan “liberalisasi”, Malaysia akan menyusul seperti apa yang Indonesia lalui hari ini. Wallahualam.
*Saya tidak menafikan adanya sudut positif di Indonesia, cuma saya tak bernasib baik melihatnya di depan mata :)
Oleh:
Muhammad Aidil Idham Sharom

Penulis merupakan ahli Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) di Royal College of Medicine Perak (RCMP). Tulisan di atas adalah sedikit perkongsian lawatan beliau ke Indonesia baru-baru ini.
Lu Fikir La Sendiri!!!

TPPA..Perangkap Dajjal Sedia Menanti...


Cukup la negara ni mempunyai barua tegar Amerika yang selama ini tidak henti henti menimbulkan huruhara dan kesusahan hidup rakyat. Cukup la barua bangsat ini menegakkan kejahatan tuhan politiknya atas nama demokrasi@liberal selama ini. 

Barua bangsat ini tidak akan berhenti selagi tidak mencapai matlamat tuhan politiknya, jangan kita pulak yang menerima amanah rakyat terbanyak memudah dan menyantuni harapan barua dan tuhan politiknya ini..!!!

Dengar lah nasihat, tak rugi melangkah setapak kebelakang asal kita berjaya melompat dan menapak untuk selama lamanya dari menurut kemahuan iblis yang konon menjanjikan syurga walhal neraka la akibatnya...!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berpandangan Malaysia perlu menolak dan keluar daripada Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA).

Dalam ucaptama Persidangan Meja Bulat Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) di sini hari ni Dr. Mahathir berkata, TPPA hanya menjadi alat untuk Amerika Syarikat menguasai pasaran tempatan dan tidak menguntungkan negara.

Katanya, TPPA diperkenalkan selepas negara berkenaan gagal menguasi pasaran tempatan melalui Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dan Perjanjian Am Mengenai Tarif dan Perdagangan Am (GATT).

"Usaha ini dilakukan AS kerana negara itu menghadapi masalah ekonomi. Kalau mereka dapat mengekspoitasi negara-negara bekas jajahan mereka akan memperoleh kekayaan yang banyak.

"Selepas gagal dengan segala usaha, mereka memperkenal TPPA yang bukan perjanjian semata-mata tetapi untuk mengikat negara yang kurang sedar.. Perjanjian ini sudah tentu menguntungkan mereka." kata Dr. Mahathir.

Tegas beliau, banyak perjanjian yang dilakukan Amerika Syarikat dengan negara lain hanya merugikan negara terbabit.

Antaranya negara Equador yang berhadapan dengan saman berjumlah AS$2.3 bilion oleh syarikat Amerika kerana tidak mematuhi FTA. 

Menurut Dr. Mahathir tanpa TPPA, Malaysia masih mampu mengembangkan perdagangan negara yang kini mencecah AS$1 trilion.

Persidangan selama dua hari itu anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana dan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM).

Akai Ada Ka?

Ezam Kotak Sambung Tugas Senator..!


Nasib manusia siapa yang tahu..! rezeki orang la katakan..! sekarang ni ramai yang pernah maki hamun UMNO, ludah pemimpin, tipu sana sini..akhirnya meniarap dalam gelanggang UMNO.

Macam si Ezam ni la...dari cerita 6 kotak sampai la sekarang kalau kotak tu beranak mesti dah bergudang gudang dikumpulkan untuk didedahkan..tapi....!!! Tuah badan..! 

Ezam ni pun kalau di nyanyikan hari hari mesti terangkat nak tawarkan diri bertanding dalam MT UMNO.  Macam sekor lagi tu yang berangan nak bertanding Naib Ketua Pemuda. Tak sedar diri..mana tau malu..!!!

Lu FIkir La Sendiri!!!

Mohamad Ezam Mohd Nor pada Isnin mengangkat sumpah sebagai senator di Dewan Negara di sini bagi penggal kedua.
Upacara angkat sumpah disempurnakan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.
Kali pertama Ezam, 46, bekas Ketua Angkatan Muda PKR, mengangkat sumpah sebagai senator pada 3 Mei 2010.
Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Ezam keluar daripada PKR dan kembali ke pangkuan Umno pada 2008.
Ezam ketika ditemui berkata beliau akan membawa isu mempertahankan negara daripada agenda jahat zionis pada sesi Dewan Negara. - BERNAMA

AWAS..! Mashitah Datang Menggoda..!!!


Bagus la..tak salah mencuba..! malah digalakkan sesiapa juga yang merasa diri layak untuk menawarkan diri. Bagus untuk UMNO maka bagus untuk bangsa..! bagus bagi bangsa pastinya berguna kepada agama. Tak gitu?

Tajuk goda tu maksudnya Dr Mashitah sedang dan akan mempergiatkan usaha menggoda dan meyakinkan para perwakilan wanita seluruh negara untuk memilihnya..takde kena mengena Mashitah nak menggoda Pak Mat, Pak Kasim atau Lebai Sudin..! Jangan perasan...!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim hari ini mengumumkan akan bertanding bagi merebut jawatan Exco Wanita Umno pada pemilihan yang akan diadakan Oktober ini.

Ketua Wanita Umno Bahagian Baling itu menawarkan diri untuk bertanding pada pemilihan kali ini kerana beliau berpendapat beliau mempunyai kekuatan dalam menjawab tohmahan dan dakyah yang dilontarkan oleh pembangkang termasuk parti Pas.


“Apabila berhadapan dengan ahli parti Pas, mereka banyak menggunakan isu-isu agama dan dengan kehadiran saya dalam Umno, saya yakin isu ini dapat ditangani.


“Kehadiran saya bukanlah semata-mata untuk mewakili kaum wanita sahaja tetapi juga supaya mampu berdepan dengan pihak pembangkang”.


Ditanya mengenai pemilihan jawatan Ketua Wanita Umno, Mashitah berkata beliau yakin bahawa ahli Umno akan membuat pilihan yang terbaik untuk jawatan tersebut.


“Saya percaya kehadiran saya dapat memberi nilai tambah kepada parti dengan pengalaman saya dan disamping itu, kuasa intelek merupakan satu faktor yang amat penting. Oleh itu saya berharap saya diberi peluang untuk menggalas tugas ini,” tambah beliau.


Sebelum menceburkan diri dalam politik, Mashitah merupakan bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).


Di peringkat akar umbi, beliau menjawat jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Baling setelah mengalahkan pencabarnya pada persidangan UMNO Bahagian pada 1 November 2008.


Sehingga kini, beliau masih menjadi panel pelbagai forum terutama berkaitan agama yang merupakan bidang kepakaran beliau.


Dalam Pilihan raya umum 2004 Mashitah mengalahkan Ustaz Taib Azamudden Md Taib dari PAS dengan majoriti 4,229 undi.


Kalau macam Mashitah ni bertanding Ketua Wanita pun layak..! Amacam..berani???

Manusia Bernafsu Binatang...

Sesungguhnya manusia yang diberikan akal fikiran yang waras akan menjadi semulia mulia makhluk jika mampu mengimbangi tuntutan nafsu yang didasari oleh jiwa yang tenang, fikiran yang lapang juga akal yang matang. Tapi kalau sebaliknya...lebih hina dari binatang..!

Kuala Lumpur: Mereka sudah beberapa bulan tidak tinggal bersama kerana dalam proses perceraian, namun kerana gagal mengawal nafsu dia menceroboh rumah isterinya di Sungai Besi, di sini, sebelum membelasah dan merogol wanita itu.
Malah mangsa berusia 35 tahun diperlakukan dengan kejam sehingga cedera di muka dan badan turut diugut bunuh lelaki berusia 30-an itu jika melaporkan kejadian itu kepada polis.


Selepas ‘hajatnya’ tercapai, tanpa rasa bersalah lelaki itu terus beredar meninggalkan mangsa.
Sumber polis berkata, akibat kejadian itu yang berlaku Khamis lalu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi, di sini.


Menceritakan semula kejadian itu, sumber itu berkata, suspek datang ke rumah mangsa yang sedang bersiap untuk ke tempat kerja jam 11 pagi.


“Suspek meminta anak lelaki mereka berusia 13 tahun membuka pintu. Bagaimanapun anaknya tidak mempunyai kunci rumah kerana disimpan ibunya. 

“Suspek membuka pintu rumah menggunakan kunci pendua dan sebaik masuk, suspek menuju ke bilik isterinya dan mengajak mangsa mengadakan hubungan seks,” katanya.

Sumber itu berkata, apabila mangsa enggan suspek menampar pipi serta mencekik leher wanita itu sebelum merogolnya.

Lu Fikir La Sendiri!!!

Ahad, 25 Ogos 2013

Apa Beza Timbalan Menteri Dan Penjenayah..!

Blocked shots: Khalid pointing to a small indentation on a bulletproof shield used by police during the operation at the apartment in Sungai Nibong.
Kalau seluruh rakyat mendaulatkan undang undang dan mematuhinya serta menolak sebarang kegiatan jenayah, tak payah la IGP nak tunjuk macam kat atas tu begitu sekali. Malangnya kerana ada paria yang berjawatan Timbaan Menteri yang cuba menjadi sivaji mempertahankan penjenayah itu masaalahnya. Tindakan paria ni bukan mempertahankan kaumnya malah merosakkan kaumnya dengan bersekongkol untuk mempertahankan jenayah dan penjenayah...

Macam tu ada beza ke paria Timbalan Menteri tu dengan penjenayah?

Lu Fikir La Sendiri!!!

Baca lanjut di thestar.disini  dan baca juga kupasan  justread-disini berkaitan kegigihan Menteri KDN dalam membenteras penjenayah yang semakin berleluasa jika tidak dikawal dengan tegas dan segera...!

PAS HANCUR..! Selepas Istana Kedah, Istana Selangor Pula Sound PAS..!!!


Selepas PAS Kedah kena sound oleh pemangku Sultan Kedah berkaitan kesesatan syiah yang menggejala dan membarah didalam hamPAS, kini Sultan Selangor pula mengingatkan kuda belang hamPAS yang mahu mengerjakan haji agar jangan tersampok dengan benda benda tak elok hingga berdemonstrasi seperti tahun lalu..

Baginda juga mengingatkan jemaah agar jangan terpengaruh dengan pemikiran sesat syiah yang sedang merosak PAS sekarang ini...

Lu Fikir La Sendiri!!!

Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan rakyat negeri Selangor yang akan mengerjakan ibadah haji tahun ini agar tidak berdemonstrasi semasa berada di Makkah dan Madinah. 


Baginda bertitah tindakan sedemikian pastinya menjejaskan nama baik rakyat Malaysia serta hubungan baik antara kerajaan Malaysia dan Arab Saudi. 


"Beta menasihatkan bakal-bakal haji supaya dapat menjaga nama baik negeri Selangor dan juga negara Malaysia yang telah dikenali di kalangan pemimpin negara Arab sebagai jemaah haji berdisplin dan terbaik. 



"Beta tidak berkenan rakyat negeri Selangor yang pergi menunaikan haji ke tanah suci Mekah dan Madinah mengadakan tunjuk perasaan atau demonstrasi," titah baginda pada majlis Penyempurnaan Kursus Perdana Haji tahun 1434H/2013 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, hari ini. 


Baginda turut mengingatkan bakal haji agar menunaikan ibadah haji dengan betul sebagaimana dituntut ajaran Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah dan tidak terikut-ikut jemaah haji dari negara lain. 

"Sebarang masalah yang berkaitan dengan ibadah haji hendaklah dirujuk kepada ahli agama yang disediakan Lembaga Tabung Haji. Beta yakin kursus haji yang telah diadakan ini mampu membantu jemaah mengerjakan ibadah haji dengan baik dan sempurna," titah baginda. 

Sultan Sharafuddin turut merakamkan ucapan tahniah kepada bakal haji yang terpilih untuk menjadi tetamu Allah kerana masih ramai yang telah berdaftar tetapi belum berpeluang menunaikan haji. 
Seramai 3,600 jemaah haji musim ini merupakan dari Selangor termasuk dua yang dikurniakan oleh baginda iaitu Abdullah Apandi Ngalimin, 58 dan Baharun Mohd Noh, 71. 

Sementara 14 orang lagi ditaja Tabung Waris, Kerabat dan Datuk-Datuk Diraja Selangor. - BERNAMA