Sabtu, 15 Mac 2014

MH 370 ~ DIRAMPAS..!!!




Soalnya apakah kesemua penumpang masih hidup dan selamat? Siapa yang merampas? Dibawa ke mana? Pasti ada kerjasama pengganas Antarabangsa yang terlibat?

Menurut laporan Associated Press, seorang pegawai kerajaan Malaysia mengesahkan bahawa penyiasat telah membuat kesimpulan bahawa salah seorang juruterbang atau terdapat individu lain yang mempunyai kemahiran mengendali pesawat telah merampas penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Pegawai itu yang terlibat dalam siasatan misteri kehilangan MH370 berkata belum dapat mengetahui motif sebenar rampasan pesawat itu dan lokasi di mana pesawat itu diterbangkan.

Beliau yang enggan identitinya didedahkan berkata, rampasan pesawat bukan lagi satu teori tetapi sesuatu yang tidak dapat dipertikaikan.
Menurut kenyataan akhbar PM sebentar tadi
SUBANG: Berdasarkan maklumat baru data satelit, komunikasi pesawat dimatikan sebaik pesawat memasuki ruang udara Pantai Timur Malaysia, kata Datuk Seri Najib Razak.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 di Laut China Selatan dihentikan. 
Katanya, kerajaan dan pihak berkaitan kini menilai semula penghantaran aset ke kawasan itu dan ditumpukan di kawasan baru di sebelah barat Semenanjung.

Mengikut data radar, pesawat dipercayai berpatah semula ke Semenanjung Malaysia dan menghala ke barat laut dengan pergerakan konsisten, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

MSTAR..
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan objek tidak dikenal pasti yang dikesan cuba berpatah balik ke Semenanjung Malaysia dan menghala ke barat laut oleh radar militari adalah pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.
Beliau berkata, menurut data terbaharu, komunkasi terakhir di antara pesawat tersebut dengan satelit adalah pada pukul 8.11 pagi Sabtu lalu.
"Hasil komunikasi maklumat satelit dan dibandingkan dengan maklumat radar militari, pesawat tersebut disahkan sebagai MH370," katanya.
Kemana?

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan