Selasa, 25 Mac 2014

Mh 370 ~ Kerinduan Yang Pasti..!


Sebuah tragedi yang menyayat hati…!


Semoga pihak keluarga mangsa dapat bersabar dalam mendepani bencana dan kesedihan ini..

KUALA LUMPUR: Penerbangan Malaysia (MAS) pada Isnin malammenyatakan kesedihan dan penyesalan yang mendalam bahawa Penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Doa kami buat semua yang tersayang 227 penumpang dan 12 sahabat serta rakan kami pada saat yang amat memeritkan ini.
"Kami tahu tiada kata-kata yang kami atau sesiapa sahaja dapat ungkapkan yang berupaya meredakan kesedihan ini," kata MAS dalam kenyataan di sini.
Kenyataan itu menyebut MAS akan terus memberi bantuan dan sokongan kepada anggota keluarga penumpang dalam mengharungi kesukaran pada minggu dan bulan yang mendatang.
"Operasi pencarian membabitkan pelbagai negara akan diteruskan bagi mencari jawapan terhadap pelbagai persoalan yang berbangkit. Di samping usaha pencarian MH370, penyiasatan yang intensif akan dijalankan bagi mencari jawapannya," menurut kenyataan itu.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebentar tadi mengesahkan penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.

Najib berkata, kedudukan itu dikira pembekal data satelit, Inmarsat, dan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) United Kingdom menggunakan analisis yang belum pernah digunakan dalam siasatan seumpama itu.

"berdasarkan analisis baharu mereka, Inmarsat dan IIAB mengesahkan bahawa MH370 terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya di tengah Lautan Hindi, ke barat Perth. 
"Ini adalah lokasi yang terpencil, jauh daripada sebarang kawasan mendarat. Maka dengan rasa sedih dan berat hati, saya mesti memberitahu anda bahawa berdasarkan data baharu ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi," kata pada sidang media khas di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebentar tadi.
Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan