Sabtu, 22 Mac 2014

MH370- Objek Sebesar 22 x 13 Meter Dijumpai...!



[BH] SEPANG: Satelit China kesan objek terapung sebesar 22x13 meter di koridor selatan, demikian diumumkan Datuk Seri Hishammuddin Hussein. 

"Berita yang baru saya terima daripada Duta Besar China bahawa satelit negara itu kesan objek terapung di koridor selatan dan aset mereka sedang bergerak ke sana," kata Pemangku Menteri Penngangkutan itu pada sidang media, sebentar tadi. 

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata, beliau tidak mempunyai maklumat lebih terpecinci namun kerajaan China akan mengumumkan perkara itu dalam masa terdekat. -22/3/14

Ada yang suka dan ada yang sebaliknya..

KUALA LUMPUR: Satelit China mengesan objek besar di selatan koridor pada 18 Mac, yang mungkin mempunyai kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang.
Pentadbiran Sains, Teknologi dan Industri bagi Pertahanan Negara (Sastind)berkata objek tersebut dirakam satelit pemerhati berdefinisi tinggi Gaofen-1 sekitar 12 pagi waktu Beijing pada 18 Mac.
Imej berkenaan mengesan objek tersebut pada 44 darjah, 57 minit latitud selatan, dan 90 darjah, 13 minit longitud timur, di selatan lautan Hindi, menurut Sastind yang dipetik Xinuanet.com, lawan web agensi berita nasional China malam Sabtu.
Ia turut memetik jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei sebagai berkata China telah memaklumkan kepada Malaysia dan Australia selepas satelitnya mengesan objek berkenaan yang berukuran 22-meter-panjang dan 13-meter-lebar.
"China berharap data ini akan membantu usaha mencari dan menyelamat," kata Hong.
Hong berkata masih diperlukan analisis lebih lanjut dan pengesahan sama ada objek terapung yang mencurigakan itu mempunyai kaitan dengan pesawat MAS yang hilang.
Beliau berkata pasukan mencari dan menyelamat air dan udara China sedang menuju selatan Lautan Hindi.
"China akan terus bekerjasama erat dengan pihak berkaitan dan berkongsi maklumat dengan mereka, bagi menggerakkan semua usaha mencari dan menyelamat," katanya.
Lokasi objek dikesan adalah di sepanjang laluan koridor selatan yang mungkin diambil oleh MH370, dan kira-kira 120 km selatan ke barat daripada lokasi objek yang dikesan Australia sebelum ini, tambahnya.
Lu Fikir La Sendiri!!!

1 ulasan:

  1. yang komen nie 100% bodoh dan bangan macam babi..LU FKR LA SENDIRI!

    BalasPadam