Isnin, 31 Mac 2014

MH 370 ~ Hishammuddin Akan Ke Diego Garcia?


Diharap Malaysia akan menyuarakan hasrat agar AS bersedia mengeluarkan laporan radar mereka di Diego Garcia pada 7 dan 8 Mac yang lalu…!

Diharap Malaysia dapat menyatakan hasrat kepada AS agar membenarkan pihak Media Antarabangsa pergi membuat lawatan ke Diego Garcia..!

Sekadar harap ajer la..!!!

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, akan bertolak ke Pusat Pemerintah Pasifik Amerika Syarikat (AS) di Hawaii malam ini untuk menghadiri mesyuarat Menteri Pertahanan ASEAN.

Hishammuddin yang juga pemangku Menteri Pengangkutan berkata, mesyuarat yang dijadualkan dari 1 hingga 3 April itu dipanggil oleh Setiausaha Pertahanan AS, Chuck Hagel.

"Bagi pihak kerajaan, saya akan berkongsi dengan rakan sejawatan dari Asean dan kerajaan AS mengenai perkembangan terkini berhubung pencarian pesawat MH370," katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebentar tadi. 

Hishammuddin berkata, beliau juga akan berbincang dengan AS dan negara rakan lain bagaimana untuk mendapatkan peralatan khusus untuk operasi pencarian di dasar laut.

Isu yang lain…

KUALA LUMPUR 31 Mac - Kerajaan akan berbincang dengan pasukan penyiasat sama ada terdapat keperluan untuk mendedahkan transkrip perbualan juruterbang pesawat MH370 dan pembantunya dengan menara kawalan kepada umum.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bagaimanapun berkata, keputusan akhir mengenainya terpulang kepada pasukan penyiasat. - UTUSAN ONLINE

Nampaknya sekadar menerima skrip dari AS ajer la…

Lu Fikir La Sendiri!!!

3 ulasan:

  1. kita tersepit. ko nak sebelah US ke China? china tgh aim LCS, US tgh cari pembeli baru senjata dan pangkalan tetntera

    BalasPadam
  2. Tak tau lah telor siapa yang tersepit.

    Harini dengar kata laluan terakhir MH370 adalah rahsia. Tak boleh beritahu koner ke barat atau timur. Elok jugak maklumat tu dianggap rahsia, sebab dah tiga minggu tak jumpa2. Rahsia besar tu.

    Harap besok Malaysia Authority boleh bagitau semua hal berkaitan dengan MH370 ni adalah rahsia kepada orang awam. Masih dalam siasatan. Tak mau timbul tuduhan atau andaian liar. Nak elakkan dari mengganggu emosi waris.

    Elok jugak begitu, lama dah aku tak menyangkul di laman rumah.

    BalasPadam
  3. Baru baca...
    It has now been confirmed that the final words spoken from the cockpit of Flight MH370 were "Goodnight Malaysia 370".
    Up until now, it was thought the final words were "Right, Goodnight".
    But the Malaysian government has today confirmed the final words were "Goodnight Malaysia 370".
    As reported by Sky News, it is not known if they were spoken by the pilot or co-pilot.

    Kalaulah berita ni betul, satu lagi bukti yang menunjukkan the Malaysian Government is playing the fool with MH370. Saja suka2 simpan maklumat nak buat drama sinetron.

    BalasPadam