Khamis, 13 Mac 2014

MH 370 ~ Kenyataan Benar Dan Palsu..!


Ada 3 perkara utama dalam sidang akhbar sebentar tadi...

Pertama pihak kerajaan mengesahkan bahawa tiada pertemuan sebarang petunjuk pesawat dijumpai dikawasan Laut Cina Selatan seperti mana yang dikeluarkan oleh satelit negara China semalam.

Setakat ini laporan yang mengatakan pesawat MH370 telah terbang selama 4 jam selepas radar gagal mengesannya adalah tidak benar. Kenyataan ini telah diberikan oleh YB Menteri Pertahan dalam sidang akhbar sebentar tadi…

Ahmad Jauhari mengatakan bahawa radar terputus hubungan sejak jam 1.07 minit pagi dan tiada data yang mengatakan bahawa pesawat tersebut masih lagi beredar di udara dijumpai.


SEPANG: Laporan media bahawa pesawat MH370 berada di ruang udara selama beberapa jam dan mungkin diterbangkan ke lokasi yang tidak diketahui selepas terputus hubungan terakhirnya, Sabtu lalu adalah tidak tepat. 


Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata data yang diperoleh itu disemak semula dengan Boeing dan Rolls-Royce oleh MAS mendapati ia satu data yang tidak tepat. 


Awal hari ini, penyiasat Amerika Syarikat (AS) menyesaki pesawat penumpang Malaysia yang hilang, berada di udara selama empat jam selepas hubungan terakhirnya dan mungkin diterbangkan ke lokasi yang tidak diketahui seperti dilaporkan Wall Street Journal. 

WSJ menyatakan teori penyiasat penerbangan AS dan pegawai keselamatan negara itu berasaskan kepada data yang dimuat turun secara otomatik ke darat oleh enjin Rolls-Royce Boeing 777 itu yang menunjukkan pesawat berkenaan terbang selama lima jam. 

Berita yang mengatakan bahawa pihak Polis menyiasat KREW MH370 juga tidak benar…

Bukit Aman menafikan laporan di beberapa laman portal online dan akhbar tempatan bahawa polis sedang memberi tumpuan kepada siasatan terhadap salah seorang krew MH370 dan seorang warga China berusia 35 tahun dari etnik Uighur.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah berkata beliau tidak pernah memberikan sebarang kenyataan berhubung siasatan berhubung kehilangan MH370 kepada media. 

"Siasatan ini adalah rahsia dan sedang dijalankan.

"Polis akan mendedahkan perkembangan terkini mengenai kes tersebut pada waktu yang sesuai," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata sebarang laporan yang memetik beliau sebagai mengesahkan perkara itu adalah tidak benar.

"Laporan seperti itu tidak benar," katanya bagi mengulas laporan dakwaan tersebut.

Laporan tersebut mendakwa polis telah menyerbu rumah salah seorang krew tersebut dan menyoal ahli keluarga mereka.

Malah, lelaki etnik Uighur itu dilaporkan turut disiasat kerana latar belakangnya.
Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan