Jumaat, 16 Mei 2014

Keluar Parti Lagi..!!!


Lepas satu..satu..!

Kali ni keluar BN dan menyokong BN..! Parti TERAS pulak..! sebab semuanya keras keras kan..!

Lagi dekat nak pilihanraya negeri lagi macam macam nampaknya..!!!

PETALING JAYA: Sekurang-kurangnya 11 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Sarawak dari Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) mengisytiharkan keluar parti bagi menubuhkan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras).
Kepemimpinan parti baharu itu berikrar menyokong perjuangan BN.
Terdahulu, Presiden SPDP, Tan Sri William Mawan dan pemimpin kanan SUPP yang juga Ketua Bahagian Sibu, Datuk Seri Wong Soon Koh meletak jawatan pada Khamis.
Kedua-dua Mawan dan Soon Koh berstatus menteri dalam kerajaan Sarawak.
Terkini, jejak kedua-dua pemimpin itu diikuti Timbalan Presiden Parti Pekerja Sarawak (SWP), George Lagong yang mengumumkan keluar parti dan menyertai Teras.
Selain itu, empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan seorang Ahli Parlimen mewakili parti berkenaan juga meletak jawatan untuk menubuhkan parti berkenaan.
Penubuhan parti itu menjadikan ia yang kedua terbesar dalam kalangan komponen BN Sarawak selepas Parti Pesaka Bumiputera Bersatu.
Mawan ketika ditemui wartawan berkata, beliau bukan 'kapten' yang terjun dari kapal, sebaliknya pemimpin yang berdepan dengan pergolakan dalam partinya sendiri.
Selain itu, Soon Koh pula mendakwa beliau 'dipaksa' keluar daripada SUPP.
Untuk makluman, dalam pilihanraya negeri 2011 yang lalu kerusi DUN Sarawak sebanyak 71 buah kerusi, Keputusan keseluruhannya, BN memenangi 55 kerusi, DAP (12), PKR (3) dan Bebas (1). 

Idris Jalang tak jaga KPI puak puak ni ker..!!!
Lu Fikir La Sendiri!!!

5 ulasan:

  1. Dasar wakil rakyat keturunan dajajal dan iblis laknatullah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Woi bangsat! Ko xtau apa2 diam bodoh!

      Padam
  2. Untuk makluman pembaca2 yg tak begitu "tahu" perkembangan politik Sarawak TERAS (Parti Tenaga Rakyat Sarawak) dilulus pendaftaran pd September 2013.

    TERAS telah mengisytiharkan ianya pro-BN.

    Jgn kita membuat andaian atau rumusan terlalu awal akan tindaktanduk TERAS seterusnya.Apa yg pasti TERAS akan memohon sbg ahli komponen BN Sarawak.Dan dah pasti mantan Presiden SPDP William Mawan dan bekas org kanan SUPP Wong Soon Koh bersama 9 YB telah keluar parti2 mereka atas sebab2 politik dalaman masing2 BUKAN sebbab nak menentang BN.

    Anon 8:36 bahasa keras tak berasas.Baca perkembangan lanjut.

    BalasPadam
  3. Anon 8:36.......aku nasihatkan kau agar pergi ke blog gossip artis....org gopoh tak boleh berpolitik.

    BalasPadam
  4. Woi admin! Idris jala xda kena mengena dgn hal ni. Jgn sukati ko jer memandai kaitkan idris jala.

    BalasPadam