Semenjak diketengahkan menjelang PRN Sarawak 2011, formula 10 perkara Idris Jala ini sentiasa dipenuhi dengan kontroversi. Dan sememangnya ianya berkontroversi. Saya turut bersama rakan-rakan lain membantahnya – baca kenyataan media PEMBELA. Formula tersebut dikirakan sebagai mengalah kepada desakan dan asakan pelampau evangelis yang sengaja mengambil kesempatan untuk menekan kerajaan Pusat dalam menghadapi PRN Sarawak ketika itu.
Formula Idris Jala ini akan terbatal serta merta jika ianya bercanggah dan melanggar mana-mana peruntukan undang-undang yang telah sedia ada. Hatta walaupun sesuatu arahan itu dikeluarkan oleh Perdana Menteri sendiri – ianya turut terbatal.Izinkan saya ulangi bahawa apa-apa polisi atau arahan kerajaan, ianya tidak boleh mengatasi perlembagaan atau mana-mana akta negara dan enakmen-enakmen negeri yang berkaitan. TIDAK BOLEH.

Maka, dalam hal ini, jika ada mana-mana bahagian dari penyelesaian yang dikarang oleh Idris Jala ini menyanggahi mana-mana peruntukan undang-undang, ianya tidak laku – tak boleh pakai.
Persoalan yang kerap kita dengar apabila sesuatu tindakan dilakukan oleh pihak berkuasa Agama ialah suara-suara songsang yang cetek fahaman dalam isu yang dibicara. Kerap kali kita mendengar kononnya kerajaan Pusat telah pun bersetuju melalui formula Idris Jala ini maka mengapa JAIS “merampas Bible”?
Dalam kiriman terbaru di blog beliau (24 Feb 2014), Idris Jala dilihat cuba menjelaskan apa yang dimaksudkan beliau sendiri ketika mencadangkan kaedah penyelesaian tersebut. Seolah-olah memperakui apa yang telah saya sebut tentang formula beliau itu tidak dapat mengatasi mana-mana peruntukan undang-undang yang sedia ada, ianya juga dilihat semacam senada dengan apa yang telah disebut oleh Maximus Ongkili sebelum ini (baca apa yang telah saya sebut di sini – Isu Kalimah Allah: Perspektif Berbeza Dari Dua Pejuang Untuk Orang Kristian).Apabila pelampau Kristian membangkitkan isu formula Idris Jala ini, lupakah mereka bahawa mereka sendiri dulu pun sudah menolaknya. Sebaik sahaja formula ini diketengahkan, para pelampau evangelis ini menolaknya sambil berterusan mendesak demi mengambil kesempatan menekan kerajaan Pusat yang bersikap memberi apabila menghadapi PRN Sarawak. Apakah mereka lupa kebongkakan mereka sendiri? Apakah ini yang disebut sebagai menjilat kembali ludahnya di lantai?

Maximus telah berkata “Besides Allah, I can always address God as Bapa Syurga in Bahasa, my native dialect ‘Kinorohingan’ Bapa Syruga, or Latin/Hebrew Jehovah, Yahweh and Trinity God in English. Using such terms does not in any way affect the quality of my worship.” Kini Idris Jala pula menyahut dengan berkata:
Furthermore, Christians in Peninsular Malaysia who are Chinese, Indians and others do not normally use “Allah” in English and their own vernacular language.
Maknanya, tidak perlulah berkeras hendak menyalahgunakan nama suci Allah kerana sememangnya kamu tidak guna pun.
Idris Jala turut juga menyelar kebodohan sesetengah orang yang berhujah dengan cara bagaimana orang Kristian hendak menyanyi lagu rasmi negeri yang mempunyai kalimah Allah. [yang telah saya ulas di sini: Isu Kalimah Allah: Bodohnya Anwar Ibrahim!]
Walau apa pun, kita MESTI sentiasa berwaspada. Apakah sebenarnya di sebalik penjelasan terbaru Idris Jala? Adakah sesuatu yang belum kita ketahui hasratnya? Untuk kita, usahlah kita berpolemik sesama kita dengan muslihat yang sengaja ditimbulkan puak-puak yang telah Allah pesan kepada kita supaya berhati-hati … al Baqarah: 120.
tambahan …
Perlu diingat, formula Idris Jala tidak membicara isu kalimah Allah – ianya soal pengimportan Bible bahasa Melayu. Maka tidak betul jika ada orang-orang yang cetek fahaman isu berhujah mengguna formula tersebut dalam perkara penyalahgunaan nama suci Allah oleh pelampau Kristian.
Negara ni dah aman dan harmoni sejak sebelum Idris Jalang beranak lagi..! Idris Jalang pun boleh hidup, pergi sekolah dan bekerja serta hidup mewah pun kerana dasar yang diamalkan selama ini..! Apa yang nak diubah ubah???

Bukan tak boleh menerima nasihat si kapir..! tapi kapir yang mana? kapir zimmi ke kapir harbi??? Kenal tak?

Lu Fikir La Sendiri!!!