Khamis, 11 Disember 2014

Alamak..!


Boleh ke tak sengaja?

Lu Fikir La Sendiri!!!

AMAZON - BRAZIL. Pokok gergasi Saumama yang dikatakan berusia 5,800 tahun dan mempunyai ketinggian mencapai 40 meter menjadi simbolik lanskap dan budaya kepada sebahagian besar daripada suku-suku asli yang hidup di hutan Amazon.

Namun sayangnya, pokok gergasi itu ditebang secara ‘tidak sengaja’ oleh pembalak haram yang melakukan aktiviti balak di sempadan Peru dan Brazil.

Tindakan tersebut ternyata menyalahi undang-undang, termasuk membangkitkan kemarahan masyarakat peribumi di hutan itu.

Memetik laporan daripada portal berita Metro.co.uk, pokok gergasi yang sinonim dengan panggilan ‘Mother Tree’ oleh masyarakat setempat menjadi pujaan masyarakat asli di kawasan itu.

Pokok tersebut dikatakn membawa kebaikan, mengekalkan kesihatan dan menyembuhkan penyakit masyarakat setempat.

Penyelidik tempatan, Anna Golding mendakwa, tindakan menebang pokok gergasi itu sebenarnya disengajakan oleh pihak tertentu.

“Sebahagian besar kawasan itu kaya dengan sumber bahan bakar mentah. Semenjak beberapa lama dahulu, memang ada usaha daripada syarikat tenaga asli untuk cuba melobi kerajaan dengan mengeksploitasi kawasan tersebut.

“Mengapa masih tiada tindakan undng-undang ke atas pembalak haram ini? Mengapa agensi pihak berkuasa tidak mengenakan tindakan undang-undang ke atas pihak berkenaan?” katanya.

Hutan hujan adalah lokasi terkaya di dunia dalam menyimpan, memulihara dan memelihara majoriti biodiversiti bumi.

Menurut laporan dari Institut Sumber Dunia,  antara tahun 1991 dan 2014, jumlah kawasan hutan hujan Amazon dikatakan berkurang sehingga tiga kali ganda.

Sebahagian besar daripada hutan yang diteroka kini menjadi padang rumput bagi lembu peliharaan masyarakat  di kawasan tersebut.

Menurut ketua suku asli Matses, Tahuactep, kemusnahan tumbuhan gergasi tersebut dianggap sebagai malapetaka bagi seluruh masyarakat asli.

“Mereka telah musnahkan pokok itu. Apa yang dilakukan mereka tidak dapat dimaafkan, mereka seolah-olah merampas hak kami,” katanya seperti yang dipetik melalui laporan berita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan