Rabu, 17 Disember 2014

Alhamdulilah... Terima Kasih Bank Muamalat..!


Seronok dengar cerita cerita baik macam ni..! Semoga ada lagi Bank dan GLC kerajaan mencontohinya...!

KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Bank Muamalat Malaysia Berhad telah menganjurkan "Charity Free Market - Back to School", satu program kembali ke sekolah bersama anak-anak yatim pada 12 Dis lalu.

Program yang dilangsungkan di ibu pejabat Bank Muamalat Menara Bumiputera ini menyaksikan penyerahan sumbangan kepada Rumah Warga Prihatin, Rumah Titian Kaseh dan Rumah Anak Yatim Darul Fuqaha bagi membolehkan mereka membeli-belah secara percuma pada hari tersebut, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan.

Program ini telah disempurnakan oleh Tan Sri Dr. Mohd Munir Abdul Majid, Pengerusi Bank Muamalat bersama-sama Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, ahli Pengurusan Kanan dan kakitangan Bank Muamalat sendiri.

"Saya amat berbesar hati kerana warga Bank Muamalat sendiri secara sukarela telah menyumbang sebanyak RM35,366.00 kepada program ini", kata Tan Sri Mohd Munir.

Objektif utama program ini selain melaksanakan tanggungjawab sosial kepada masyarakat, ia adalah untuk meringkankan beban khususnya kepada rumah jagaan anak-anak yatim bagi menyediakan keperluan pakaian dan peralatan persekolahan untuk sesi 2015, menurut kenyataan itu.

Selain daripada itu, ia bertujuan memupuk dan mengeratkan perasaan ukhuwah sesama umat Islam dan keprihatinan dalam kalangan kakitangan Bank Muamalat yang turut menyumbang dengan insan-insan yang kurang bernasib baik.

--BERNAMA

Lu Fikir La Sendiri...!!!

1 ulasan:

  1. "Charity Free Market - Back to School" - Lebih elok ditukar ke Bahasa Kebangsaan.

    BalasPadam