Sabtu, 13 Disember 2014

Shafie Bertemu Ruas Lagi..!


Semoga berjaya..!


Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah akan mewakili kerajaan Negeri Sembilan untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan mahkamah rayuan menyatakan enakmen syariah negeri tidak mengikut Perlembagaan apabila menghukum transgender kerana berpakaian wanita.

Dokumen mahkamah yang ditunjukkan kepada The Malaysian Insider mendedahkan Shafee, yang dilantik secara ad-hoc sebagai timbalan pendakwa raya dalam rayuan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan menjadi peguam kepada kerajaan negeri itu.

Peguam Aston Paiva, yang mewakili 3 transgender itu juga mengesahkan Shafee akan bertindak sebagai peguam pihak lawan dalam kes itu di Mahkamah Persekutuan.

“Beliau akan mengemukakan usul di hadapan Mahkamah Persekutuan bagi pihak kerajaan negeri untuk mendapatkan kebenaran,” kata Paiva kepada The Malaysian Insider.

Pemohon dalam kes sivil perlu terlebih dulu mendapatkan kebenaran Mahkamah Persekutuan sebelum membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan.

Bulan lalu Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata kerajaan negeri akan mendapatkan khidmat peguam dalam cubaannya mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan transgender beragama Islam dengan kecelaruan identiti berpakaian wanita.

“Kita akan mendapatkan peguam terbaik untuk mewakili kami kerana ini adalah perkara yang sangat penting,” katanya.

Di Mahkamah Rayuan, pihak berkuasa agama negeri itu diwakili penasihat undang-undang negeri itu Iskandar Ali Dewa dan pembantunya Muhammad Fairuz Iskandar.

Lu Fikir La Sendiri!!!

2 ulasan:

  1. Caya laa dato syafie

    BalasPadam
  2. Sejak keluar Parti Kencing Rakyat, bertambah-tambah rezeki Tan Sri. Itu ketentuan Allah SWT.

    BalasPadam