Jumaat, 19 Disember 2014

Anwar Ibrahim Bodoh..! - Ahli Parlimen PAS.


Layan...

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya membaca dan memahami terlebih dahulu draf berkaitan undang-undang hudud dan qisas Kelantan sebelum mengeluarkan apa-apa pandangan.

Menurut Ahli Parlimen Pasir Puteh Dr Nik Mazian Nik Mohamad, komen terbaru Anwar berhubung rancangan kerajaan negeri Kelantan untuk meminda undang-undang sedia menunjukkan seolah-oleh beliau tidak mengetahui apa-apa tentang undang-undang Islam itu.

"Ada bidang kuasa, kenapa pula kata tiada bidang kuasa? Jika PAS berjaya ke Parlimen kemudian tiada masalahlah.

"Sekarang ini ia bergantung pada Parlimen, kalau Parlimen beri kita majoriti mudah untuk dilaksanakan maka Kelantan boleh laksanakanlah," katanya kepada Antarapos.

Beliau menafikan dakwaan Anwar bahawa rancangan itu akan menimbulkan banyak masalah sebaliknya menegaskan bahawa pindaan tersebut akan memperluas bidang kuasa mahkamah syariah Kelantan.

"Itu akan diputuskan dalam drafnya nanti seperti siapa dan sebagainya dengan terperinci...semuanya ada di dalamnya," katanya.

Selain itu, bekas ADUN Gaal berkata jawatankuasa ternikal yang ditubuhkan telah mengambil kira pelbagai aspek termasuk dari segi penguatkuasaannya yang diperincikan dalam draf rang undang-undang berkaitan pelaksanaan hudud  yang akan dibawa ke Parlimen.

"Ya, jawatankuasa yang ada sekarang ini akan menilai semua itu. Jadi prosedur macam mana nak laksana semua itu akan ada dalam semua itu.

"Boleh anda faham mengenai perkara ini?" katanya.

Beliau mengulas kenyataan Anwar bahawa rancangan kerajaan pimpinan PAS di Kelantan mahu meminda enakmen berkaitan hudud di Dewan Undangan Negeri (DUN) bermasalah kerana ia tidak mempunyai bidang kuasa untuk menguatkuasakan undang-undang jenayah Islam di negeri itu.

"Akan ada banyak masalah kerana anda perlu meminda undang-undang persekutuan. Mereka tidak mempunyai kuasa untuk menguatkuasakannya (hudud).

"Katakan mereka buat juga. Siapa yang akan membuat tangkapan? Siapakah yang akan membawa mereka (suspek) ke penjara? Ia bukan dalam kuasa (kerajaan negeri) mereka. Oleh itu, terdapat banyak masalah," kata Anwar.

Meskipun berdepan tentangan komponen Pakatan Rakyat, kerajaan Kelantan tetap bertegas dan menetapkan 29 Disember untuk memanggil satu sidang khas DUN bagi membentangkan pindaan terhadap Kanun Jenayah Syariah II 1993 atau dikenali sebagai Hukum Hudud.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata ia adalah sebahagian daripada prosedur kerajaan negeri untuk membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen untuk membolehkan Kelantan menguatkuasakan hudud.

Bagaimanapun, DAP telah berulang kali menuntut PAS menangguhkan rancangannya di Kelantan dengan alasan undang-undang jenayah Islam kontroversi itu bukan sebahagian daripada rangka kerja dasar bersama Pakatan.

Anwar patut teliti draf hudud, jangan ulangi kesilapan

Ujar Nik Mazian lagi, Anwar serta pimpinan Pakatan perlu menghormati hasrat PAS selain meneliti draf undang-undang itu sebelum mengeluarkan kenyataan kepada umum.

"Adakah orang lain macam Datuk Seri Anwar Ibrahim? Beliau baca tak semua itu?

"Jadi beliau keluarkan kenyataan tapi tak tahu mengenai perkara ini, lebih baik beliau baca dululah, kemudian barulah berikan komen," katanya.

Tambah Yang Dipertua PAS Pasir Puteh Ini, sebagai pemimpin berpengalaman Anwar tidak sepatutnya melakukan kesilapan demikian sambil menyifatkan diri sendiri tidak layak menegur tokoh veteran itu.

"Jadi kalau beliau belum membacanya bagaimana beliau boleh kata sebegitu?

"Saya ini orang kecil sahaja, saya tidak sepatutnya bergaduh menentang Anwar tapi saya rasa beliau membuat kesilapan  di situ, saya tidak tahulah," katanya.

Untuk rekod, kerajaan Kelantan sudah menubuhkan satu jawatankuasa teknikal mengenainya yang mengumpulkan semua kumpulan pakar mengenai undang-undang syariah termasuk para peguam sivil.

Kerajaan pusat juga telah menubuhkan jawatankuasa yang sama di peringkat pusat dengan diketuai oleh Ketua Bahagian Syariah Jabatan Peguam Negara.

Sehingga kini, tujuh mesyuarat telah diadakan iaitu lima di peringkat negeri dan dua di peringkat pusat. 

Lu Fikir La Sendiri!!!

5 ulasan:

  1. Banyak sangat baca bible dalam penjara sebab tu dia tak tahu hukum Allah dan hudud. Manusia begini nak jadi pemimpin ummah?

    BalasPadam
  2. Dia cakap bagi pihak DAP....

    BalasPadam
  3. Nak ubah kerajaan konon. Ubah undang-undang sikit pun dah menyalak. Memang anjing DAP.

    BalasPadam
  4. Dulu Tun M menentang perlaksanaan hukum hudud ala PAS macam macam Tun dicerca sampai ada pemimpin PAS mengkafirkannya tapi sekarang ni Anwar Ibrahim ketua KETUM menentang hukum hudud tak ada pulak pemimpin PAS mengecam ketua KETUM Anwar Ibrahim, sememangnya peminpin PAS ni MUNAFIK!

    BalasPadam
  5. Korang ni sampai bila nak kena belit???? Dalam Pakatan, masalah boleh diurus beb....

    Semua ini akan terus menguatkan Pakatan.

    BalasPadam