Sabtu, 13 Disember 2014

Guan Eng Bangsat Jangan Dibiarkan Terus Biadap..!


Jenis bangsat ni perlu diajar..! Kita wajib kedepan dan bercakap dengan puak ni..! Sabas Mufti Pulau Pinang..!

BUKIT MERTAJAM - Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berhasrat untuk berjumpa dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng bagi memberi penjelasan tentang isu penggunaan kalimah ALLAH kepada orang bukan beragama Islam di negeri ini.

Beliau berharap pertemuan dengan Ketua Menteri dapat membangkitkan tentang keperluan mengelak menyentuh isu-isu sensitif terutama melibatkan agama.

Majlis Fatwa negeri telah mewartakan perkataan ALLAH serta 40 lagi perkataan berkaitan Islam lain yang tidak boleh diguna pakai untuk orang bukan Islam di negeri ini, katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Lim, seperti dilaporkan beberapa portal berita semalam, memberi kebenaran kepada orang bukan Islam di Pulau Pinang menggunakan kalimah ALLAH.

Ketua Menteri dilaporkan berkata, larangan penggunaan kalimah Allah yang termaktub dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004 tidak  terpakai kepada bukan Islam kerana penguatkuasaannya hanya sah kepada orang Islam. 

Wan Salim berkata, perkara itu telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan orang Islam dan kerajaan negeri bukan hanya perlu bertanggungjawab kepada orang bukan Islam tetapi juga orang Islam.

"Apabila ia sudah digazetkan oleh Majlis Fatwa, perkara itu bukan sahaja terpakai kepada orang Islam tetapi juga untuk orang bukan Islam sebab ia di bawah  perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

"Jadi setiap rakyat di Pulau Pinang tidak kira sama ada dia orang Islam atau bukan Islam perlu taat kepada titah Yang di-Pertuan Agong," katanya.

Beliau berharap mana-mana pihak termasuk kerajaan negeri selepas ini mengelak daripada membangkitkan isu itu kerana melibatkan kemaslahatan awam dan boleh menjejaskan keharmonian perpaduan.

Sementara itu, Pergerakan Pemuda Umno Bukit Mertajam hari ini membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah, di Bandar Perda di sini  berhubung kenyataan Lim itu kerana mendakwa ia merupakan satu campur tangan ketua menteri dalam hal ehwal agama Islam.

"Kami betul-betul kecewa dengan kenyataan Lim itu dan mohon polis jalankan siasatan terperinci kerana khuatir kenyataan ketua menteri itu boleh menjejaskan keharmonian kaum di Pulau Pinang," kata Ketuanya Zaimi Mohd Tahar kepada pemberita selepas membuat laporan itu. - Bernama.

Sementara itu...

BAGAN DATOH - Ketua Menteri atau Menteri Besar tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan sebarang kenyataan atau menentukan sesuatu keputusan mengenai penggunaan kalimah ALLAH, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, perkara itu terletak di bawah bidang kuasa Yang Dipertua Negeri yang mewakili Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu di negeri berkenaan.

"Walaupun fatwa harus dilaksanakan di peringkat negeri dan hal ehwal agama Islam adalah di bawah kuasa kerajaan negeri, tetapi kuasa eksekutifnya tidak  terletak kepada menteri besar atau ketua menteri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Sukan Air di Kompleks Pelancongan Bagan Datoh di sini, hari ini.

Menurutnya ini selaras dengan Majlis Fatwa Kebangsaan yang telah memutuskan kalimah 'ALLAH' adalah eksklusif untuk umat Islam.

Beliau diminta mengulas mengenai Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, yang dilaporkan beberapa portal berita semalam, memberi kebenaran kepada orang bukan Islam di Pulau Pinang menggunakan kalimah ALLAH.

Lim dilaporkan berkata larangan penggunaan kalimah ALLAH yang termaktub dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004 tidak terpakai kepada bukan Islam kerana penguatkuasaannya hanya sah kepada orang Islam.

Ahmad Zahid berkata, secara lazimnya Yang Dipertua Negeri memberikan kuasanya kepada Yang Dipertua Majlis Agama Islam atau ketua jabatan agama Islam negeri, bukannya hak mana-mana menteri besar atau ketua menteri untuk menyatakan pendirian dan fatwa bagi negeri-negeri berkenaan.

Ketika ditanya sama ada laporan polis dibuat berhubung perkara itu apabila pembangkang terus menjadikan penggunaan kalimah ALLAH sebagai isu, beliau berkata polis akan mengambil tindakan.

"Pihak polis akan mengambil tindakan apabila ada laporan polis (dibuat), akan melakukan siasatan selepas kertas siasatan disiapkan, ia akan dikemukakan kepada pegawai pendakwa raya," katanya.

Menurutnya isu berkaitan hal ehwal agama Islam sepatutnya diserahkan kepada Mahkamah Syariah yang akan melakukan pendakwaan terhadap mana-mana pihak.   

"Tetapi kes-kes untuk orang bukan Islam, kita serahkan atas kebijaksanaan Mahkamah Syariah untuk melakukan tindakan," katanya. - Bernama.

Lu Fikir La Sendiri!!!

4 ulasan:

  1. ADAKAH KUASA KETUA MENTRI MELANKAUI KUASA MUFTI DAN YANG DIPERTUAN NEGRI DALAM EHWAL ISLAM.
    SIAPA KETUA MENTRI.
    BESAR NYA KEPALA DIA....... CUKUP CUKUP LAH TU.
    SIAPA CETUS 13 may SEHINGGA HURU HARA,
    DAN SIAPA PULA CETUS ISSUE ALLAH DAN KEMUDIAN BOLIHKAN PAKAI.
    KETUA MENTRI LEBIH BERKUASA DARI YANG DIPERTUAN ?

    BalasPadam
  2. 'Pejuang-pejuang Islam' PAS tak nak buat solat hajat KO Guan Eng atau doa pecah perut ke? Sesama saudara Muslim sanggup buat tapi dengan Cinabeng kafir harbi tak pulak nak buat.

    BalasPadam
  3. Sebenar nya cina ini sentiasa sahaja menghasut.... tiada langsung keikhlasan di hati nya kecuali bermuka-muka sahaja...

    Melayu PR di perbodohkan begitu saja. Mana maruah mengaku Islam ?

    BalasPadam
  4. selagi msia tak jadi mcm spura selagi itulah perjuangan mrk belum selesai.

    BalasPadam