Rabu, 24 Disember 2014

PAS Kelantan Tak Bincang Hudud Dengan Pro Kristian..!


Apa perlunya kerajaan PAS Kelantan mahu berbincang dengan Jawatankuasa PAS Pusat berkaitan pelaksanaan Enakmen Hudud. Lagi pula kalau yang nak dibawa berbincang tu mereka yang pro kristian..! mereka yang liberal..! mereka yang mampu dan tergamak menjual kalimah suci hanya mahu mengemis undi para komunis..!

Khalid gereja ni dah lama sengal..! Sejak akhir akhir ni nampaknya bertambah tambah sengal dia yer..!

Kerajaan PAS negeri Kelantan tidak pernah merujuk atau membincangkan mengenai enakmen pelaksanaan hudud dengan Jawatankuasa Pusat parti tersebut.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Khalid Samad mengesahkan perkara tersebut tidak dibincangkan atau dibangkitkan dalam mesyuarat terakhir 15 Disember baru-baru ini.
"Isu itu tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat terakhir.
"Kami hanya debat tentang rang yang sepatutnya dibawa ke Parlimen atau tentang bagaimana ia sepatutnya dilakukan," katanya kepada The Malaysian Insider.
Mesyuarat jawatankuasa tersebut berlangsung sehari sebelum Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob mengumumkan satu sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dipanggil pada 29 Disember bagi mengemukakan pindaan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993.
Khalid, yang juga ahli Parlimen Shah Alam berkata beliau tidak melihat kemelut tersebut akan menggugat hubungan dalam Pakatan Rakyat khususnya dengan DAP.
Pengumuman tersebut mencetuskan pelbagai reaksi, dengan DAP antara paling lantang membidas langkah Kelantan yang mahu meneruskan pelaksanaan undang-undang jenayah Islam itu.
DAP berkata tindakan PAS itu seperti melanggar tahaluf siyasi yang dipersetujui PR.
Tindakan kerajaan Kelantan itu menyebabkan hubungan antara parti dalam PR retak khususnya ketika berlaku krisis menteri besar Selangor. 
Dah nak masuk parit masih lagi kata tak menggugat hubungan sesama parti..! 
Ni baru betul bahlol serasi..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

2 ulasan:

  1. Salam Bro,apa jua yang berlaku di dalam PR ni akhirnya UMNO juga yang dipersalahkan.Cayalah !PAS nak keluar pakatan takut hilang kuasa,nak berbaik dengan UMNO,malu,akhirnya PAS akan buat kesimpulan akan terus dengan Pakatan demi untuk menjtuhkan UMNO / BN.Kita tunggu dan lihat.!

    BalasPadam
  2. harapan kami Pas perlu fokus beri bantuan mangsa banjir di kelantan...kerja bantuan perlu di ketuai oleh kerajaan negeri...Kami amat tidak berpuas hati kerana agensi kerajaan yg di hina selama ini bertungkus lumus membantu mereka yg tak pernah bersyukur dan berterimakasih...kalau tak caya tunggu air surut nanti...lebih banyak fitnah akan muncul....kalau dah 20 tingkat bangunan tenggelam dan nyawa dah paras leher pun belum tentu Pas anggap org Umno saudara seislam.

    BalasPadam