Khamis, 12 September 2019

Apa Catur Catur..?


Jho Low antara pencatur politik Najib: Saksi

Bekas pegawai khas kepada Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini, ahli perniagaan yang menjadi buruan, Low Taek Jho atau Jho Low adalah antara pencatur politik Najib dan penglibatannya tidak terbatas kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Datuk Amhari Efendi Nazaruddin, 43, berkata Jho Low adalah salah seorang individu yang menasihatkan bekas perdana menteri itu mengenai rancangan politik dan pilihan raya di negara ini.

Beliau berkata demikian semasa pemeriksaan balas oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib pada hari keenam perbicaraan bekas perdana menteri itu yang menghadapi pertuduhan berkaitan 1MDB.

Rabu lepas, saksi kelapan pendakwaan memberitahu mahkamah bahawa Jho Low adalah seorang ahli strategi dalam bidang pelaburan, berunding antara Kerajaan dan Kerajaan atau 'G2G', serta pencatur politik Najib, termasuk dana yang dikumpulkan oleh bekas perdana menteri.

Muhammad Shafee: Dalam pernyataan saksi anda, anda menyifatkan Jho Low sebagai 'pencatur' (ahli strategi). Apa maksud kamu dengan pencatur?

Amhari Efendi: Dia merancang dan menyusun sesuatu perkara yang juga melibatkan strategi dan dia dapat membuat sesuatu berlaku.

Muhammad Shafee: '...serta pencatur politik Datuk Seri Najib. Apa maksud kamu?

Amhari Efendi: Dia adalah salah seorang individu, dari apa yang Jho Low memberitahu saya, dia berbincang dengan Datuk Seri Najib mengenai rancangan politiknya (Najib) tentang pilihan raya.

Saksi itu juga berkata Jho Low adalah penasihat tidak rasmi Najib kerana dia adalah salah seorang individu yang mempunyai hubungan rapat dengan Ahli Parlimen Pekan itu sehingga dia dapat memberi nasihat dan berbincang dengannya.

Merujuk kepada pernyataan saksi Amhari Efendi, Muhammad Shafee mempersoalkan jika pelantikan Jho Low sebagai penasihat khas Najib didokumentasi lalu saksi menjawab tidak.

Muhammad Shafee: Anda kata pelantikan Jho Low “tanpa lantikan rasmi/secara sulit”. mengapa?
Amhari Efendi: Ini kerana dia adalah unofficial, kerana ramai orang yang tahu individu-individu yang rapat dan boleh memberikan nasihat kepada Najib. Dalam konteks ini, secara sulit bermaksud kerana tidak ramai yang mengetahui perbincangan antara mereka yang dilakukan secara tertutup.

Saksi itu menambah, tidak ramai di Pejabat Perdana Menteri (PMO) mengetahui mengenai pelantikan Jho Low, selain para pegawai kanan seperti ketua setiausaha sulit Najib, allahyarham Datuk Azlin Alias.

Amhari Efendi juga berkata beliau tidak mengetahui bahawa Jho Low dilantik sebagai penasihat syarikat kepada Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) pada 8 April 2009.

Muhammad Shafee membangkitkan perkara bahawa Jho Low, sebelum pelantikan itu, telah secara salah mewakilkan dirinya sebagai penasihat khas kepada pengerusi lembaga penasihat TIA, Yang di-Pertuan Agong ke-13 Sultan Mizan Zainal Abidin.

ARTIKEL BERKAITAN: Jho Low penasihat khas tidak rasmi Najib: Saksi
Terdahulu, mahkamah diberutahu bahawa Istana Negara bagi pihak Sultan Mizan, yang merupakan Sultan Terengganu, telah menimbulkan kebimbangan mengenai peranan Jho Low dalam TIA, menurut minit syarikat.

Menurut minit itu, seorang wakil Istana Negara mempersoalkan siapa dan apakah peranan Jho Low kerana pihak Istana bimbang bahawa ahli perniagaan itu telah menyalahgunakan nama Agong pada masa itu.

Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan sebanyak RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dasn 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.

Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan keempat-empat kesalahan tersebut di cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di sini antara 24 Feb, 2011, dan 19 Dis, 2014, dan bagi 21 pertuduhan itu, antara 22 Mac, 2013, dan 30 Ogos, 2013, di tempat yang sama.

sumber

Fitnah ni..! kan Najib dah pernah bagi tahu dulu yang dia tak pernah kenal jolok..!!!

Betul ke?

Lu Fikir La Sendiri..!

9 ulasan:

  1. Sampai sekarang ini cina Jho Low masih belum ditangkap...apa citer!!!

    BalasPadam
  2. Sblm PRU14, kemain lagi kecoh citer Jo Lho
    Dah menang, 'kita nak tangkap le, slow-slow'
    Kesudahannya..dgn DAP, jadi 'cow & buffalo'
    Tokong Gone End soh buat 'tabung', tin milo

    Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhh

    BalasPadam
  3. Sape yg boleh sahkan ape yg saksi ni cakap adalah betul?...

    Jo lo tak ade jadi sedaplah saksi ni cakap ape pon..

    Peliknye kenape madey dan Hamid Bador masih gagal tangkap jo lo...Hamid Bador kata masa mula2 di lantik KPN cina Jo lo akan ditangkap tak berape lama lagi....bila agaknye?....sampai Hamid pencen pon jo lo tak dapat di tangkap...

    BalasPadam
  4. Agak2 kat mana DAP/PH sorokkan Jolo ni, adakah di SAFE HAVEN bagi penjenayah2 dirantau timur sana?


    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau Jolo hilang terus siapa yang untung dalam kes Src International Sdn Bhd. dan 1MDB. DS Najib @ Tun M? Cuba kita teliti petikan dari akhbar seperti berikut:-

      Sebelum PRU14 Petikan dari BH Online Rabu, 7 March 2018 | 9:18pm bertajuk Jho Low tiada kaitan dengan 1MDB - KPN
      (1)Siasatan polis setakat ini mendapati tiada keterangan kukuh untuk mengaitkan Low Taek Jho dengan keputusan dan urus niaga yang dibuat oleh syarikat pelaburan strategik, 1 Malaysia Development Bhd (1MDB).
      (2)Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata daripada siasatan, Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low juga tidak pernah bekerja di 1MDB dan didapati semua keputusan dan urus niaga 1MDB dibuat oleh pengurusan dan lembaga pengarahnya
      (3)Fuzi berkata, tindakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) (DOJ) merampas kapal Equinimity di Indonesia yang didakwa dimiliki oleh Taek Jho adalah satu tindakan perlucutan hak sivil di Mahkamah AS terhadap Taek Jho dan bukan terhadap 1MDB.

      Berita selepas PRU14 BH Online Sabtu, 11 Ogos 2018 | 3:41pm bertajuk PDRM masih buru Jho Low - KPN
      (1)Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih lagi memburu ahli perniagaan Low Taek Jhow atau Jho Low berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.
      (2)“Siasatan terhadapnya berjalan macam biasa,” katanya ringkas kepada pemberita ketika ditanya mengenai perkembangan usaha memburu Jho Low.
      (3)Terdahulu, Mohamad Fuzi mengiringi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melawat kapal layar mewah penuh kontroversi, Equanimity, yang berlabuh di Terminal Boustead Cruise Centre di sini.
      (4)Kapal layar mewah itu, dipercayai mempunyai hubung kait dengan Jho Low dan skandal 1MDB, tiba di Malaysia pada 7 Ogos selepas diserahkan oleh pihak berkuasa Indonesia.

      Sebelum PRU14 vs selepas PRU14.

      Padam
  5. Semua orang malaysia kena tipu dgn madey nak tangkap jo lo....mana jo lo?...

    Bekas pegawai najib baru berani cakap bila dah tak ada habuan besar lagi...dulu orang bising 1 mdb dan jo lo dia senyap kerana sedap dapat habuan besar dari najib.....

    Stail melayu memang begitu..


    Kikikikik..

    BalasPadam
  6. Nasihat pada PM biarlah mahkamah bersidang. Pembelaan belum bermula namun kita dah buat rumusan. Saksi yg sendiri korup dan terima duit Jho Low dijadikan sandaran iman kita. Bukankah iman sedemikian sangat rapuh? Nampak ada ramai mereka yg dokong PH hanya kerana meluap luap benci DSN. Bawalah bertenang dan mengucap. Doa Allah tunjukan kebenaran. Jangan hanya ikut dorong nafsu amarah suuk. Dunia penuh sandiwara politik. Jangan jadi mangsanya...

    BalasPadam
  7. Mr J 13 September 2019 9:02 PG - Adakah Mr J telah meneliti catitan Warga Tua 12 Sept.2019 6:08 PTG Maafkan saya mengingatkan MR J yang mungkin terlupa. Apa maksud menasihati PM dan menuduh saksi korup. Andaian bahawa pendokong PH benci kepada DSN juga tidak tepat.(Sayang kerana Allah marah kerana Allah) Kes mahkamah bukan sandiwara politik.

    BalasPadam