Selasa, 13 Oktober 2009
PAU 2009...UMNO BERUBAH?
Perhimpunan Agung UMNO ( PAU ) akan bermula hari ini dengan Taklimat Presiden yang dijadualkan berlangsung pada jam 3.30 petang. Boleh dilihat wajah-wajah keriangan pemimpin dan ahli UMNO sama ada yang mendapat suntikan semangat atas kemenangan calon UMNO/BN Tan Sri Isa Samad dalam PRK Bagan Pinang ahad lalu dan tak kurang juga yang seronok kerana dapat lari dari kebiasaan hidup untuk 'berehat' di Kuala Lumpur dalam beberapa hari...macam biasa ler
Kalau melihat dan mendengar akan cakap-cakap yang dibualkan oleh orang-orang UMNO, tidak boleh tidak mereka pasti akan menyentuh isu PRK BP, kebanyakkannya berbangga dengan kemenangan BN termasuk lah mereka yang diawalnya menolak pencalonan TS Isa...
Ketua Penerangan UMNO, YB Datuk Ahmad Maslan mengatakan antara 5 sebab faktor kemenangan BN tempohari adalah kerana rakyat sudah menerima konsep gagasan 1Malaysia yang dibawa oleh PM, persoalannya apakah gagasan 1Malaysia ini ditolak oleh rakyat? bukan pembangkang cakap tapi orang UMNO yang cakap malah Ketua Penerangannya yang cakap...kekadang orang UMNO jangan terlalu ghairah untuk bercakap dan mengampu pemimpin hingga meletakkan dasar kerajaan dan parti tersepit apabila di 'spin' oleh persoalan yang mereka sendiri cipta sebenarnya.
Kalau orang UMNO melihat keputusan di PRK BP sebagai jawapan kepada perubahan UMNO..itu silap! tapi jika ianya merupakan langkah awal kepada perubahan yang ingin dilakukan maka ianya wajar disokong dan dijayakan. Ini kerana dalam PRK BP yang lepas pembangkang lebih berdepan dengan kekuatan TS Isa Samad sebagai calon. Batang tubuh calon memainkan peranan utama sebagai senjata ampuh yang memenangkan beliau tempoh hari. Tak timbul la soal tua bangka, calon muda dll lagi kerana pengalaman adalah harta yang paling mahal nilainya.
Jawapan kepada calon yang dimaksudkan ialah seorang ahli politik yang sentiasa memberikan khidmat kepada masyarakat, sikap mesra, mampu menjaga UMNO Bahagian yang dipimpin dengan 'solid' padu dan jitu, mendapat pengiktirafan dan rasa hormat pemimpin komponen yang lain. Ini antara nilai yang perlu ada didalam diri orang UMNO yang mahu diletakkan sebagai calon di setiap pilihanraya. Namun kesedaran ini mesti dipupuk kepada seluruh ahli dan orang UMNO iaitu 'memberi khidmat' dan 'mesra' setiap masa, tidak semestinya menjadi calon tetapi UMNO sebagai parti siasah maka ahlinya perlu mempunyai nilai yang sebegitu. Sejauh mana UMNO mampu mewujudkan kualiti pemimpin dan ahli seperti TS Isa yang mampu diterima oleh pelbagai lapisan masyarakt di Bagan Pinang?
Sebenarnya banyak faktor yang menuntut UMNO dan ahlinya berubah, seperti mana yang dibahaskan dengan penuh serius dan bertanggungjawab oleh pemimpin-pemimpin Bahagian di Janda Baik awal bulan lalu, PAU ini tentunya memberi ruang kepada pembahas untuk membahaskan pelbagai perkara yang menyentuh arah tuju demi pembugaran parti dapat dilaksana dan dijayakan. Apa pun semua nya mempunyai matlamat yang satu dan sama.
Ingin melihat UMNO berubah, diterima dan berjaya untuk mempastikan kuasa melayu yang ada padanya terus mekar dan berjaya dipertahan. Sama-sama kita saksikan !!!
Sendiri Mau Ingat!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
aduhai... kesian
BalasPadamsalam anon 15:45,
BalasPadamkesian? memang patut kesian kan PAS yang kALAAAAAAAH di BAGAN PINANG
tq
Umno a.k.a Pertubuhan Kebangsatan Monyet Bersatu jual pungkok kat bagan pinang mana tau buleh laku... kahkah...
BalasPadamBersatu kita bersatu,
BalasPadamDi bawah pemimpin penipu,
Bersama pengundi hantu,
Auta orang Melayu…
Bersama kita bersama,
Mendukung idea kronisma,
Berjasa pada ketua,
Diri dan juga saudara…
Lambang keris dua bilah,
Dipandang tak akan kalah,
“Berseteru, Berasuah, Berkhianat”
Itulah Cogan Katanya…
UMNO Terus Mara
Untuk Bankrap kan Malaysia.
umno dah lama sgt laa, kasi tukar laa, kita test yg lain..
BalasPadamanon 1705,
BalasPadamPAS atau Parti Ajaran Sesat jelas ditolak pengundi di Bagan Pinang kerana kesesatan yang dibawa dengan menghalalkan punggung sebagai alat kelamin yang sungguh nikmat untuk dinikmati antara lelaki dan lelaki....subhanallah
terima kasih
anon 1719,
BalasPadamkalau anon hanya tahu menyanyikan lagu gubahan dari kuda belang belaan tok guru anon untuk berhujah....ok ler, sebab anon pun bukan ada akal fikiran untuk melontarkan sesuatu yang baru, sekadar pengikut tegar...
fobia dengan lagu UMNO yang asli ker?
kalau minat penulis boleh bagi cd lagu dgn sign dato najib lagi...nak?
terima kasih ajer ler
anon2042,
BalasPadamUMNO lama dan akal kekal lebih memerintah lebih lama lagi InsyaAllah...
tapi PAS yang dah lama dan dah usang, cara dan iktikad berpolitik pun berubah-ubah mengikut fatwa dan sabda ulama dalam semak anda semua, takut dengan yahudi dan DAP, rasanya PAS lah parti yang dah lama dan sudah tidak relevan lagi dan di Bagan Pinang lah asas tanah kubur PAS yang pertama...
terima aksih ajer ler
kita tengok kembali sejarah dunia..tiada 1 kerajaan pun yg kekal memerintah, ini fakta bukan auta..bn akan jatuh jua 1 hari nanti..tq.
BalasPadamanon 1755,
BalasPadamfakta nya hanya kerajaan Allah yang kekal didalam dunia ini, kita ni semua baharu dan yang baharu itu pasti binasa, namun dalam kita berada dan hidup di dunia ini buat lah sesuatu yang memberikan kebaikan kepada diri dan manusia lain sesuai dengan tuntutan sebagai khalifah, namun kalau kemampuan hanya sebagai pengikut, biarlah mengikut jemaah yang besar lagi benar, jemaah yang jelas akan arah tuju perjuangan untuk membela agama, bangsa dan negara, bukannya masuk kumpulan sesat yang menggunakan Islam sebagai topeng untuk melampiaskan nafsu politik serakah tok guru sesat mereka...
kes liwat hanya tektik pemimpin untuk mengaburi pandangan masyarakat supaya pilihan raya akan datang berpihak ditangannya... tq.
BalasPadam