Isnin, 19 Oktober 2009
PKR+PAS+DAP=Budaya Politik Kontroversi Akan Mati!!!
Hari ini PAS menyambut ulangtahun ke 24 tahun kematian pengganas dalam pertempuran berdarah di Memali, Ibrahim Libya yang telah mengembangkan ajaran salah dan sonsang hingga pengikut taksub rela menjadikan tubuh badan mereka sebagai perisai kepadanya dianggap shahid oleh puak sesat PAS ini.
Bukan membela nasib sebenarnya, ia lebih kepada mainan politik sempit PAS yang cuba menggambarkan kepada ahli nya bahawa PAS konsisten dalam perjuangan membela nasib agama dan mangsa.Isu Memali Kontroversi, dan PAS telah berjaya mengambil peluang didalam insiden tersebut untuk meraih sokongan politik hingga ke hari ini.
Selain PAS, anwar melalui PKR juga telah berjaya mencuri perhatian rakyat dan pengundi dengan cara kontroversi, Isu Liwat yang sebenarnya amat memeranjatkan rakan dan musuh politik beliau telah digarap dengan baik hingga isu sebenar tenggelam dan mendapat milage politik yang bukan sedikit kesannya kepada Anwar dan keluarga.
DAP tahu untuk menjalankan politik kontroversi agama dan bangsa ia pasti di tolak, namun apabila sekutu kuatnya Anwar, PAS dan PKR sanggup mengakui ketuhanan DAP dalam Pakatan Rosak mereka maka pelbagai isu kontroversi yang menyentuh agama, bangsa, bahasa dan Raja-Raja telah berjaya dilancarkan dengan baik kerana adanya wajah-wajah melayu pengkhianat bersamanya.
Dalam tempoh 20 bulan Pakatan Rosak memerintah beberapa negeri, dilihat banyak contoh kontroversi yang menjadi perhatian dikalangan pemimpin, Ini kerana Pakatan Rosak tidak akan mampu mengekalkan momentum keyakinan dan keterpesonaan rakyat kepadanya jika tidak diselit dengan pelbagai kontroversi.
Itu sebab dari projek mega ternakan babi di selangor dan Kedah, Isu tanah 999 tahun, isu 16 September, Isu tanah, Isu Ahli Majlis Daerah dan perbandaran, Isu Teoh Beng hock, Isu camry, Isu Sultan Perak, Isu Beer, ditambah dengan adanya 9 pilihanraya kecil sepanjang 20 bulan ini hingga Nik aziz dan kepimpinan PAS juga tidak ketinggalan dengan kontroversi komunis, duit gaji haram, sembahyang tidak diterima dan jaminan syurga beliau, erdogan dan pelbagai lagi.
hakikatnya bagi anwar, PAS, PKR dan DAP setiap kontroversi yang berlaku akan memberikan mereka ruang dan peluang untuk memutar segala fitnah dan tipu helah yang boleh mengisi cerita ceramah mereka bagi diperdengarkan ke halwa telinga kuda-kuda belang dan rakyat.
Kontroversi telah menjadikan mereka kekal popular untuk terus berkuasa, Itu sebab kontroversi yang cuba dibawa oleh salehuddin dan juga nasarudin tantawi di Bagan Pinang begitu disambut dengan riang gembira agar dapat menghidupkan suasana. Tapi pengundi Bagan Pinang tidak termakan dengan dakyah karut dan sesat mereka dan telah mempastikan calon mereka tersungkur buat kali ke 4 didalam Pilihanraya.
Zaman berubah, masa beredar, suasana juga turut bertukar, rakyat takkan selamanya dapat dibohongi, apa yang rakyat mahukan ialah pembagunan, keamanan dan keharmonian hidup, harmoni bermakna dapat menjalani kehidupan dengan baik dan selesa serta selamat setiap masa.
Rakyat tidak mahukan kehidupan yang setiap masa didalam emosi, curiga, marah dan tidak menentu, Bagi rakyat tugas mereka memilih kerajaan dalam setiap pilihanraya yang diadakan dan setelah itu mempastikan manifesto yang dijanjikan dapat ditunaikan sebagai cagaran untuk rakyat memilih kerajaan itu semula. Itu telah berlaku sejak negara merdeka dibawah kepimpinan dan pemerintahan kerajaan BN yang diterajui oleh UMNO. dari Rakyat kepada Rakyat!
Sementara manifesto pembangkang yang menjanjikan syurga dunia dan akhirat di semua negeri yang dimenanginya sehingga kini masih lagi samar jauh sekali dapat ditunaikan.
Rakyat sebenarnya telah memberikan isyarat jelas di Bagan Pinang bahawa politik kontroversi yang dibawa oleh pembangkang sudah tidak relevan dan ditolak. Apa yang rakyat mahukan ialah politik realiti dan bukannya fantasi....
Sendiri Mau Ingat!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Salam, inilah cara PAS mendapat simpati dari orang-orang Melayu, tetapi sejauh mana mereka boleh membohongi masyarakat ?
BalasPadamKalau manusia yang lebih berakal, lebih membuka minda mereka, semua ini akan berkubur akhirnya....
salam bro yang gambi,
BalasPadampembangkang hidup dalam pembohongan, tugas kita bersama-sama membongkar penipuan dan pembohongan pembangkang agar kebenaran dapat dilihat dan dirasakan oleh rakyat...
salam perjuangan bro!
terima kasih
politik memecahbelahkan masyarakat...
BalasPadam