Rabu, 21 Oktober 2009
Tahniah!!! Ulangtahun ke 19 Kelantan Mundur Di Bawah Nik Aziz !!!
Hari ini, 21 hb Oktober maka genaplah Nik Aziz Nik Mat bergelar Menteri Besar Kelantan. Ini bermakna PAS telah berjaya mempertahankan pemerintahan yang di momok kan sebagai Kerajaan Islam, Membangun Bersama Islam, Membangun bersama ulama, negeri yang disifatkan sebagai serambi mekah.
Rasa takjub dan hebatnya membangun bersama ulama dalam semak ini mendapat perhatian dan penghargaan dari negeri jiran Thailand apabila meletakkan kelantan khususnya di tumpat dan bachok untuk menaja dan membangunkan program pelancongan agama,kewujudan pusat-pusat keagamaan buddha terutamanya telah berjaya direalisasikan. Patung budha yang paling besar, berdiri dan baring, banyak dan bersepah-sepah. Isle la tuhh...
Kalau diawal pemerintahan Nik Aziz pada tahun 1990 dianggarkan seramai 150 hingga 250 ribu warga kelantan yang bekerja di luar, namun hari ini ianya telah berjaya ditingkat kan kepada hampir 700 ribu orang lelaki dan perempuan, tua dan muda bersuami atau beristeri yang terpaksa ditinggalkan di kampung halaman kerana mencari sesuap nasi.
Kalau kelantan tidak berada didalam Malaysia, maka rakyat kelantan merupakan sumber tenaga utama dalam pengambilan pekerja asing dalam negara. Kenapa? Kerana Nik Aziz berjaya untuk menggalakkan rakyat negeri serendah sekebun bunga itu berhijrah dek kerana GAGAL nya beliau mewujudkan peluang pekerjaan. sesuai dengan seruan beliau yang menyeru rakyat negeri itu mengejar akhirat semata-mata walau terpaksa melarat di dunia yang dijadikan Allah sebagai Khalifah untuk memakmurkannya.
Pembangunan asas seperti menyediakan air bersih dan sempurna seperti mana tanggung jawab setiap kerajaan negeri didalam negara juga nampaknya begitu 'berjaya' dilaksanakan. sehingga kini pembangunan air bersih di pedalaman terutama di Jeli, Gua Musang, Kuala Krai, Tumpat dll masih lagi bergantung kepada air bukit, telaga dan perigi. langkah asas dalam beragama untuk menyucikan diri bagi melaksanakan ibadah nampaknya tidak berapa penting bagi Nik Aziz, yang penting ialah kemampuan untuk menggondolkan seberapa banyak hutan balak di lojing-lojing.
Keadaan masjid dan surau yang uzur, jambatan yang rosak, pembangunan prasarana seperti pasar, stesen bas dan teksi, pembangunan di pekan-pekan dan bandar yang jelas tidak berupaya dibangunkan jelas menampakkan kelemahan, kelesuan, kegagalan, selama 19 tahun Nik Aziz duduk bertahta sebagai YAB Menteri Besar...
Yang Jelas Nik Aziz hidup senang lenang, soal rakyat bukan hal kerana nasihat tok guru kena ikut, nak hidup senang keluar dari kelantan, isteri dan anak-anak beliau semuanya mewah, malah anak menantu pun boleh dibawa bersama untuk mengepalai anak syarikat kerajaan negeri, itu kerana kelayakkan bukan kerana menantu Nik Aziz!!!
Sudah la rakyat di sogok dengan slogan dan fatamorgana yang jelas bohong, Nik Aziz sekali lagi memberikan jaminan bahawa rakyat yang rela mengikuti sabdanya dan mentaati firmannya maka syurga lah sebagai ganjaran yang boleh ditawarkan...macam rumah murah pulak yer... momokan lorong bayaran untuk lelaki dan perempuan, Kota Bharu yang mempunyai pasar menjual babi terbuka di tengah-tengah bandar, disamping aktiviti pelacuran yang hangat pabila malamnya menggambarkan Bandaraya Islam seperti mana yang tok guru gambarkan telah berjaya dicapai.
Kalau dah yang asas tak tertunai, yang lain seperti rakyat terpaksa membayar parking kereta, cukai tanah yang meningkat, warga tua yang tidak mendapat elaun dan pembelaan seperti janji manifesto PAS dan Nik Aziz jangan harap la...
Tahniah Nik Aziz kerana BERJAYA memundurkan rakyat dan negeri!
Tahniah Nik Aziz kerana TERGAMAK menipu dan berbohong kepada rakyat!
Tahniah Nik Aziz kerana MAMPU mengenepikan keutamaan rakyat berbanding diri dan keluarga beliau... 19 tahun lama tu...
Lu Fikir La Sendiri!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Salam,
BalasPadamade member keje cikgu di sabah, waktu dia lapor diri, guru besar tanye die dr mn, dia jwb kedah, guru besar tu dalam nada berseloroh, "dah habis org kelantan ke antar org kedah pula?"
SLM BRO..MMG ISLE NIKI AJIS TELAH BERJAYA 'MEMBANGUN'KAN PATUNG2 BUDDHA MCM CENDAWAN BARU TUMBUH. MUNGKIN NIKI AJIS MAHUKAN RAKYATNYA SELEPAS SEMBAHYANG DI MASJID, SEMBAH PULAK DLM WAT BUDDHA..IDOP ISLE!...IDOP ISLE!!..JAHANAM NIKI AJIH!..KEHKEHKEH
BalasPadamSalam Junah,
BalasPadamKesian kat orang kelantan yang terpaksa merantau jauh meninggalkan keluarga tercinta demi sesuap nasi, kerajaan yang bertanggungjawab memberikan ruang dan peluang pekerjaan kepada rakyatnya telah gagal mengotakan janji-janji palsu mereka untuk ke 19 tahun lamanya.,..mudah-mudahan rakyat kelantan akan bangkit menolak kerajaan munafik PAS pimpinan nik aziz...insyaAllah
terima kasih bro
Salam Bro Jeffry
BalasPadamNik Aziz dan PAS berjaya menunggang Islam demi mencapai cita-cita rakus politik jahat lagi sesat...kalau tidak di dunia, di akhirat mereka akan menerima balasan atas perbuatan mereka
terima kasih bro
salam.
BalasPadamsaya orang kelate.jaangan duk kata pada rakyat kelantan.rakyat negeri lain pun sama je.bukan trakyat kelntan nak sangat kerja di negeri luar tapi kerajaan yang hantar untuk menabur jasa kepada rakyat negeri lain.ini menunjukan rakyat kelantan ni cerdik,bijak.
salam anon anak kelate,
BalasPadambagus la dapat berbakti ditempat orang, cuma jangan la sampai anak negeri tak dapat didikan sepatutnya hingga menyerahkan kepada ulama dalam semak macam nik najis tuu...rosak
huhu
esok lusa akan keluar kenyataan dari seorang Tok Guru pondok yg berwibwa dikelaNTAN yg niki ajis ni sesat barat wahabi .....dalam utusan
BalasPadammemang nik aziz wahabi.. cuba tanya dia belajar kat mana.. dia bukan belajar kat arab.. ahli sunnah wal jamaah.. tapi dia belajar di india, wahabi
BalasPadam