Isnin, 5 Oktober 2009
PRK Bagan Pinang...Jangan Digadai Masa Depan Agama, Bangsa dan Negara Kerana PAS !!!
Kalau dilihat posting akhbar diatas tentunya kuda belang PAS akan berkata itu fitnah! Itu propaganda dan perang saraf UMNO dan BN, dulu masa tak bersekedudukan dengan DAP, maka fatwa haram berkawan dengan kafir, makan sembelihan orang UMNO pun haram kerana UMNO berkawan dengan MCA dan MIC, kena sembahyang 2 imam kerana berimamakan orang yang bukan seanutan politik dianggap tidak sah! Tapi sekarang bila ruang dan peluang berkuasa dilihat cerah apabila bersekedudukan dengan eli, ronie liew, teresa kok, karpal, lim kit siang dll lagi ayat suci pun di galak untuk dicemar dan dipermainkan...PAS...PAS memang parti ajaran sesat la..
Inilah politik! manusia boleh berubah dan politik memang seni yang berubah-berubah! Macam Anwar lah dulu masa jadi TPM dan Timbalan Presiden UMNO, dia orang yang paling utama menentang PAS, Malah PAS melabelkan Anuwar al Juburi dek kerana Anwar orang yang mampu mengimbangi watak warak pemimpin-pemimpin PAS. Namun realiti politik tetap akan terzahir, kerana PAS dan Anwar bukannya pejuang agama, bangsa dan negara, maka mereka boleh bersekedudukan demi melampiaskan nafsu politik jahat masing-masing. Kuda-menguda membawa bencana!
Begitu juga Nik Aziz, beliau bukannya ulama, beliau bukannya seperti Tok Kenali yang berjaya menyebar dan menegakkan agama dengan penuh berjaya, Nik Aziz hanya seorang politikus, seorang politikus yang berjaya mengaburi mata rakyat...menipu lah maknanya dengan pakaian Islam yang ditonjolkan, Dengan memperaga diri sebagai warak kononnya...beliau tahu itu sahaja cara nya untuk menawan hati orang-orang Melayu di Kelantan, Sebagai politikus Nik Aziz tahu selain strategi alim ulama dalam semak, merosak imej lawannya juga perlu dilakukan agar keislaman beliau lebih tertonjol. Itu sebab dia boleh bagi Syurga dan menghantar orang ke Neraka dan menyifatkan orang Islam lain sebagai Komunis. Ini lah kelicikkan Nik Aziz sebagai politikus...
Sebagai politikus Nik Aziz berjaya, tapi sebagai MB negeri Kelantan beliau sebenarnya sedang membina mahligai didalam neraka kerana kegagalan mentadbir dan memberi kemakmuran kepada rakyat. Segala janji dalam manifesto yang ditaburkan tetap tinggal janji.
Yang lebih malang ialah Nik Aziz sedang menjual Agama dengan harga yang cukup murah demi kelangsungan politik sempit dan murahan diri dan partinya.
Sebab tu kawan penulis penyokong tegar PAS tadi berkata, siapa jua yang taksub kepada Nik Aziz perlu segera sedar! jangan sampai ketaksuban membunuh Iman yang selama ini dibaja.
Rupanya di dalam PAS ada 2 golongan pengikut, pengikut yang tetap dengan pendirian PAS sejak zaman Aruah Haji Ahmad Fuad dan juga kumpulan pengikut taksub yang berjaya dibuta kan mata hatinya demi politik lacuran pemimpin hingga tergamak menjual Agama.
Sedarlah pengikut PAS! Nik Aziz bukannya ulama! Nik Aziz bukannya pemimpin yang boleh membawa Bangsa melonjak dan berjaya, malah jauh dari itu Nik Aziz bukan pemimpin Negara yang boleh di amanahkan untuk membangun dan memakmurkan kesejahteraan rakyat.
Nik Aziz hanya politikus! politikus murahan yang merelakan dirinya menjadi pelacur politik! Merelakan dirinya menjadi kuda tunggangan Anwar, Husam Ronie Liew, Jeffri Oii, Karpal Singh, Lim Kit Siang dan lain-lain lagi pemimpin Pembangkang!
Yang Jelas tindak tanduk mereka ini sedang membawa Agama, Bangsa dan Negara jauh kedalam kehancuran! Sedar lah Melayu!!!
Lu Fikir La Sendiri!
Eden Undi BN!
Hidup UMNO!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Aku setuju dgn Putra Merdeka yang bijak ni , UMNO benci rasuah dan UMNO menyeru pengundi Bagan Pinang tidak melibatkan diri dengan rasuah dan memilih calon yang bersih.......rasuah tu keji.
BalasPadamLu Fikir La sendiri.
Salam mudz,
BalasPadamUMNO memang benci rasuah! itu sebab kerajaan Bn sejak dari Merdeka hingga kini dan selamanya InsyaAllah akan terus menentang rasuah! kalau mudz orang Islam maka anda tahu bahwa rasuah itu suatu yang keji dan berdosa apabila dilakukan,
rasuah juga bukan sahaja berupa wang ringgit, malah sex, balak, beli tanah orang kampung dengan cara merasuah pesaing agar menarik diri dari berlawan, rasuah sex dengan wartawan cina di KL supaya mengeluarkan bahan berita tentang diri dan parti nya di surat khabar inggeris, rasuah ahli dengan melantik mereka menjadi JSR kawasan agar mencari tanah untuk dibolot, rasuah ahli untuk menghuru harakan masjid dan surau yang tidak menyokong parti, rasuah kuda belang agar menutup dan mengunci tadika dan balai raya tempat budak belajar, rasuah agar dipulangkan semula arak yang dirampas, dan banyak lagi la mudz...
itu pun kalau mudz ada akal nak fikir la
terima kasih