Isnin, 13 Jun 2011

Dari Parlimen..Siapa Kata Dato Seri Sulaiman Taib Tak Reti 'Dikati'




Hari ini Parlimen dah bermula bermesyuarat! Macam macam cerita timbul, dari sessi pre council yang diberikan oleh YAB PM kepada Ahli Ahli Parlimen Barisan Nasional yang bermula Jam 8 pagi tadi hinggalah ke sessi penggulungan rang undang undang Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2010 yang sedang digulung oleh YB Menteri.


Kebanyakkan ahli ahli Dewan rancak berbual dan membincangkan pelbagai isu baik didalam Dewan Rakyat mahupun di luar dewan.

Antara isu hangat yang menjadi bisik bisik 'bising' yang tak lekang dibibir Ahli Yang Berhormat ialah isu kepanjangan dan kebesaran ANU si Nuar. Dalam banyak perbualan ni adalah seorang ahli Parlimen PAS tu yang menyampuk lesu dengan mengatakan bahawa

'ISUNYA BUKAN ANWAR! ISUNYA IALAH MENGAIBKAN ANWAR!

Tiba tiba kita orang diam sebab YB PAS ni secara tak langsung mengesahkan pelaku video seks tu si nuar! Bila ditanya bila YB tengok video tu? YB PAS ni terus berlalu sambil senyum kambing.

Satu perkara yang tak kurang menarik ialah isu kehadiran YB Dato Seri Sulaiman Taib Ahli Parlimen Kota Samarahan ke Parlimen. Isu yang dijaja selama ini oleh puak pembangkang ialah ketidakhadiran Dato Leman ke Parlimen.

Bila disuakan isu ini kepada YB Dato Leman, beliau menambah dengan mengatakan bahawa kalau diikutkan kata pembangkang saya dah mati 3 kali, tapi itulah kerja pembangkang! Kalau pembangkang tak berbohong dan membuat fitnah, takde kerja lah pembangkang! Tambah beliau.

Bila berkesempatan duduk dengan beliau ternyata beliau seorang pemimpin yang berjiwa besar, berpandangan jauh dan sangat mesra! Jauh sekali menyombong diri!

Beliau juga memberikan hujah bagaimana Sarawak tidak akan sesekali jatuh ketangan pembangkang kerana perancangan yang dibuat oleh Kerajaan BN selama ini jelas memberikan kekuatan kepada pengundi secara lebih luas walaupun dilihat pengundi bandar cuba beralih angin!

Apabila projek Bakun beroperasi penuh hujung tahun ini. Sarawak bakal menjadi Negeri yang amat berpotensi dalam menjana pekerjaan bukan sahaja kepada rakyat Sarawak malah mereka yang diluar Sarawak juga bakal mendapat manfaat darinya kerana kehadiran pelabur pelabur yang mahukan insfastuktur yang lengkap dan murah!

Tok Leman ni kelakar rupanya... pandai jugak Dato Seri Sulaiman Taib anak CM ni ber 'dikati'
err...dikati tu apa bro? berlawak laa

Lu Fikir La Sendiri!




Published with Blogger-droid v1.7.1

Tiada ulasan:

Catat Ulasan