Menurut Pejabat Perdana Menteri, dalam kenyataan media Selasa, pelantikan semula Mohd Sidek, 59, telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.
"Perkhidmatan beliau sebagai Ketua Setiausaha Negara masih diperlukan terutama dalam meningkatkan lagi sistem penyampaian Perkhidmatan Awam Malaysia dan memastikan inisiatif yang telah dilancarkan oleh kerajaan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dilaksanakan dengan berkesan," kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, Mohd Sidek dilantik sebagai KSN pada 3 September 2006 sehingga bersara wajib pada 23 Jun 2007 kerana mencapai umur 56 tahun pada tarikh tersebut.
Beliau dilantik semula secara kontrak sebagai KSN untuk tempoh dua tahun mulai 24 Jun 2007 hingga 23 Jun 2009.
Perkhidmatan beliau kemudian dilanjutkan lagi untuk tempoh setahun mulai 24 Jun 2009 hingga 23 Jun 2010 dan 24 Jun 2010 hingga 23 Jun 2011. - BERNAMA
Malaysia Meriah! Sidek memang hebat beb! DiMalaysia ni KSN yang mampu dan terbukti membawa penjawat awam ke puncak yang tinggi Sidek sorang jer..
Malah dilihat keputusan keputusan yang langsung tidak memberikan keuntungan dari sudut sokongan politik kepada BN pun banyak datang di zaman Pemerintahan Sidek.
Kurangnya sokongan kepada kerajaan BN oleh kakitangan kerajaan pun dizaman Sidek! Sikap sesetengah ketua dan kakitangan Jabatan yang terang terang menyokong pembangkang pun semakin terserlah di bawah teraju Sidek.
Malah ada KSU dan TKSU yang mengeluh panjang dan merasa hati kerana terpaksa pencen dengan jawatan yang ada atas sambungnya khidmat Sidek..
Pendek kata semuanya Sidek! Makan Sidek! Minum Sidek! Tidur Sidek! Hebat..! Sidek Hebat!!!
Lu Fikir La Sendiri!
Published with Blogger-droid v1.7.0
tu buat pegawai yg terpaksa pencen sokong pembangkang...kerajaan kini pekak dan bisu..serta buta...
BalasPadamIdup orang pekan!
BalasPadamBaguslah tu ... Kamaruddin kaki rap pun patut dikekalkan sampai duit kerajaan habis lunyai
BalasPadamMaaf cakap yer, sedih Teman rase kat kengkawan teman para penjawat awam!
BalasPadamYa inilah tanda-tanda awal kehancuran UMNO/BN dalam PRU 13 akan datang. UMNO Putrajaya dan penjawat awam dalam bahaya, akan ada yang belot sokong PKR menuju Putrajaya!
Ingat 3P 2S akan jatuhkan UMNO/BN
PEMANDU (Idris Jala), PTK (Sidek), Parking (Putrajaya Holding), Sidek (KSN), Shamsuddin (Putrajaya Holding)
Assalam Bro
BalasPadamKenapa tak dilantik aje Sidek ni pegang jawatan sampai mati... Kira lesen besar... So orang lain taklah terasa hati tak dapat naik pangkat KSN...
Salam semua,
BalasPadamNak tanya korang,, kalau TS Sidek dibersarakan adakah kerajaan boleh lantik KSN samapai 4 atau 5 orang sekali gusss...
Lu fikiaq la.. tak kah akan berebut2 puak puak KSU yang rasa layak tu melobi..
Tapi ada baiknya dicadangkan juga perlantikan Timbalan KSN sebagai alternatif untuk mengurangkan rasa kecewa..
Apa pun tahniah kepasa TS Sidek , kita biarkan pencacai2 PR meroyan...