Jumaat, 3 Jun 2011

Dewan Pemuda PAS Bodoh Mengatur Program/ Ketua Pemuda Negeri Tak Nampak Batang Hidung...


(Bernama) -- Pimpinan Dewan Pemuda PAS dibidas kerana lebih banyak mengadakan demostrasi dan mengeluarkan kenyataan media berbanding program untuk memenangi pilihan raya umum akan datang.

Seorang perwakilan dari Jerai, Kedah, Muhamad Ismail, berkata sikap sebegitu tidak akan membolehkan parti itu menawan Putrajaya malah hal berkenaan ditegurnya pada setiap muktamar tahunan.

"Kalau macam ni bagaimana nak tawan Putrajaya. Peruntukan RM3,000 sahaja untuk program," katanya semasa membahaskan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Dewan Pemuda PAS Pusat berakhir Disember 2010, di sini, hari Khamis.

Perwakilan dari Jerantut Pahang, Abdul Rahman Abdul Malik, berkata terdapat ketua pemuda negeri yang hanya menghadiri mesyuarat ketua-ketua pemuda negeri sekali sepanjang tahun dan ini memberi kesan kepada tanggungjawab ketua pemuda berkenaan.

"Mula-mula tidak hadir bersebab dan berterusan kepada tanpa hadir tanpa sebab," katanya membahaskan perkara yang sama.
Apamacam...! ni semua pengaruh buruk mat sabu la! itu sebab pemuda dah meraung dan memberi signal bahawa mat sapu bakal ditolak! sebabnya mereka tak larat nak ber Timbalan Presiden kan seorang yang hanya reti demonstrasi...
demonstrasi!


Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan