Rabu, 15 Jun 2011

Cukuplah Susukan Kera Dihutan...!


Syabas dan tahniah kepada pihak kerajaan kerana membuat keputusan yang sepatutnya lama dah diamalkan...!

Lepas ni cuba kira berapa banyak yang dapat dijimatkan dari keputusan tu dan kalau boleh duit yang dapat dijimatkan tu dimasukkan semula sebagai hasil yang boleh disumbangkan semula sebagai subsidi....subsidi lagi...! ada berani?

Petrol RON95 dan gas asli untuk kenderaan (NGV) dilarang dijual kepada semua pemandu kenderaan berpendaftaran asing mulai esok setelah pengecualian yang diberikan kepada pemegang MyKad ditarik balik.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berkata, dalam satu kenyataan hari ini bahawa motosikal berpendaftaran asing bagaimanapun dibenarkan membeli petrol RON95.

Pada 1 Ogos tahun lepas, arahan larangan penjualan petrol RON95 dikeluarkan kepada kenderaan berpendaftaran asing di seluruh negara tetapi pengecualian diberi kepada warga negara Malaysia yang mengemukakan MyKad sebagai pengesahan.

Kementerian menjelaskan bahawa kerajaan menerima maklumat balas terdapat ketirisan dan penyelewengan daripada penggunaan MyKad susulan daripada pelaksanaan arahan itu.

Pengusaha stesen minyak di kawasan sempadan juga mengadu sukar untuk mengawal dan memastikan arahan larangan itu dilaksanakan sepenuhnya. – Bernama

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan