Rabu, 1 Jun 2011

Jual Harta Jer ke Yang UDA Tahu Buat?


UDA Holdings Bhd (UDA Holdings) memutuskan untuk menjual tanah seluas 1.15 hektar di Jalan Sultan Ismail kepada Mutiara Goodyear Bhd pada harga RM215.5 juta bagi membayar baki premium tapak bekas Penjara Pudu berjumlah RM104 juta, yang masih tertunggak, sebelum September ini.

Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata penjualan tanah itu, selain boleh membiayai projek tergendala, juga mampu mengukuhkan semula aliran tunai kewangan UDA Holdings yang kini berjumlah RM90 juta.

"Atas pertimbangan itu, UDA Holdings perlu menjual tanah berkenaan terus kepada Mutiara Goodyear yang menawarkan harga terbaik iaitu lebih RM1,400 kaki persegi berbanding harga pasaran iaitu sekitar RM800 kaki persegi.

"Selain itu, pihak UDA Holdings juga sudah menjalankan kajian terhadap syarikat Mutiara Goodyear Bhd, dan mendapati statusnya adalah sebagai sebuah syarikat Bumiputera," katanya dalam satu kenyataan Rabu.

Jual harta jer ke? kalau amcam tu sama lah macam dris jala buat di MAS! kalau macam tu la mentaliti orang orang yang kononnya bijak pandai menyelesaikan masaalah...keling bunting pun reti buat!!!

Tanah di Jalan Sultan Ismail beb! di segitiga emas! ditengah tengah kerancakan dan kekayaan bumi Kuala Lumpur boleh dijual hanya mahu menyelesaikan tunggakan projek lain! Sepaham kita lah kalau betul bijak berniaga bukan sahaja menyelesaikan masaalah tunggakan dengan pihak Bank dalam projek BBCC malah tanah yang lama tak dibuat apa tu pun boleh dimajukan sama!


Soalnya apa yang terhegeh hegeh nak memajukan projek lain kalau tanah yang ada tak reti nak dibangunkan! Ini maknanya projek BBCC tu bukan lah sesuatu yang dirancang dan menjadi keutamaan UDA selama ini! sebab? sebab tanah dalam segi tiga emas yang UDA miliki selama ini pun tak pulak UDA sebok nak majukan! Kalau tak menjadi keutamaan UDA maka ianya menajdi keutamaan siapa sebenarnya?


UDA ni ada banyak kedai dan bangunan didalam Kuala Lumpur! contoh di Pertama Kompleks, tapi kita nak tanya UDA berapa ramai Melayu dan Bumiputera yang UDA telah bantu untuk berniaga dan berapa ramai Usahawan Melayu dan Bumiputera yang UDA lahirkan? Berapa ramai peniaga Melayu dan Bumiputera yang mampu berniaga dengan menyewa bangunan dan kedai kedai yang banyak UDA miliki terutama di dalam Bandaraya Kuala Lumpur?


PPttuuiihh...
Lu Fikir La Sendiri!!!

3 ulasan:

  1. meniaga buluh kasap ke pak UDA kite ni wehh...

    hujungnye hilang pangkalnye lesap

    BalasPadam
  2. sepatutnye

    all business companies which have the government entities ni kene lah bagi ahli2 korporat muda (melayu) utk di majukan perniagaan nye.....dari sedikit modal, bolah kembang kan lagi perniagaan ke taraf local & antarabangsa (glokal).....

    kalau kita beri ahli politik mengetuai syarikat2 kerajaan...jawab nye dok kene jual je lah .....sebab fokusnye bukan business, tapi berpolitik......

    ape nak heran......

    BalasPadam
  3. jangan lantik orang politik jadi bos UDA dan seangkatan dengannya. lantik Melayu yang pro dalam berniaga. pasti maju. Fikirkan.............

    BalasPadam