Isnin, 18 Jun 2012

KDN Mesti Segera Ambil Tindakan!


Kandungan nota berkenaan tidak dapat disahkan secara bebas, namun dakwaan itu termasuk:

Dipaksa menanggalkan pakaian sehingga hanya memakai pakaian dalam, dan "digantung terbalik"  daripada satu "mesin" yang bergerak mengelilingi satu "bilik penyeksaan khas yang disyaki terletak di Bukit Aman"

"Tiba-tiba mesin pun berhenti. Lantas, bertubi-tubi seluruh tubuhnya dipukul dengan objek tumpul (mungkin cota)"

"Apabila pukulan dihentikan, mesin itu pun kembali bergerak. Tidak berapa lama mesin itu dihentikan semula dan dia kembali dipukul teruk"

Minyak panas dilumurkan ke kemaluan

Mencabut bulu di badan, termasuk bulu kemaluan

Melumur pes cili ke badan, terutama ke kemaluan, dan "dipaksa membiarkan cili itu mengering pada badannya" untuk tempoh dua hingga tiga hari

Mencucuh kemaluan dengan api rokok

Dipaksa berbogel dan melakukan ketuk ketampi selama beberapa jam untuk tempoh sehingga 60 hari

Difahamkan, pasukan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) ketika melawat kem berkenaan untuk memeriksa tahanan berkenaan, yang menjalankan mogok lapar, turut menerima set nota yang sama.

Pesuruhjaya Muhammad Sha'ani Abdullah berkata Suhakam kini sedang "membincangkan" kandungannya.

Boleh kita andaikan malah boleh juga kita putuskan bahawa perkara diatas tidak wujud sama sekali! Malah kewujudan nota palsu lagi fitnah diatas itu sendiri pun boleh kita sifatkan sebagai serangan terbaru puak pembangkang yang memang sengaja memerah otak mencari ruang dan peluang menghina dan memalukan negara dan kerajaan.

Isunya ialah isu politik! Itu jelas! Tapi apa yang rakyat mahukan ialah tindakan segera lagi berkesan pihak KDN untuk mengheret pihak yang menyebarkan fitnah! Pihak yang berniat jahat mahu memalukan negara!

Pihak KDN tidak boleh pula menjawab isu ini dari sudut pandang politik semata mata! Tindakan pembersihan dan pembetulan perlu dibuat! Undang undang perlu ditegakkan! Mereka yang melakukan jenayah mesti diperangi! Hukuman mesti diambil!

Rakyat mahukan ketegasan! Rakyat terbanyak mahu dan akan pasti menyokong apa jua tindakan yang membela nama baik negara! Rakyat mahu kedaulatan negara terus terpelihara! Rakyat mahukan penghormatan! KDN segeralah ambil tindakan!

Lu Fikir La Sendiri!

Published with Blogger-droid v2.0.6

1 ulasan:

  1. Sapa suruh buat salah...bila naik mahkamah mungkin terlepas sebab lawyer atau hakim akan dapati tidak bersalah walaupun bukti satu kontena dan bicara dalam bicara bertahun-tahun...baik hukum dulu dan hukuman yang tidak akan dapat dilupai hingga akhir hayat...kalau rasa tahan buat lagi...Padan muka sape yang kena hukuman seksa tersebut. Oleh Mat Spy.

    BalasPadam