Jumaat, 1 Jun 2012

Ni Gila Apa Ni?


Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menubuhkan panel khas menyiasat kandungan kompilasi rakaman video kejadian semasa perhimpunan 28 April lepas, yang dijangka dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) esok.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis akan menyerahkan video itu kepada panel khas berkenaan dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) untuk siasatan lanjut.

Beliau memberi jaminan bahawa  panel khas itu akan menyiasat insiden berkenaan secara adil dan menyeluruh.

"Kita ada kerjasama dengan KDN. Video itu akan disiasat dalam masa yang terdekat," katanya kepada wartawan selepas merasmikan Program Dekad Kecemerlangan Anak Polis (DAKAP) di Pulapol Bukit Sentosa, Rawang, hari ini.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata video itu akan diedarkan kepada media dan dimuat naik ke dalam laman web kementerian itu.

Aku kadang kadang tak paham dengan kerja pihak kerajaan ni..! apa pulak baru nak menyiasat kandungan video? apa pulak nak tubuh panel khas lagi? selama ni yang terjerit jerit rakyat suruh ambik tindakan tu apa? selama sebulan lebih ni cuma cari perusuh ajer ke? dah berapa ekor yang kena tangkap? berapa banyak lagi yang berekor ekor diluar tu yang tak tertangkap tangkap?

Mainan apa ni? apakah emosi rakyat yang menjadi mangsa dalam rusuhan 2 bulan lalu hanya mainan gurauan? apakah reaksi kebencian rakyat kepada kejadian rusuhan 28 April tu tak boleh nak didahulukan? 

Lu Fikir La Sendiri!!!

1 ulasan:

  1. pembangkang yg gila babi vs kerajaan yg bodoh bangang.

    BalasPadam