Penyunting buku 'Berdialog Bersama Chin Peng', yang diterbitkan pada 2004, Dr Karl Hack memberitahu Mahkamah Tinggi Pulau Pinang bahawa Mohamad (Ahmad) Indera atau Mat Indera mengaku dirinya adalah anggota komunis.
Hack, yang juga Pensyarah Kanan Jabatan Sejarah di Universiti Terbuka United Kingdom, berkata demikian selepas merujuk kenyataan Mat Indera ketika ditahan pada Oktober 1952 selepas mengetuai serangan terhadap polis di Balai Polis Bukit kepong, Johor pada 23 Februari 1950.
Beliau berkata penangkapan Mat Indera pada 14 Oktober 1952 di Kampung Seri Medan, Batu Pahat adalah dengan kerjasama rakan lelaki itu yang bernama Mat Tukyo dan pihak polis.
Hack berkata demikian ketika menjawab soalan peguam Mohamed Hanipa Maidin, yang mewakili Mohamad Sabu, pada perbicaraan kes saman fitnah Timbalan Presiden PAS itu terhadap Utusan Melayu (M) Berhad (Utusan).
Terdahulu, ketika menyambung keterangannya, Mat Sabu berkata beliau tidak pasti matlamat sebenar Parti Komunis Malaya (PKM), yang mula bertapak di Tanah Melayu sebelum merdeka.
Pada prosiding hari ini, mahkamah menerima dua fail mengandungi dokumen berkaitan kenyataan Mat Indera, yang direkod dan disahkan oleh polis, sebagai bahan bukti.
Perbicaraan di depan Hakim Datuk Seri Zakaria Sam ditangguhkan sehingga 2 Januari 2013. - BERNAMA
Perbicaraan di depan Hakim Datuk Seri Zakaria Sam ditangguhkan sehingga 2 Januari 2013. - BERNAMA
Dasar lidah biawak! bila disoal didalam mahkamah mula lah kata tak tahu! lupa! tak ingat! Tapi bila ditunjuk bukti audio dan video, pusing pulak.. kata tak tahu tujuan sebenar komunis wujud di bumi Melayu ini. Betullah orang kata lidah tak bertulang!
Lagi pun bagi Mad...lidah dia hanya berfungsi untuk bercakap dan menjilat..!
Lu Fikir La Sendiri!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan