Ahad, 21 Oktober 2012

Tarikh Pilihanraya Dah Ada..Calon Perlu Disiapsedia..!

Ada kesan dengan pengumuman ni? Apakah penubuhannya akan memberi kesan kepada setiap ahlinya? Apakah setelah ada kes sabotaj berlaku baru tindakan mahu diambil? Apakah setelah UMNO dan BN menerima kesan kekalahan di sesebuah kerusi Parlimen dan DUN baru tindakan mahu diambil?


Kenapa tidak difikirkan bagaimana unsur sabotaj ini dapat dikurang kalau pun sukar dibendung. Kita tahu bahawa perkara pokok yang menyebabkan sabotaj ini terjadi kerana pemimpin di peringkat bahagian tidak menerima calon yang diumumkan oleh pucuk pimpinan. Maka apakah cara terbaik untuk mengelak dan mengurangkan ketidakpuasan hati ini dari berlaku.


Calon hendaklah terdiri dari nama yang dihantar oleh pihak bahagian, jangan ada calon payung terjun.


Calon hendaklah diumumkan lebih awal dan diperkenal kepada semua peringkat jentera bahagian.


Dengan cara ini kita akan lebih awal menegnali masaalah dan berusaha mengatasinya. Ketidakpuasan hati pasti ada namun dengan pengumuman awal  calon di peringkat bahagian tentu mengurangkan kerenah yang boleh menggugat jentera dari terus tak berjalan..!


Lu Fikr La Sendiri!!!


- Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini sebulat suara memutuskan persetujuan bagi menyerahkan tampuk kuasa kepada  sebuah jawatankuasa khas dalam melaksanakan pemantauan seterusnya mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana ahli UMNO yang cuba mensabotaj calon atau parti.


Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, jawatankuasa tersebut bakal memantau salah laku ahli parti yang terjerumus menyokong parti lawan, menghasut meninggalkan parti dan salah guna wang.


"Jika kita dapat kenal pasti sebarang tindakan yang berunsurkan sabotaj ini, individu itu boleh digantung atau dipecat keahliannya," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, di Menara Dato Onn di sini, hari ini.


Beliau yang juga Perdana Menteri turut menegaskan, perlantikan jawatankuasa tersebut bakal diletakkan di setiap UMNO Bahagian agar dapat menyalurkan sebarang laporan ke ibu pejabat dengan kadar segera.


"Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Lembaga Jawatankuasa Disiplin yang diketuai Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail," katanya.


Published with Blogger-droid v2.0.9

Tiada ulasan:

Catat Ulasan