Khamis, 21 November 2013

Nak Bela Ke Nak Tambah Bala…!

cara cium tangan yang musti diamalkan..terutama bagi orang tua yang cukup pandai mengampu bossnya..! contoh sehat..!!!
Mula mula tak nak ambik port isu Rosmah keluar negara dan menggunakan private jet..! Sebab dia bini PM maka apa pun alasan yang diberikan pasti akan dapat dihalalkan oleh pihak kerajaan. Jadi tak payah nak memekak atau buat buat pekak..!

Tapi budaya buat buat pekak yang tertanam dikalangan para pemimpin juga la yang menyebabkan rakyat semakin memekak hingga memberikan jawapan ke atas kertas undi yang mereka pangkah pada PRU13 yang lalu..! Budaya pekak ini kalau diteruskan pasti bacaan kertas undi pada PRU 14 nanti juga sudah sedia tercorak..!

Cuma melihat kepada jawapan Menteri dan pembelaan Azalina telah mencetuskan persoalan baru…cer citer..!!!

Kata Shahidan..



Kata Azalina pulak…



Baca kenyataan akhbar pulak…


KUALA LUMPUR 20 Nov - Ahli Parlimen Pangerang, Datuk Azalina Othman Said hari ini menegaskan bahawa kehadiran Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ke satu jemputan di Qatar bukan sebagai wakil kerajaan seperti yang didakwa oleh pembangkang. 

Azalina berkata, isteri Perdana Menteri itu dijemput secara peribadi oleh Persatuan Perniagaan Wanita Qatar untuk menjadi tetamu pada program di Qatar tersebut dan ianya tidak ada kena mengena dengan dasar kerajaan. 

"Tiada langsung dinyatakan bahawa beliau hadir atas dasar kerajaan dan beliau dijemput secara peribadi. 

"Beliau dijemput sebagai tetamu dan merasmikan Forum Antarabangsa Usahawan Wanita Qatar dan beliau telah menerima anugerah semasa majlis tersebut," katanya ketika perbahasan di Dewan Rakyat di sini. 

Semalam, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim menjelaskan, lawatan tersebut adalah jemputan rasmi dan isteri Perdana Menteri telah menjalankan tanggungjawabnya sepanjang lawatan tersebut. 

"Kita patut berbangga kerana sebuah kerajaan menjemput isteri perdana menteri, rakyat Malaysia patut berbangga. 

"Lawatan tersebut bukan seronok-seronok, tapi isteri perdana menteri telah menjalankan tanggungjawabnya," katanya. 

Tambahnya lagi,  hasil lawatan tersebut akan didedahkan kepada umum kerana hasil lawatan itu merupakan satu perkara yang menguntungkan serta sangat positif. -RakyatNews 


Dijemput secara peribadi atau dijemput secara rasmi? Mana satu? nak bela pun tak sekata! tak sebulu! 

Isu yang menyebabkan rakyat mua dan menggelengkan kepala tak jugak dijawab.

Sebab surat kat bawah ni pun tak menyelesaikan kemelut yang membuatkan rakyat semakin hari semakin iri..!


Baca lanjut di paneh.blogspot.disini.

Tentu ramai yang tak setuju dengan posting gua ni kan..! Ada gua kisah..!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!

3 ulasan:

  1. Kalau bini nk tompang laki....okjer....kalau bini nak over laki....hehe...binatang tuuu....!!!

    BalasPadam
  2. Kerajaan PM Najib kenalah jaga nama baik kerajaan. Masalah surat rasmi tersebut ditulis oleh orang jabatan. Ayat dalam surat itu dikarang oleh jabatan tersebut, bukan orang yang dijemput mengarangnya. Jika disebut pesawat peribadi, mungkin ayat pengarang tersebut, adakah isteri PM Najib mempunyai pesawat peribadi. Pegawai yang bertangungjawab dan yang buat surat kena jawab untuk pengetahuan semua rakyat.

    BalasPadam
  3. Assalam...
    bala bala bala...penat blogger nak bersilat...haku cuma baca blog pown leeeTtiiihhhh...
    leeTtiih wei....

    BalasPadam