Siti Zailah Yusof berjaya mengekalkan kerusinya sebagainya Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat setelah berjaya mengalahkan pencabarnya Nuridah Salleh.
Beliau mendapat undi sebanyak 468 undi berbanding pencabarnya mendapat 189 dengan kelebihan sebanyak 279 undi.
Kemenangan beliau diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilih PAS, Asmuni Awi dengan disertai sama oleh Pengarah Muktamar Datuk Takiyudin Hassan.
Timbalan beliau, Dr Siti Mariah Mahmud juga berjaya mengekalkan kerusi setelah mengalahkan pencabarnya Dr Najihatul Solehah apabila mendapat 429 undi berbanding pencabarnya yang mendapat 229 undi.
Penyandang jawatan Naib Ketua Mumtaz juga berjaya mengekalkan kedudukannya apabila berjaya mengalahkan pencabar, Dr Rosni Adam.
Keputusan diumumkan tepat jam 10 malam berbanding jam lapan malam yang dijangkakan oleh jawatankuasa pemilih.
Bagi membolehkan masa diisi sementara menunggu pengiraan selesai, exco kerajaan Selangor Dr Halimah Ali yang menjadi tuan rumah muktamar terpaksa berucap hampir satu jam.
Untuk Exco Dewan Muslimat PAS Pusat pula, 12 yang terpilih adalah Dr Halimah Ali, Aiman Athirah, Khairiah Mohamad, Normala Sudirman, Dr Asiah Ali, Aida Yusof Rawa, Wan Ubaidah Omar, Mastura Mohamad, Datuk Siti Aishah Ghazali, Azizah Khaitib Mat, Wan Hasrina Wan Hassan dan Kartini Ahmad.
Lu Fikir La Sendiri!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan