Alhamdulilah…dalam sebok berpolitik, kerajaan tetap menjalankan tanggungjawab untuk membantu golongan yang memerlukan. Diharap dapat dibuka seluas luasnya peluang yang ada kepada rakyat yang layak..!
Kerajaan BN buat kerja tak perlukan publisiti, yang perlu janji ditepati..!
Kerajaan BN buat kerja tak perlukan publisiti, yang perlu janji ditepati..!
Pembeli Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) mungkin hanya akan membayar antara RM400 dan RM500 sebulan untuk sebuah rumah berharga RM200,000, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim (gambar).
Katanya kadar tersebut jauh lebih rendah berbanding pinjaman bank komersial yang biasanya sekitar RM1,800 sebulan bagi membiayai pinjaman sebesar itu.
"Kalau gaji RM3,000 mana mampu nak bayar RM1,800. Ini berita gembira bila dia masuk pinjaman bersama dengan PR1MA nanti dan skim pinjaman ini akan diumum oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak lama lagi," katanya kepada pemberita di Parlimen hari ini.
Katanya PR1MA bukan sahaja membina rumah untuk rakyat tetapi juga menolong menyediakan pinjaman.
Shahidan yang enggan menjelaskan perkara itu secara terperinci, berkata skim tersebut sebahagian daripada pakej untuk membantu pemohon yang berjaya mendapat rumah PR1MA namun gagal memperoleh pembiayaan bank.
Katanya sebanyak 6,174 unit PR1MA akan dibina di Negeri Sembilan, Selangor (8,872 unit), Kuala Lumpur (4,636 unit), Johor (7,539 unit), Pulau Pinang (2,510 unit), Kedah (1,349 unit), Perak (208 unit), Pahang (1,152 unit), Sabah (9,910 unit) dan Sarawak (1,877 unit).
Beliau juga meminta pemilik tanah yang mahu membangunkan tanah mereka agar menghubungi pemaju PR1MA.
Pembangkang hari ini memandang sinis keupayaan kerajaan untuk membangunkan perumahan untuk rakyat tetapi mereka tidak sedar bahawa projek ini sudahpun bermula apabila anggota perbadanan PR1MA dilantik pada Mac lepas, katanya. - Bernama
Lu Fikir La Sendiri!!!
orang gaji rm3k seronok la.orng kg mcm saya yang pendapatan tak seberapa ni boleh tengok berita je la.bila nak pru, undi kami semua di perlukan,bila bab ni, kami dipinggirkan.setakat brim 700 lekat celah gigi ja. harga minyak naik 20sen barang sudah naik berpuluh sen setiap satu, bila gula lak naik, sekali lagi naik harga barang..yg susah kami gak orang kg apa kerajaan pedulik? hampes
BalasPadamKena tunggu laa jwbnya. Ko kira ok lg, ni org bandar x da kpg lg x sebrapa. Kita syukur pd apa yg ada. Lg pun org yg selalu terlalu kenyang x brapa ingat tuhan,.
PadamMacam orang Pakatan yang mengeluh. Harapkan pembangkang habuk pun tak dak.
BalasPadamRobohkan rumah orang Melayu adala.