Rabu, 20 November 2013

Siapa Nak Mengaku..!


Obama : I know what colour underwear you wear every Saturday.
JJ         : Mr President, I am clever too. I knew it before you. He he he.

Obama : Mr Prime Minister I know what colour underwear you wear on Friday nites
Najib : Mr President. I am clever too. I knew that before you. He he he.


GEORGE TOWN: Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Joseph Y. Yun berkata beliau tidak tahu menahu mengenai kehadiran dua ejen perisik Amerika di Jabatan Peguam Negara (AG) sebagaimana didakwa.
"Saya tak ada dengar hal itu (sebarang aktiviti mengintip oleh CIA di pejabat AG). Saya kira sudah ada kenyataan jelas kerajaan anda dua hari lepas berhubung perkara itu dan saya tidak berhasrat bercakap lebih dari itu," katanya.
Yun bercakap di sidang media selepas menghadiri Dialog Pulau Pinang Dewan Perdagangan Amerika Malaysia 2013 di sini pada Rabu, yang turut dihadiri Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Isnin lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri menafikan dakwaan tentang kehadiran dua ejen perisik Amerika di Jabatan Peguam Negara, dan berkata dakwaan seumpama itu tidak berasas.
Yun berkata Presiden AS Barack Obama telah menjelaskan bahawa AS akan mengkaji semula aktiviti semasanya dan dengan itu akan membuat keputusan tentang mengimbangi keperluan keselamatan dengan perkara-perkara privasi.
Dakwaan tentang kehadiran ejen Agensi Perisik Pusat (CIA) di Pejabat Peguam Negara itu ditimbulkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membahaskan Rang Undang-undang Bekalan 2014.
Sementara itu, Yun berkata AS akan mengeluarkan nasihat perjalanan untuk warganya berikutan insiden bunuh dan culik di Pulau Pom Pom, Sabah.
Katanya, lebih banyak maklumat diperlukan sebelum sebarang penilaian dibuat. -BERNAMA
Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Komen